BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat Individu Terperangkap Dalam Kebakaran Pangsapuri Di Subang Jaya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Empat Individu Terperangkap Dalam Kebakaran Pangsapuri Di Subang Jaya​

440decf7a5a23580006c2ca7dd7eb16e6a4247f42c248

Kredit: JBPM SELANGOR

Empat individu berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran melibatkan sebuah unit rumah di pangsapuri empat tingkat di Subang Perdana Goodyear Court 7, USJ 14, Subang Jaya, pagi tadi.

Kesemua mereka bagaimanapun, berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menerima panggilan kecemasan pada 9.48 pagi.

​Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata sebanyak 17 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dengan bantuan BBP Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kebakaran itu menyebabkan sebuah unit kediaman di tingkat satu yang berkeluasan 20x40 kaki persegi musnah hampir 80 peratus.

​"Seorang mangsa, iaitu lelaki warga tempatan berusia 20-an yang juga penyewa unit rumah yang terbakar itu berjaya dikeluarkan dan diselamatkan oleh anggota bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata tiga lagi mangsa warga asing, masing-masing seorang lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20-an, turut berjaya diselamatkan selepas terperangkap di kediaman mereka di tingkat empat pangsapuri berkenaan akibat asap tebal.

Kebakaran, katanya, berjaya dikawal sepenuhnya pada 10.12 pagi dan punca kejadian itu masih dalam siasatan.



 
Back
Top
Log in Register