BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Selepas beg Birkin Hermes, Bijan, kini kapal layar mewah, ‘Equanimity’
August 7, 2018

Kapal layar mewah, Equanimity dibuat di Belanda oleh syarikat Oceanco yang menggunakan pereka kapal layar terulung dari seluruh dunia.

Equanimity-yatch-fmt-2-os.jpg


Selepas beg tangan jenama Birkin, Hermes dan Bijan, hari ini satu lagi nama menjadi sensasi di laman sosial dan media massa.

‘Equanimity’ adalah nama yang dimaksudkan itu.

Nampaknya ramai yang sudah menunjukkan minat terhadap nama kapal layar mewah dipercayai milik Jho Taek Low yang dijangka dibawa dan ditempatkan di Port Klang tengah hari ini.

Kalau nak tahu pasal kapal layar bernilai AS$250 juta atau RM1.021 bilion ini, ia bukanlah kapal layar yang calang-calang sebaliknya direka secara khusus dengan perincian mewah dan lebih dari itu, ia milik (seorang) rakyat Malaysia.

Di bawah sedikit maklumat mengenai jelitawan bernama Equanimity!

-Kapal layar mewah itu berukuran 91.5 meter panjang.

-Ia dibina di in Alblasserdam, Belanda (Netherland) oleh Oceanco, siap sepenuhnya pada 2014.

-Oceanco ialah sebuah syarikat pembina kapal layar yang diasaskan pada 1987 oleh sekumpulan pelabur dari Afrika Selatan bersama CEO Richard Hein di Durban, Afrika Selatan.

-Penyempurnaan serta kerja akhir kapal layar ini dilakukan di Belanda.
Syarikat kapal layar mewah Oceanco menggunakan kepakaran dari Belanda dengan kerjasama daripada pereka kapal layar terulung dari seluruh dunia.

-Bagi Equanimity, Oceanco bertanggungjawab ke atas rekaan luaran manakala Winch Design pula melakukan kerja rekaan dalaman.

-Kadar kelajuan Equanimity mencapai 19.5 kilo nautika dan kuasanya disumbangkan oleh 2 enjin diesel, 4828.0hp MTU 20V4000M73.

-Kapal layar mewah ini boleh memuatkan sehingga 26 orang bersama 28 krew.

-Equanimity mempunyai jacuzzi di atas dek, sauna, pad pendaratan helikopter, kolam renang, kelab pantai, salun kecantikan, penstabil kelajuan sifar, gim, spa, elevator, panggung wayang, garaj, platform renang, penghawa dingin, bilik pemanas, mandian turkish, bilik rias, lampu bawah air dan bilik persendirian.

-Selepas dimiliki dan ketika berada di atas air, Equanimity dikatakan berlayar menggunakan bendera Kepulauan Cayman (Cayman Islands).
Equanimity dipercayai dimiliki Jho Low didaftarkan di bawah Equanimity Cayman Ltd.

-Ketika Equanimity ditemui di kepulauan pelancongan Indonesia, Bali pada Februari lepas, ia memuatkan 34 orang warga asing yang mengakui diri mereka sebagai krew kapal.

-Akhir sekali, Equanimity bermaksud ‘ketenangan’

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...rmes-bijan-kini-kapal-layar-mewah-equanimity/
 
Kapal mewah ‘Equanimity’ dipercayai milik ahli perniagaan, Jho Low dilihat menghampiri Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 12.35 tengah hari tadi

Dj-ND_KWsAA0zgJ.jpg

Dj-M3sdUwAA_6T-.jpg
 
AS mohon gantung tindakan mahkamah ketika Equanimity hampiri Pelabuhan Klang
August 7, 2018

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mahu prosiding di mahkamah AS digantung sehingga mereka tahu apa yang Malaysia hendak lakukan dengan kapal layar mewah itu.

pantai-indah.jpg

Pemandangan Pelabuhan Klang, di mana Equanimity dijangka tiba tengah hari ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mahu menggantung tindakan undang-undang untuk mendapatkan kapal layar mewah Equanimity yang disita dalam sebahagian usaha merampas aset dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Indonesia bersetuju menyerahkan kapal layar mewah bernilai AS$250 juta itu kepada Malaysia, semalam.

DoJ berkata, prosiding di mahkamah AS perlu digantung sehingga mereka tahu apa yang Malaysia hendak lakukan dengan kapal layar mewah itu.

“Kerajaan mencadangkan semua prosiding dalam tindakan ini digantung untuk memberi peluang kepada kerajaan dan pihak yang berminat mengemukakan tuntutan, mengetahui niat Malaysia ke atas kapal layar defendan itu melalui saluran rasmi,” katanya dalam pemfailan kepada Mahkamah Daerah California Tengah, pada Isnin.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan bercadang membuat inventori barangan dalam kapal layar mewah itu dan membuka Equanimity untuk tatapan orang ramai, sebelum menjualnya “pada harga tertinggi”.

Sejumlah AS$4.5 bilion diseleweng daripada 1MDB oleh pegawai berpangkat tinggi dana itu dan rakan sekutu mereka, menurut saman sivil yang difailkan DoJ sebelum ini.

Pihak berkuasa sedang memburu Low Taek Jho, pembiaya yang didakwa membeli Equanimity, kapal layar mewah sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman. Saman sivil menamakannya suspek utama dalam skandal 1MDB, tetapi lokasinya tidak diketahui.

Sementara itu, pemilik Equanimity dalam pemfailan berasingan kepada sebuah mahkamah AS yang ia menentang mana-mana penggantungan prosiding dan mempertikaikan penyerahan kapal layar mewah itu kepada Malaysia.

Mereka memfailkan petisyen di mahkamah AS mencabar apa yang disifatkan sitaan “menyalahi undang-undang dan di luar bidang kehakiman”.

Petisyen itu mempersoalkan kesahihan waran yang dikeluarkan polis Indonesia untuk menyerahkan kapal layar mewah itu kepada Malaysia.

Kapal layar mewah itu tiba di Pelabuhan Klang tengah hari ini

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...ah-ketika-equanimity-hampiri-pelabuhan-klang/
 
Selepas beg Birkin Hermes, Bijan, kini kapal layar mewah, ‘Equanimity’
August 7, 2018

Kapal layar mewah, Equanimity dibuat di Belanda oleh syarikat Oceanco yang menggunakan pereka kapal layar terulung dari seluruh dunia.

Equanimity-yatch-fmt-2-os.jpg


Selepas beg tangan jenama Birkin, Hermes dan Bijan, hari ini satu lagi nama menjadi sensasi di laman sosial dan media massa.

‘Equanimity’ adalah nama yang dimaksudkan itu.

Nampaknya ramai yang sudah menunjukkan minat terhadap nama kapal layar mewah dipercayai milik Jho Taek Low yang dijangka dibawa dan ditempatkan di Port Klang tengah hari ini.

Kalau nak tahu pasal kapal layar bernilai AS$250 juta atau RM1.021 bilion ini, ia bukanlah kapal layar yang calang-calang sebaliknya direka secara khusus dengan perincian mewah dan lebih dari itu, ia milik (seorang) rakyat Malaysia.

Di bawah sedikit maklumat mengenai jelitawan bernama Equanimity!

-Kapal layar mewah itu berukuran 91.5 meter panjang.

-Ia dibina di in Alblasserdam, Belanda (Netherland) oleh Oceanco, siap sepenuhnya pada 2014.

-Oceanco ialah sebuah syarikat pembina kapal layar yang diasaskan pada 1987 oleh sekumpulan pelabur dari Afrika Selatan bersama CEO Richard Hein di Durban, Afrika Selatan.

-Penyempurnaan serta kerja akhir kapal layar ini dilakukan di Belanda.
Syarikat kapal layar mewah Oceanco menggunakan kepakaran dari Belanda dengan kerjasama daripada pereka kapal layar terulung dari seluruh dunia.

-Bagi Equanimity, Oceanco bertanggungjawab ke atas rekaan luaran manakala Winch Design pula melakukan kerja rekaan dalaman.

-Kadar kelajuan Equanimity mencapai 19.5 kilo nautika dan kuasanya disumbangkan oleh 2 enjin diesel, 4828.0hp MTU 20V4000M73.

-Kapal layar mewah ini boleh memuatkan sehingga 26 orang bersama 28 krew.

-Equanimity mempunyai jacuzzi di atas dek, sauna, pad pendaratan helikopter, kolam renang, kelab pantai, salun kecantikan, penstabil kelajuan sifar, gim, spa, elevator, panggung wayang, garaj, platform renang, penghawa dingin, bilik pemanas, mandian turkish, bilik rias, lampu bawah air dan bilik persendirian.

-Selepas dimiliki dan ketika berada di atas air, Equanimity dikatakan berlayar menggunakan bendera Kepulauan Cayman (Cayman Islands).
Equanimity dipercayai dimiliki Jho Low didaftarkan di bawah Equanimity Cayman Ltd.

-Ketika Equanimity ditemui di kepulauan pelancongan Indonesia, Bali pada Februari lepas, ia memuatkan 34 orang warga asing yang mengakui diri mereka sebagai krew kapal.

-Akhir sekali, Equanimity bermaksud ‘ketenangan’

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...rmes-bijan-kini-kapal-layar-mewah-equanimity/

OK


Skang suruh leftover crew kapal berambus berjemaah.
 
Kapal ‘Equanimity’ yang dilapor milik Jho Low berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang pada kira-kira 1 petang ini.

Equanimity bermaksud ‘tenang dalam suasana yg bergelora’.

Dj-PVGiV4AAXEN6.jpg

Dj-NGI5UUAEwsbo.jpg
 
bravo...bravo...
dapat gak balik kapal idaman... he he he..

biasa kerajaan indonesia.. kalau rampas kapal..
di tenggelamkan nya.. ni nasib baik beri kerjasama..

itu klu kes curik ikan di perairan Indonesia..
 
Satu billion ringgit bnyk tu
rekod rumah termahal us pun dah sama harga 250mil usd..
baik beli rumah dpt kereta skali dgn helikopter
dlm iklan rumah tu

1b mmg live life famous, mcm tokey minyak
pembangkang tanak komen ke :))
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register