BTC USD 81,761.0 Gold USD 4,138.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Kapal Layar AS$250 juta Equanimity tiba di Pelabuhan Klang

NASIONAL August 7, 2018 1:05 pm 80

KLANG 7 OGOS: Kapal layar mewah yang menjadi kontroversi jenis Equanimity yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang pada 12.35 tengah hari tadi.

Kapal bernilai AS$250 juta yang didakwa dibeli dari wang diselewengkan dari dana 1 Malaysa Development Berhad (1MDB) berlepas dari perairan Batam, Indonesia pada jam 4.45 petang semalam.

Menurut sumber keselamatan, selepas pasukan khas itu selesai melakukan pemeriksaan, mesyuarat akan diadakan di antara semua jabatan pihak berkuasa yang ditugaskan menyiasat skandal 1MDB.

Kapal itu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia susulan siasatan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

Gambar Equanimity yang berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang diambil juru foto SelangorKini Mohd Khairul Fikri Mohd Yusof.

PSX_20180807_144901-768x512.jpg


PSX_20180807_145126-768x512.jpg


PSX_20180807_150328-768x512.jpg


PSX_20180807_150411-768x512.jpg


sumber - https://selangorkini.my/2018/08/kapal-layar-as250-juta-equanimity-tiba-di-pelabuhan-klang/
 
Menten akapl ni silap2 lagi mahal
Kecuali lah nak buat sewaan ke

sehari anggaran maintenance RM100k,
sebulan 3juta.

buka untuk rakyat marhaen datang melawat seminggu ke hehehe

nak jugak merasa naik kapal 1 biliyun :))
 
Kapal Layar AS$250 juta Equanimity tiba di Pelabuhan Klang

NASIONAL August 7, 2018 1:05 pm 80

KLANG 7 OGOS: Kapal layar mewah yang menjadi kontroversi jenis Equanimity yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang pada 12.35 tengah hari tadi.

Kapal bernilai AS$250 juta yang didakwa dibeli dari wang diselewengkan dari dana 1 Malaysa Development Berhad (1MDB) berlepas dari perairan Batam, Indonesia pada jam 4.45 petang semalam.

Menurut sumber keselamatan, selepas pasukan khas itu selesai melakukan pemeriksaan, mesyuarat akan diadakan di antara semua jabatan pihak berkuasa yang ditugaskan menyiasat skandal 1MDB.

Kapal itu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia susulan siasatan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

Gambar Equanimity yang berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang diambil juru foto SelangorKini Mohd Khairul Fikri Mohd Yusof.

PSX_20180807_144901-768x512.jpg




sumber - https://selangorkini.my/2018/08/kapal-layar-as250-juta-equanimity-tiba-di-pelabuhan-klang/

Gila slow kapal mewah ni?

dr Indon pun travel dkt 1 hari?

made in china ke hape?
 
Viral rakaman dalaman 'Equanimity'

mityy_1533725545.jpg


RAKAMAN video memaparkan beberapa bahagian dalam kapal mewah ‘Equanimity’ sebaik tiba di Pelabuhan Klang, Selangor didapati tular di media sosial, hari ini.


Video berdurasi satu minit 40 saat itu dipercayai dirakam oleh seorang lelaki yang bercakap menggunakan dialek Utara.

Dalam video berkenaan memaparkan bahagian dek dan anjung kapal mewah itu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 bilion dipercayai milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Turut kelihatan beberapa individu yang juga pihak berkuasa sedang meninjau kapal berkenaan dalam rakaman video itu.

Sementara itu, usaha NSTP mendapatkan pengesahan berhubung rakaman video itu daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Jeremy Joseph tidak berjaya apabila mereka gagal dihubungi.

Sebelum ini, dalaman kapal itu didakwa dihiasi dengan daun emas dan marmar, spa dan sauna, kolam renang 20 meter di dek, panggung wayang, lif dan helipad.

Jeremy sebelum imi dipetik berkata, bahagian dalaman kapal mewah itu dihiasi pelbagai kekemasan kayu dan marmar diperbuat dari dalam serta luar negara.

Menurutnya, seramai 16 individu daripada pasukan khas Jabatan Peguam Negara juga perlu memakai sarung kasut bagi memastikan bahagian dalaman kapal itu tidak calar atau rosak.

Terdahulu, kapal mewah itu berlabuh di Pelabuhan Klang jam 1 tengah hari semalam, selepas berlayar hampir 20 jam dari Batam, Indonesia.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018/08/366169/rakaman-video-dalaman-equanimity-tular
 
Kerajaan perlu lantik syarikat mengawal selia Equanimity

hhjwmy_1533732707.jpg

JEREMY Joseph ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat bersama agensi keselamatan di Boustead Cruise Centre. - Foto Saddam Yusoff








PELABUHAN KLANG: Sebuah syarikat pengurusan perkapalan akan dilantik bagi mengawal selia kapal mewah Equanimity yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Ia bagi memastikan kapal yang berada di jeti Boustead Cruise Centre di sini, berada dalam tahap terbaik seperti faktor penyelenggaraan, kualiti dan kekemasan.

Syarikat yang bakal dilantik kerajaan dalam masa terdekat itu turut berfungsi memastikan keselamatan kapal dan semua 18 kru sepanjang tempoh penyitaan mahkamah.

Peguam yang mewakili 1MDB dan kerajaan Malaysia, Jeremy Joseph, berkata pihaknya akan mengemukakan usul mengenai pelantikan itu kepada Mahkamah Admiralti.

“Kita percaya harga dan nilai kapal itu tinggi. Justeru, penting bagi kita untuk memastikan kapal itu berada dalam keadaan terbaik.

“Ia memerlukan penjagaan khas dan syarikat pengurusan perkapalan perlu dilantik secepat mungkin.

“Kita akan membuka sebut harga kepada syarikat berkaitan dan ia akan ditentukan oleh mahkamah kelak,” katanya ketika ditemui di perkarangan lobi Boustead Cruise Centre di sini, petang tadi.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat khas selama dua jam bersama beberapa agensi keselamatan bagi membincangkan isu keselamatan kapal berkenaan.

Kata Jeremy, penjualan kapal itu akan dilaksanakan bagi mencari pembida yang tinggi melalui proses mahkamah.

“Kapal itu perlu segera dijual bagi mengelak penurunan harga sekiranya lebih lama berada di sini (Terminal Boustead Cruise Centre).

“Ia turut dipengaruhi oleh kos penyelenggaran yang tinggi,” katanya yang tidak dapat menyatakan anggaran nilai jualan kapal itu.

Ditanya mengenai keadaan terkini kapal itu, beliau berkata, semua barangan berharga di dalam kapal berkenaan sudah ditutup sepenuhnya.

“Pembersihan dalaman kapal itu juga perlu menggunakan bahan kimia khas,” katanya.

Kapal Equanimity berharga lebih RM1 bilion yang didakwa milik ahli perniagaan Low Teak Jho atau Jho Low itu berlabuh di jeti berkenaan jam 1 tengah hari, semalam, selepas berlayar hampir 20 jam dari Batam, Indonesia.

NSTP melaporkan kerajaan Indonesia menyerahkan kapal itu kepada kerajaan Malaysia atas permintaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika kunjungannya ke negara berkenaan, Jun lalu.

Pada Februari lalu, kapal itu dirampas dan disita pihak berkuasa Indonesia atas permintaan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat bagi membantu siasatan berhubung skandal penyelewengan 1MDB.









sumber: https://www.bharian.com.my/berita/n...k-syarikat-mengawal-selia-equanimity#cxrecs_s







.
 
Back
Top
Log in Register