BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enjin pesawat terbakar semasa berlepas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
enjin-pesawat-terbakar-1.jpg

Tangkap layar video menunjukkan enjin kanan pesawat terbakar semasa berlepas di negeri Massachusetts kelmarin. - Logan In Flight

BOSTON, MASSACHUSETTS – Sebuah pesawat Swiss International Air Lines (SWISS) mengalami detik cemas apabila salah satu enjinnya terbakar semasa berlepas dari sebuah lapangan terbang di negeri Massachusetts, Amerika Syarikat, lapor akhbar Metro UK.

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.25 petang (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan, kelmarin.

Pesawat jenis Airbus A330-300 itu membawa 223 penumpang dan 13 kru ke bandar Zurich, Switzerland.

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan enjin kanan pesawat itu tiba-tiba mengeluarkan percikan api dengan asap hitam muncul dari belakang kokpit.

“Kami berada di tengah landasan sebelum terdengar bunyi letupan dan hentakan yang kuat. Saya dapat merasakan pesawat itu menekan brek kecemasan, menyebabkan ia tergelincir sebelum berhenti,” kata seorang penumpang, Molly Furrer.

Penerbangan SWISS 55 dibatalkan serta-merta akibat masalah enjin, demikian menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

“Tiada kecederaan dilaporkan. Semua penumpang berjaya diturunkan dengan selamat sebelum dibawa ke terminal,” kata SWISS sambil menambah, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register