BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam suspek samun ditahan

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
tumpatsamun_1560933010.jpg

AB Rashid (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan barang dirampas dalam kes pecah rumah pada sidang media di IPD Tumpat, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.






POLIS menahan enam suspek berkaitan kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan yang aktif melakukan jenayah itu sejak lebih setahun lalu.

Enam suspek termasuk seorang wanita itu berusia 24 hingga 38 tahun dipercayai melakukan lebih 10 kes jenayah di Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata penahanan semua suspek itu dibuat secara berasingan bermula penghujung Mei lalu lalu sehingga semalam di sekitar Tumpat dan Kota Bharu.

“Kes terbaharu berlaku di Wakaf Bharu pada 24 Mei lalu apabila empat suspek menyamun seorang wanita. Dalam kejadian itu, mangsa diheret sejauh lima meter sehingga cedera di badan serta kaki.

“Sebelum kejadian itu, seorang daripada suspek menggunakan kad debit palsu mengisi petrol berjumlah RM178 di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang memburu seorang lagi suspek berusia 37 tahun selepas dipercayai terbabit dalam jenayah sama.

Menurutnya, semua suspek mempunyai rekod lampau berhubung kes jenayah dan dadah manakala ujian saringan air kencing mendapati semua positif dadah jenis methampetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Dalam perkembangan lain, polis sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan membabitkan kes pecah kenderaan di Chabang Empat dan Wakaf Bharu pada awal Jun lalu.

“Dua lelaki yang berusia 35 dan 43 tahun itu adalah warga tempatan dan kami yakin mereka masih berada dalam negeri ini,” katanya.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/466828/enam-suspek-samun-ditahan








.
 
Ni semua hati keringni,skali buat lepas,lama2 dah kesedapan,bagi duk dlm lama skit biar ada akai masing2
 
"Enam suspek termasuk seorang wanita itu berusia 24 hingga 38 tahun dipercayai melakukan lebih 10 kes jenayah di Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Puteh."

ni kumpulan penyamun semangat muhibbah ko?
ado laki pompuan & mcm2 bangsa; kalau yo memang 1malaysia lah

ekekekekeke
 
Back
Top
Log in Register