BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat lagi PR1M akan dibuka

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Razif dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria sedang melihat seorang warga emas, Abdul Latif Omar, 77, yang sedang mendapatkan rawatan di Klinik 1 Malaysia Kampung Padang Air selepas pelancaran dibuat, semalam.​

KUALA NERUS - Kerajaan negeri bakal membuka empat lagi Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia (PR1M) baharu pada tahun ini, bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan rawatan di pusat berkenaan selain di hospital atau poliklinik.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat-pusat yang baharu dibuka itu akan turut menggunakan konsep di PR1M Seberang Takir, di mana terdapat juga kemudahan rawatan hemodialisis.

"Kita akan perluaskan konsep (PR1M) ini di seluruh daerah. Sekarang di Batu Rakit, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Besut sedang dalam proses pengubahsuaian dan dijangka sedikit masa lagi akan mula beroperasi.

"Jadi untuk tahun ini kita dah berjaya wujudkan empat PR1M termasuk di Seberang Takir menjadikannya lapan buah, bermakna akan buat lagi empat di daerah-daerah yang belum ada (PR1M).

"Sekarang kita sedang meninjau bangunan yang sesuai terutama yang tidak digunakan bagi tujuan ini," katanya selepas Majlis Pelancaran Perkhidmatan Klinik 1 Malaysia Kampung Padang Air di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohammad Omar; Pegawai Daerah Kuala Nerus, Azmi Razik dan Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail.

Manakala menurut Razif, kos pusat PR1M yang baharu bergantung kepada keperluan kawasan kerana menggunakan konsep smart partnership di mana ia melibatkan tiga agensi.

"PR1M melibatkan tiga agensi seperti kerajaan negeri, Kementerian Kesihatan dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

"Kerajaan negeri akan tanggung kos bangunan baru manakala dari segi peralatan di bawah Maidam, dan kakitangan atau pekerja pula disalurkan Kementerian Kesihatan," jelasnya lagi.

Sementara itu, berhubung Pelancaran Perkhidmatan Klinik 1 Malaysia, klinik berkenaan adalah yang ke 13 di Terengganu dan kedua di Kuala Nerus.
 
Back
Top
Log in Register