BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Encik Hugh Low

hgt422007

Active Member
Messages
1,364
Joined
Feb 28, 2008
Messages
1,364
Reaction score
155
Points
33
Hugh Low telah dilahirkan pada 10 Mei 1824. Beliau telah berkahwin dengan Catherine Napier pada tahun 1848. Pada tahun 1851, isterinya telah meninggal dunia dan berkahwin pula dengan Anne Douglas pada tahun 1885. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Kolonial di Pulau Labuan selama 29 tahun bermula tahun 1848 hingga 1877. Pada bulan April 1877, beliau telah dilantik sebagai Residen British negeri Perak menggantikan J.W.W. Birch. Beliau telah menubuhkan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri yang berfungsi menggubal undang-undang bagi perkara yang berkaitan dengan cukai tahunan, perbelanjaan dalam negeri, pelantikan dan gaji semua pembesar, pengesahan atau pindaan kepada hukuman yang diluluskan mahkamah.
Beliau telah membahagikan negeri Perak kepada beberapa daerah yang ditadbir oleh Pegawai Daerah (District Officer) berbangsa Inggeris. Di daerah pula dibahagikan kepada mukim-mukim yang mengandungi beberapa kampung di dalamnya. Pentadbiran Mukim pula diketuai oleh Penghulu, manakala di peringkat kampung dipertanggungjawabkan kepada Ketua-ketua Kampung.


Bagi membangunkan perusahaan bijih timah, beliau memperkenalkan penggunaan jentera wap untuk melombong bijih timah. Di samping itu, beliau juga membina rangkaian jalan raya dan keretapi. Jalan keretapi pertama di Perak ialah dari Taiping ke Port Weld yang dibina pada tahun 1885. Beliau bersara pada tahun 1889 setelah berkhidmat selama 12 tahun di Perak. Pada 18 April 1905, beliau telah meninggal dunia di Alassio, Itali ketika berusia 81 tahun.



Rujukan.
1.Rohailiza Kasim. Pahlawan Perak. Petaling Jaya : Pustaka Cahaya Intelek, 2006.
2.http://www.orchids.co.in/orchidologists/hugh-low.shtm
3.http://en.wikipedia.org/wiki/hugh_low
 
Back
Top
Log in Register