BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Encik Hugh Clifford

hgt422007

Active Member
Messages
1,364
Joined
Feb 28, 2008
Messages
1,364
Reaction score
155
Points
33
Sir Hugh Charles Clifford dilahirkan pada 5 Mac 1866 di London. Beliau adalah anak kepada Henry Hugh Clifford dan Josephine Elizabeth Anstice. Beliau berketurunan Clifford the Cabal di bawah Charles II. Beliau berkahwin dengan Minna Beckett, anak kepada Gilbert Beckett pada 15 April 1896. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Selepas isterinya meninggal dunia, beliau telah berkahwin dengan Elizabeth Lydia Rosabelle de la Pasture nee Bonham pada 24 September 1910. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurnikan empat orang anak lelaki dan tujuh anak perempuan. Beliau sampai di Tanah Melayu pada tahun 1883 ketika berumur 17 tahun dan menjadi kadet negeri Perak sehingga berumur 20 tahun. Beliau mula menjadi Residen British di Pahang pada tahun 1896 hingga 1900 dan tahun 1901 hingga 1903. Pada tahun 1900 hingga 1901, beliau dilantik sebagai Gabenor British di Labuan. Pada tahun 1903, beliau meninggal Tanah Melayu kerana dilantik sebagai Setiausaha Kolonial di Trinidad. Kemudian beliau menjadi Gabenor di Gold Coast (1912-1919), Nigeria (1919-1925) dan Ceylon (1925-1927).


Beliau turut menulis tentang kehidupan orang Melayu. Di antaranya ialah A Free Lance of to Day : A Novel dan A Prince of Malaya. Jawatan terakhirnya di bawah Pentadbiran British ialah sebagai Gabenor Straits Settlements dan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dari tahun 1927 hingga 1930. Pada 18 Disember 1941, beliau telah meninggal dunia di Roehampton, London ketika berusia 75 tahun.



Rujukan:
1.Clifford, Hugh Charles. A Prince of Malaya / Sir Hugh Clifford. New York : Harper [1926].
2.http://en.wikipedia.org/wiki/Hugh_Clifford
 
beliau anak jeneral perang britain
beliau ada kaitan darah dengan istana britain
beliau didik supaya menjajah pemikiran bangsa lain
beliau juga pandai ambil hati penduduk tempatan pahang
beliau ada menulis sifat orang melayu yang buruk
dan beliau mempunyai agenda supaya melayu hilang jatidiri selepas dijajah

ada orang malaya yang banggga dengan bangsa penjajah ini
 
minda yg terjajah adalah lebih teruk dari penjajah itu sendiri....

eh..eh..malaysia tak pernah dijajah oleh British kan?? British cuma menaungi sambil memberi tunjuk ajar pada malaysia kan??
 
Apalah nak dikenang-kenang tokoh penjajah British ni.
 
bukan nak kenang atau sanjung, patut kita jangan lupa pada sejarah.
 
Kat malaysia ni ader 3 sekolah yg masih lagi ader nama dia...2 di perak dan mungkin 2 di pahang, husband pun old cliffordian.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register