eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PEKAN 24 Okt. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kehilangan pendapatan tahunan kira-kira RM33 juta apabila nelayan-nelayan asing dan tempatan yang dikenakan kompaun memilih untuk dipenjarakan daripada membayar denda.
Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Ismail Hamzah berkata, berdasarkan rekod, pihaknya mampu mengutip hasil kompaun sebanyak RM33 juta yang dikenakan ke atas 123 buah bot dan nelayan asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan.
"Bagaimanapun, kesemua nelayan yang ditahan terutama di bawah Akta Perikanan 1985 memilih untuk dipenjarakan daripada membayar denda.
"Setakat ini, APMM di Pahang, Terengganu dan Kelantan hanya mengutip hasil kira-kira RM500,000 hasil lelongan bot-bot nelayan yang dirampas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan papan tanda Projek Jiwa Murni APMM di Tanjung Agas di sini hari ini.
Dalam Projek Jiwa Murni anjuran APPM itu, kira-kira 30 anggota dan 70 penduduk kampung bergotong-royong mengecat dan membersihkan persekitaran kampung, balai raya dan masjid.
Menurut Ismail, sehingga kini APMM berjaya menahan kira-kira 4,000 buah bot nelayan asing dan tempatan atas pelbagai kesalahan dan kebanyakan kes masih dalam siasatan.
"Tangkapan itu meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2007 dan 2008 yang mencatatkan sebanyak 859 kes dan 1,000 kes bot nelayan asing dan tempatan ditahan," katanya.
Tambahnya, selain menahan bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara, APMM turut memantau kes-kes penyeludupan.
Dalam pada itu, katanya, nelayan tempatan yang berhadapan dengan ancaman nelayan asing boleh menghubungi talian khas APMM iaitu 09-5738957 atau 09-3783390.