BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam web ajaran sesat dikesan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan sekurang-kurangnya enam laman sesawang yang didapati terbabit menyebarkan ajaran sesat hasil pemeriksaan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
SKMM dalam jawapan e-mel kepada Berita Harian berkata, enam laman sesawang itu sudah disekat selain 23 laman yang dikenakan tindakan sama pada tahun lalu selepas menerima aduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“SKMM mengambil langkah untuk menyekatnya berdasarkan Seksyen 263 (2), AKM 1998,” katanya.

Ia berkata sekatan itu adalah langkah paling praktikal bagi menghalang capaian di kalangan rakyat tempatan terhadap kandungan yang menyalahi undang-undang syariah memandangkan pelayan kepada laman sesawang itu dikesan beroperasi di luar negara.

“KMM juga bekerjasama dengan pemberi perkhidmatan rangkaian sosial untuk memadamkan mana-mana profil yang didapati menghina Islam atau memainkan sentimen perkauman pada kadar segera,” katanya.

Difahamkan, sebahagian besar laman sesawang yang dilaporkan JAKIM kepada SKMM itu membabitkan kegiatan ajaran tarikat atau perubatan alternatif yang menyalahgunakan ayat al-Quran serta fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk Syiah.
Secara keseluruhannya, sebanyak 363 laman sesawang dikenakan tindakan oleh SKMM dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini kerana kandungannya mengandungi unsur lucah, palsu, mengancam dan sumbang.

Daripada jumlah itu, 216 dikenakan tindakan sekatan dengan kerjasama pembekal perkhidmatan, 70 lagi aduan penyalahgunaan kepada moderator sesawang; 57 kes diberi notis amaran; manakala lapan kes masing-masing dalam penelitian dan penguatkuasaan sementara empat kes diserahkan kepada Forum Kandungan.

SKMM berkata 14 kes lagi selepas disiasat didapati tidak melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“SKMM menerima sebanyak 383 aduan berkaitan laman sesawang dalam tempoh Januari hingga Julai lalu dengan 95 peratus daripada aduan itu didapati membabitkan kandungan yang bersifat lucah, mengancam, jelik, palsu dan sumbang.

“Pada masa ini, siasatan dan tindakan yang diambil oleh SKMM adalah berdasarkan peruntukan AKM 1998 yang melarang pemberian apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain,” katanya.


sumber: http://carigold.com/portal/forums/newthread.php?do=newthread&f=72
 
makin byk ajaran sesat ..bahaya betul kalu kurang ilmu..boleh terpedaya.
 
dah menjadi2 sekarang..pengikut makin bertambah..
 
mesti asal dr negara seberang ni
 
dengan adanya alam cyber ni rasanya mudah;ah diorang ni nak rekrut orang baru. macam macam zaman sekarang ni...
 
lahanatttt sungguh mereka yg cube nk pesongkan akidah umat Islam....
 
dah jadi trend baru plak ke guna website
kalau dulu guna pendekatan dalam IPTA la mcm2
 
Back
Top
Log in Register