BTC USD 82,481.8 Gold USD 4,131.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

English FA Cup 2011/2012

Redknapp pasang impian

su_06.1.jpg

SAHA (tengah) menjaringkan gol ketiga Tottenham pada aksi ulangan peringkat suku akhir awal pagi semalam​

LONDON - Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp memasang impian yang besar selepas pasukan itu menempah slot ke separuh akhir Piala FA.

Tottenham bakal membuat penampilan ketiga di Stadium Wembley dalam tempoh lima tahun selepas menewaskan Bolton Wanderers 3-1 pada aksi ulangan suku akhir awal pagi semalam.

Untuk rekod, Tottenham mara ke separuh akhir pada tahun 2010 manakala dua tahun sebelum itu, Spurs muncul juara selepas menewaskan Portsmouth.

Pada aksi di White Hart Lane awal pagi semalam, Ryan Nelsen, Gareth Bale dan Louis Saha masing-masing menjaringkan satu gol manakala gol sagu hati Bolton diperoleh menerusi Kevin Davies.

Kemenangan ini adalah yang pertama buat Tottenham dalam semua pertandingan sejak menang 3-1 ke atas Stevenage pada pusingan kelima Piala FA.

Redknapp berkata, beliau sudah terbayang aksi separuh akhir Piala FA menentang Chelsea di Stadium Wembley pada 15 April ini.

"Saya sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan itu, ia adalah satu hujung minggu yang hebat," kata Redknapp yang menjadi pilihan untuk menggantikan tempat Fabio Capello sebagai pengurus tetap skuad kebangsaan England.

"Saya tidak mahu memilih lawan pada final kerana Liverpool dan Everton (yang akan bertemu dalam satu lagi aksi separuh akhir) turut berkemampuan untuk memenangi piala ini.

"Ia adalah satu perlawanan yang seimbang, kamu tidak boleh meramal siapa pemenang antara kami dan Chelsea.

"Chelsea menewaskan Benfica pada aksi Liga Juara-Juara (suku akhir pertama di Lisbon awal pagi semalam). Ia adalah satu keputusan yang hebat, jadi peluang kami masih terbuka.

"Saya gembira dengan persembahan kami malam ini (awal pagi semalam) tetapi saya tidak berpuas hati dengan cara kami bermain dalam perlawanan baru-baru ini.

"Sebelum aksi separuh akhir, kami menghadapi perlawanan yang sukar dalam saingan Liga Perdana England tetapi keputusan malam ini (mara ke separuh akhir) boleh membantu kami," kata Redknapp. - AFP
 
This was just one of the classics. I just hope that there will be matches like these around next year.
1.gif
 
Back
Top
Log in Register