BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Epidemik, Endemik & Pandemik

#BHNasional Pandangan pakar kesihatan dan ekonomi diambil kira.
https://bit.ly/3v1SpVG

Peralihan ke fasa endemik perlu berdasarkan data, fakta​

Oktober 12, 2021 @ 6:58pm

1634040847553.png

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengadakan sidang media selepas persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengumuman tempoh sebenar negara boleh beralih ke fasa endemik perlu dibuat berdasarkan fakta dan data, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Beliau berkata pihaknya masih mengumpul maklum balas dan pandangan daripada pakar kesihatan dan ekonomi supaya tempoh peralihan itu dapat dilaksanakan.

Katanya, peralihan fasa pandemik ke endemik mengambil kira maklumat yang akan diperoleh selepas kelonggaran demi kelonggaran diumumkan kerajaan.
"Ada (tempoh peralihan fasa endemik) tetapi tak boleh umumkan hari ini. Sebab kita nak tekankan di sini mengenai 'reopening safely' (pembukaan semula dengan selamat). Sebab apa yang kita nak umumkan mestilah berdasarkan fakta dan data.

"Kelebihan yang ada pada mesyuarat diadakan setiap minggu, pakar-pakar dan maklum balas bukan saja daripada pihak kesihatan tetapi ekonomi.
"Semua boleh memberi pandangan mereka dan akhirnya ditapis, digubal dan diselaraskan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara). Sebab itu apa yang kita lihat sekarang sekurang-kurangnya ada struktur untuk mula melihat ke hadapan iaitu ke arah fasa endemik.

"Jadi apa yang akan kita tentukan dari segi masa nak umumkan fasa endemik banyak bergantung pada apa yang akan berlaku selepas kelonggaran yang kita akan umumkan dalam beberapa bulan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 di Dewan Rakyat hari ini.
Hishammuddin berkata mesyuarat hari ini turut meneliti tiga fokus dalam #ReopeningSafely atau pembukaan semula dengan selamat dan beralih kepada fasa endemik menerusi tiga fokus.

"Fokus pertama, kawalan bersasar. Di bawah fokus ini, KKM (Kementerian Kesihatan) sedang dalam proses merangka sistem amaran jika berlaku lonjakan kes terutama apabila negara beralih ke fasa endemik.

"Fokus kedua, kesedaran terhadap virus. Fokus ini penting agar masyarakat memahami dan menerima hakikat bahawa kita harus hidup bersama virus COVID-19. Ini menuntut kita semua memahami risiko transmisi dan pentingnya mengelak melakukan perkara yang boleh meningkatkan risiko jangkitan.

"Fokus ketiga, pemerkasaan masyarakat yang membawa makna peranan dan tanggungjawab mencegah penularan COVID-19 turut perlu dimainkan oleh rakyat bersama pihak berkuasa terutama dalam menuju ke fasa endemik," katanya.

Ambik masa la nak berubah fasa ni
Takkan boleh buat drastik punya
 
#kualalumpur Perjuangan melawan penularan Covid-19 belum berakhir, sebaliknya Malaysia kini menuju ke arah fasa endemik atau medan perang baharu dengan strategi baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
https://www.hmetro.com.my/.../kita-menuju-medan-perang...

Kita menuju 'medan perang' baharu dengan strategi baharu​

1634107067761.png

Kuala Lumpur: Perjuangan melawan penularan Covid-19 belum berakhir, sebaliknya Malaysia kini menuju ke arah fasa endemik atau medan perang baharu dengan strategi baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selepas banyak kelonggaran diberikan dan rentas negeri dibenarkan, beliau menggesa orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan ditetapkan kerajaan serta mengamalkan norma baharu.

Beliau berkata, Malaysia berjaya menjauhi musibah seperti yang dilihat di banyak negara di serata dunia, bagaimanapun belum lagi keluar daripada bahaya.

Menurutnya, 'peperangan' ini hanya boleh dimenangi jika seluruh rakyat Malaysia bersama-sama bersatu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial untuk mematuhi SOP.
"Setiap daripada kita perlu memainkan peranan untuk memastikan Keluarga Malaysia selamat daripada Covid-19. Prinsip panduan kementerian adalah jelas dan tanggungjawabnya kini adalah kepada rakyat untuk melaksanakannya.

"Dunia tidak akan sama lagi. Kita semua perlu belajar bahawa setiap tindakan individu mempunyai kesan terhadap bagaimana kita menguruskan Covid-19 dalam masyarakat. Kita perlu membiasakan dan menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam kehidupan kita.

"Marilah kita membantu antara satu sama lain untuk memastikan insan tersayang terutama mereka yang mudah terjejas berada dalam keadaan selamat, pastikan Malaysia selamat dan mendapat kemenangan di akhir peperangan menentang musuh yang tidak kelihatan," katanya dalam hantaran Facebook beliau, malam tadi.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perjalanan rentas negeri dibenarkan berkuat kuasa Isnin lalu dan semua aktiviti pelancongan tempatan dibenarkan selepas lebih 90 peratus populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi.

Hujung minggu ini, dijangkakan lebih banyak pergerakan rentas negeri apabila ramai yang ingin pulang ke kampung halaman, justeru Dr Noor Hisham mahu rakyat merancang dan melakukan apa yang perlu untuk mematuhi SOP dan mengamalkan norma baharu seperti memastikan semua orang mengamalkan penjarakan fizikal dan melakukan sanitasi di kawasan yang biasa disentuh secara berkala.

Dalam pada itu, beliau turut memberi penghormatan dan penghargaan kepada semua kakitangan barisan hadapan dan mereka di belakang tabir yang memainkan peranan penting dalam melandaikan keluk jangkitan.

"Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua di Kementerian Kesihatan, bekerja sebagai pasukan menuju matlamat yang sama untuk mengawal penularan Covid-19 di negara yang kita cintai ini," katanya.
Disiarkan pada: Oktober 13, 2021 @ 1:51pm

Lawan habis habisan kali ni
 
Back
Top
Log in Register