BTC USD 81,374.9 Gold USD 4,124.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

English FA Cup 2017/2018

Retro Bola Sepak

FA CUP

Pada 20 Julai dalam tahun 1871, Setiausaha Agung Football Association (FA) bernama C W Alcock, telah mencadangkan penganjuran satu pertandingan bola sepak yang diberi nama Piala FA, kejohanan tertua dalam sejarah bola sepak moden dunia

C.W. Alcock sebelum itu sangat instrumental dalam pembangunan bola sepak di Britain. Beliau adalah bekas pemain dan ketua pasukan England. Selepas bersara, C.W. Alcock telah mengelolakan perlawanan antarabangsa pertama antara England dan Scotland

Tujuan pengenalan pertandinan Piala FA, adalah supaya semua kelab-kelab bertanding mendapat faedah dari segi pembangunan sukan bola sepak itu sendiri memandangkan kelab-kelab ini bernaung di bawah FA

FA yang ditubuhkan pada 1863 telah bersetuju dengan cadangan C.W. Alcock

Lalu ia pun diadakan antara November 1871 hingga Mac 1872, dengan 15 pasukan bertanding. Wanderers FC, kelab yang berpengkalan di London menjadi juara edisi yang pertama

Piala FA menjadi kejohanan saingan kalah mati pertama di dunia
 
Back
Top
Log in Register