BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bungkusan Guni Disyaki Berisi Rangka Manusia Ditemukan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,400
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,400
Reaction score
346
Points
141

Bungkusan Guni Disyaki Berisi Rangka Manusia Ditemukan​

51326d2f26fff25e7b859e3c7df94f276a3b71309dc20

ACP Yusharifuddin Mohd Yusop - Kredit: IPD Kangar

Satu bungkusan guni disyaki berisi rangka manusia yang telah reput ditemukan di kawasan kebun berhadapan sebuah kilang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada 10.20 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan terlihat bungkusan guni berkenaan semasa sedang melakukan kerja-kerja meracun di kebunnya.

“Barang kes dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk siasatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan setakat ini, dan kes masih dalam siasatan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register