BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Rangka Manusia Ditemukan Di Rumah Terbiar Di Kebun Kelapa Sawit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ba3ff072089554d2efd1aff1f9fe34ae6981ac62debe7

f56a228428d9b5d9fa24426e76df39ba6981ac3d81e12

Kredit: PDRM

Enam rangka manusia termasuk lima sekeluarga yang dipercayai telah meninggal dunia lebih tiga bulan ditemukan di sebuah rumah yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai, Skudai bulan lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata berkata suami kepada seorang daripada mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada 9 Jan lepas, setelah menemui rangka manusia ketika mencari isteri dan anak-anaknya yang dilaporkan hilang.

“Pengadu berusia 48 tahun ini pernah mendapat maklumat bahawa isteri dan anaknya pernah duduk di rumah tersebut yang terletak jauh dari jalan besar, tanpa bekalan elektrik dan air, sebelum dia bertindak mencari sendiri ahli keluarganya itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Susulan penemuan itu, beliau berkata pasukan patologi forensik dari Hospital Sultanah Aminah dan forensik PDRM Johor menjalankan pemeriksaan dan bedah siasat ke atas rangka yang telah dijumpai di rumah yang terletak berhampiran sebuah kuil terbiar itu.

Katanya siasatan mendapati enam mangsa itu terdiri seorang wanita dewasa berusia 35 tahun, seorang remaja perempuan 19 tahun, dua kanak-kanak perempuan sembilan dan lima tahun, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan seorang lelaki dewasa berusia 29 tahun.

Beliau berkata polis masih menyiasat tempoh masa kesemua mangsa ini dilaporkan hilang.

“Susulan siasatan dan risikan lanjut, polis menahan empat suspek warga tempatan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 dan 35 tahun di sekitar Iskandar Puteri pada 21 Jan lepas bagi membantu siasatan.

“Hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah,” katanya.

Ditanya motif pembunuhan, beliau berkata perkara itu akan diketahui melalui proses perbicaraan di mahkamah.

 

"Hilang lebih tiga bulan" | LIMA SEKELUARGA ANTARA ENAM RANGKA DITEMUI DI JOHOR​

Begitulah kejamnya manusia didunia ini. Demi memenuhi kepuasan hati, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Kanak-kanak yang kecil, yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman orang dewasa.

Dadah pastinya merosakkan masyarakat, kerana mak jadi taik dadah, anak-anak terkena tempiasnya. Semoga keluarga mendapat keadilan yang sewajarnya. Sekian terima kasih…

 
Back
Top
Log in Register