ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUANTAN - Empat remaja ditahan selepas cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis yang melakukan tugas rondaan dalam operasi khas cegah jenayah di kawasan Taman Tas, kelmarin.
Cubaan empat remaja berusia 16 hingga 18 tahun itu gagal apabila dikejar polis sebelum kesemuanya berjaya ditahan tidak jauh dari tempat mereka melepak di hadapan sebuah rumah sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, penahanan remaja itu mendedahkan penglibatan mereka dalam aktiviti penagihan dadah.
Menurutnya, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku ketika anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Jaya Gading, di sini, melakukan pemantauan dan rondaan sebelum terserempak dengan empat remaja tersebut sedang melepak dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota bertugas menghampiri mereka untuk pemeriksaan bagaimanapun remaja itu enggan memberikan kerjasama malah bertindak melarikan diri.
"Mereka bagaimanapun berjaya ditahan di kawasan berhampiran namun pemeriksaan tubuh terhadap remaja terbabit tidak menemui sebarang barang salah," katanya ketika dihubungi, di sini ,semalam.
Abdul Aziz berkata, remaja tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, untuk pemeriksaan lanjut.
"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati remaja terbabit positif dadah jenis methamphetamine.
"Soal siasat yang dijalankan mendapati mereka mengaku terbabit dalam penagihan dadah dan mendapat bekalan daripada seorang 'tokan' di kawasan itu," katanya.
Menurutnya, dua remaja bawah umur masing-masing berusia 16 tahun yang ditahan itu didapati tidak bersekolah.
"Penahanan remaja terbabit dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mereka," katanya.
Abdul Aziz berkata, semua suspek terbabit ditahan mengikut Seskyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.