BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Epidemik, Endemik & Pandemik

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
epidemic-1-300x145.png

Tajuk berita laporan akhbar tempatan yang menggunakan perkataan endemik
Perkataan epidemik, endemik dan pandemik kelihatan seakan-akan sama, namun ketiga-tiga perkataan ini sebenarnya membawa maksud yang berlainan.

Ini terserlah apabila baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan menggunakan perkataan “endemik” dalam tajuk laporan berita sehingga menyebabkan sebahagian daripada masyarakat merasa khuatir dan panik apabila membaca tajuk berita tersebut.

Suku kata “dem” yang terdapat pada ketiga tiga perkataan tersebut terbit daripada perkataan Yunani iaitu “demos” yang membawa maksud “orang” atau “daerah”. “Epi”, “en” dan “pan” pula memberi maksud “di kalangan”, “di dalam” dan “semua”. Penggabungan suku kata awalan ini memberi bayangan kepada maksud ketiga-tiga perkataan tersebut.

Perkataan endemik bermaksud kejadian sesuatu penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu masyarakat atau tempat. Bilangan kes penyakit tersebut sentiasa ada dan pada kadar yang stabil. Dengan kata lain, kewujudan sesuatu penyakit tersebut sentiasa dijangka dan biasanya pada kadar yang tetap dan rendah.

Contoh penyakit yang sentiasa ada ataupun endemik di Malaysia adalah penyakit Tangan Mulut dan Kaki (HFMD) di negeri Sarawak. Denggi dikenali sebagai sesuatu penyakit yang endemik di Asia Tenggara. Di peringkat antarabangsa pula, penyakit polio adalah endemik di 3 buah negara di dunia iaitu Afghanistan, Nigeria dan Pakistan.

Penyakit yang dikenal pasti endemik tidak semestinya kekal endemik. Program kawalan penyakit seperti pemvaksinan, pendidikan masyarakat dan sebagainya bertujuan untuk mengurangkan seterusnya menghapuskan penyakit endemik tersebut.

Namun demikian usaha ini sudah tentu mencabar. Pelbagai faktor berterusan yang sukar dikawal menyumbang kepada sifat endemik sesuatu penyakit, contohnya, kewujudan habitat semula jadi yang subur untuk haiwan pembawa, sikap manusia itu sendiri, kekurangan alatan untuk mendiagnosis, kekangan ubatan dan sebagainya.

Contoh penyakit endemik yang berjaya dihapuskan adalah seperti malaria dan demam campak di Amerika Syarikat; dan polio di Malaysia.

Sekiranya bilangan kes sesuatu penyakit tersebut mendadak naik melebihi kadar yang biasa, ia dipanggil wabak atau epidemik. Biasanya, peningkatan kes sesuatu penyakit yang mendadak ini akan jelas kelihatan dalam satu-satu komuniti dan lingkungan masa yang tertentu melalui aktiviti pemantauan atau surveilans.

endemic-2-300x146.png

Perbezaan bilangan penyakit untuk endemik dan epidemik
Sebagai contoh, wabak kolera di kawasan A digelar wabak kerana berlakunya penularan kes kolera yang melibatkan beberapa orang penduduk yang mendiami kawasan A dalam minggu yang sama.

Bagi sesetengah penyakit, walaupun ia di klasifikasikan sebagai endemik di sesetengah negara, namun ia epidemik di negara yang lain. Sebagai contoh, penyakit polio yang telah dibasmi dari Malaysia sejak tahun 2000, sekiranya terdapat walaupun satu kes, akan dianggap sebagai kejadian wabak dan memerlukan langkah kawalan dan pencegahan yang segera.

Walaupun pada dasarnya definisi wabak merujuk kepada kadar peningkatan sesuatu penyakit yang mendadak dalam satu lingkungan komuniti dan masa, namun, sebagai langkah pencegahan dan tujuan kawalan awal, definisi wabak bagi sesetengah penyakit telah ditetapkan. Contohnya, dua kes denggi yang mempunyai perkaitan rapat didefinisikan

sebagai satu kejadian wabak. Bayangkan kesan dari kelambatan langkah kawalan dan pencegahan sekiranya kita menunggu sehingga 10 kes sebelum aktiviti kawalan penyakit dijalankan.

Contoh yang lain, wabak demam kepialu (Typhoid) akan diisytiharkan sekiranya terdapat dua kes yang mempunyai kaitan yang rapat dari segi tempat dan masa – berlaku di kawasan yang sama dan dalam lingkungan masa pengeraman (incubation period) penyakit tersebut. Tempoh pengeraman adalah tempoh masa dari jangkitan kuman sehingga pesakit menunjukkan tanda atau gejala.

Kejadian penyakit yang sama yang melibatkan satu kelompok manusia (cluster), walaupun bilangannya tidak melebihi kadar biasa kes daerah tersebut, turut dianggap sebagai satu kejadian wabak, apabila puncanya dipercayai datang dari sumber yang sama. Sebagai contoh, kejadian keradangan mata (acute conjunctivitis) di kalangan pelajar sebuah tadika ataupun wabak tuberkulosis di kalangan pekerja makmal di sebuah makmal hospital.

Pandemik pula merujuk kepada wabak yang merebak secara besar-besaran ke seantero dunia – merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Selain kejadian wabak yang merentasi wilayah, pandemik mempunyai beberapa ciri-ciri umum yang menarik.

Salah satu ciri pandemik adalah ia melibatkan penyakit yang mempunyai kadar serangan yang tinggi menyebabkan bilangan kes meledak secara tiba-tiba dalam masa yang singkat. Biasanya, penyakit yang menyebabkan pandemik adalah penyakit baru (novel) di mana populasi manusia tidak mempunyai imuniti atau daya tahan melawan terhadap penyakit tersebut. Ciri ini memudahkan penyakit ini merebak dengan pantas dan boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi.

Penularan pandemik ini turut dibantu oleh faktor pergerakan manusia dan kewujudan persamaan faktor persekitaran. Sebagai contoh, nyamuk Aedes yang merupakan vektor untuk penyakit demam kuning (Yellow Fever) boleh dijumpai di negara Brazil dan Malaysia. Sekiranya tiada undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin demam kuning ini, Malaysia amat berisiko untuk mendapat wabak demam kuning dari negara Amerika Latin tersebut.

epidemic-3-300x169.png

Gambaran kematian disebabkan oleh wabak penyakit hawar atau black plague di Eropah. (IMAGE: BLACK DEATH AT TOURNAI, 1349 (SEE ALSO 33793), LE MUISIT, GILLES (1272–1352) /BIBLIOTHÈQUE ROYALE DE BELGIQUE, BRUSSELS/BRIDGEMAN IMAGES. http://www.sciencemag.org/news/2016/04/how-europe-exported-black-death)

Dari sudut sejarah, kejadian Black Death atau Maut Hitam adalah contoh pandemik yang meragut jutaan nyawa di Asia dan Eropah di antara kurun ke-14 sehingga 17. Hampir dua pertiga penduduk dunia menemui ajal dijangkiti kuman penyakit hawar iaitu Yersinia pestis, yang dibawa oleh tikus.

Pandemik influenza pada 1918 – 1919 telah meragut lebih banyak nyawa dari Perang Dunia Pertama. Satu per lima dari populasi dunia telah dijangkiti virus influenza tersebut. Yang menghairankan, kebanyakan mereka yang mati terdiri dari mereka dalam lingkungan umur 20-40 tahun. Pada waktu itu, ada yang menganggap bahawa pandemik ini merupakan senjata biologi tentera Jerman. Kanak-kanak pula mengabadikan suasana waktu itu dalam bentuk lagu puisi kanak-kanak seperti berikut:

2019-09-12.png

epidemic-4-300x194.png

Rajah menunjukkan perbezaan endemik, epidemik dan pandemik
Memahami maksud perkataan endemik, epidemik dan pandemik membolehkan masyarakat tidak berasa gundah apabila membaca perkataan-perkataan tersebut pada dada akhbar. Dengan pemahaman yang tepat, maka penyampaian maklumat dan komunikasi akan menjadi lebih jelas dan berkesan. Masyarakat akan memahami tindakan pencegahan dan kawalan pihak kesihatan sesuai dengan maksud perkataan tersebut.

Dr Helmy Hazmi ialah pakai perubatan masyarakat dengan pengkhususan dalam Epidemiologi dan Biostatistik. Sekarang beliau bertugas di tempat asalnya, Kuching, sebagai pensyarah perubatan. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

1633961231221.png

Situasi kian pulih, negara sedia masuki fasa endemik
bernama.png

Bernama
Diterbitkan: Oct 11, 2021 8:17 PM

Situasi penularan Covid-19 yang semakin pulih beberapa minggu kebelakangan ini membuktikan kesediaan negara serta masyarakat untuk memasuki fasa endemik, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkara itu dapat dilihat menerusi trend penurunan bagi purata kes harian, jumlah kluster dan kapasiti penggunaan hospital manakala peratusan kadar vaksinasi yang tinggi.

Menurut Dr Noor Hisham secara keseluruhan indikator utama termasuk kes harian, kes aktif, kematian, kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) serta nilai kebolehjangkitan atau R-Naught (Rt) mencatatkan penurunan secara konsisten sejak minggu epidemiologi (ME) ke-34 (22 hingga 28 Ogos 2021).

“Terdapat sebanyak 63,722 kes Covid-19 yang dilaporkan pada ME ke-40 (3 hingga 9 Okt) berbanding 83,368 kes yang dilaporkan pada ME ke-39 iaitu penurunan sebanyak 23.6 peratus.

ADS

“Sebanyak 133,806 kes aktif dilaporkan pada ME ke-40 iaitu penurunan 21.0 peratus berbanding ME ke-39,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Selain penurunan nilai Rt sebanyak 0.2 peratus setiap hari, Noor Hisham berkata kes kematian merekodkan 700 kes dengan purata 100 kes sehari pada ME ke-40, iaitu penurunan 50.2 peratus berbanding ME ke-39.

Katanya lagi sebanyak 778 kes yang memerlukan rawatan di ICU direkodkan pada ME ke-40 menyaksikan penurunan sembilan peratus berbanding ME ke-39 manakala 331 kes memerlukan bantuan pernafasan pada ME ke-40 juga menurun 11.2 peratus berbanding ME ke-39.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 79 kluster dilaporkan pada ME ke-40 dan daripada jumlah itu, terdapat penurunan 21 kluster berbanding ME ke-39, iaitu penurunan sebanyak 21 peratus.

Mengenai kapasiti penggunaan hospital, Noor Hisham memaklumkan KKM memperuntuk 16,199 katil wad biasa dan 1,514 katil wad ICU dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,164 katil digunakan sepanjang ME ke-40 menurun lima peratus berbanding minggu sebelumnya.

“Selaras dengan perkembangan positif ini, masyarakat dinasihatkan agar tidak leka dan cepat berpuas hati dengan status semasa jangkitan Covid-19 di negara.

“Kita wajar mengambil pengajaran daripada peristiwa kenaikan kes Covid-19 yang mendadak sebelum ini sehingga melumpuhkan pelbagai sektor ekonomi dan sosial,” katanya.

Tambahnya berkata melalui inisiatif ‘reopening safely’, semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam memutuskan rantaian Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan meningkatkan penilaian kendiri TRIIS iaitu ‘test, report, isolate, inform and seek’ atau ‘ujian, lapor, kuarantin atau pengasingan kendiri, memaklumkan dan dapatkan rawatan segera’ terutamanya apabila sempadan negeri dibuka semula hari ini.

- Bernama

Perkara bagus
Bakal memasuki fasa baru
Daripada pandemik
Kepada endemik
 
#BHNasional Pandangan pakar kesihatan dan ekonomi diambil kira.
https://bit.ly/3v1SpVG

Peralihan ke fasa endemik perlu berdasarkan data, fakta​

Oktober 12, 2021 @ 6:58pm

1634040847553.png

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengadakan sidang media selepas persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengumuman tempoh sebenar negara boleh beralih ke fasa endemik perlu dibuat berdasarkan fakta dan data, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Beliau berkata pihaknya masih mengumpul maklum balas dan pandangan daripada pakar kesihatan dan ekonomi supaya tempoh peralihan itu dapat dilaksanakan.

Katanya, peralihan fasa pandemik ke endemik mengambil kira maklumat yang akan diperoleh selepas kelonggaran demi kelonggaran diumumkan kerajaan.
"Ada (tempoh peralihan fasa endemik) tetapi tak boleh umumkan hari ini. Sebab kita nak tekankan di sini mengenai 'reopening safely' (pembukaan semula dengan selamat). Sebab apa yang kita nak umumkan mestilah berdasarkan fakta dan data.

"Kelebihan yang ada pada mesyuarat diadakan setiap minggu, pakar-pakar dan maklum balas bukan saja daripada pihak kesihatan tetapi ekonomi.
"Semua boleh memberi pandangan mereka dan akhirnya ditapis, digubal dan diselaraskan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara). Sebab itu apa yang kita lihat sekarang sekurang-kurangnya ada struktur untuk mula melihat ke hadapan iaitu ke arah fasa endemik.

"Jadi apa yang akan kita tentukan dari segi masa nak umumkan fasa endemik banyak bergantung pada apa yang akan berlaku selepas kelonggaran yang kita akan umumkan dalam beberapa bulan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 di Dewan Rakyat hari ini.
Hishammuddin berkata mesyuarat hari ini turut meneliti tiga fokus dalam #ReopeningSafely atau pembukaan semula dengan selamat dan beralih kepada fasa endemik menerusi tiga fokus.

"Fokus pertama, kawalan bersasar. Di bawah fokus ini, KKM (Kementerian Kesihatan) sedang dalam proses merangka sistem amaran jika berlaku lonjakan kes terutama apabila negara beralih ke fasa endemik.

"Fokus kedua, kesedaran terhadap virus. Fokus ini penting agar masyarakat memahami dan menerima hakikat bahawa kita harus hidup bersama virus COVID-19. Ini menuntut kita semua memahami risiko transmisi dan pentingnya mengelak melakukan perkara yang boleh meningkatkan risiko jangkitan.

"Fokus ketiga, pemerkasaan masyarakat yang membawa makna peranan dan tanggungjawab mencegah penularan COVID-19 turut perlu dimainkan oleh rakyat bersama pihak berkuasa terutama dalam menuju ke fasa endemik," katanya.

Back
Top
Log in Register