BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat edar pil kuda ditahan

black_world

Junior Member
Messages
99
Joined
Jul 3, 2009
Messages
99
Reaction score
1
Points
11
BESUT – Polis berjaya menahan empat lelaki disyaki pengedar dadah selepas merampas pil kuda bernilai RM12,500 yang ditemui di dalam sebuah kereta dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Seberang Kastam dekat Kuala Besut, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, polis bertindak menahan sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak yang dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan dibuat menemui sebanyak 416 biji pil kuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum kejadian, kereta yang dipandu salah seorang suspek terbabit datang dari arah Kuala Besut menghala ke arah Kampung Raja.

“Selepas pemeriksaan dibuat ke atas kereta tersebut, polis menemui 398 pil kuda yang diisi di dalam plastik berwarna biru dan dibungkus dengan kertas surat khabar, diletakkan di atas ‘dashboard’ belakang kereta.

“Manakala 18 biji lagi diisi di dalam kotak rokok yang disembunyikan di bawah kerusi penumpang sebelah pemandu,” katanya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lelaki ber-usia 20 hingga 31 tahun itu memperoleh bekalan berkenaan dari negeri jiran dan dalam perjalanan pulang ke Merchang, Marang.

“Kita percaya kumpulan ini aktif mengedarkan pil kuda di sekitar daerah Marang dan tangkapan ini diharap dapat membantu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di sana,” katanya.

Hasil pemeriksaan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah dan empat lelaki itu ditahan reman untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dijatuh-kan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan.
 
Kasi kuda tendang 5-6 tentu dia serik dah
 
Back
Top
Log in Register