BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empat dipecat kerana berpuasa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Paris: Badan Islam Utama Perancis kelmarin mengecam satu keputusan sebuah majlis bandar memecat empat kakitangan kem musim panas kerana berpuasa ketika Ramadan sebagai “sewenang-wenangnya dan diskriminasi.”

Empat pekerja itu, yang diambil sementara oleh bandar Genevilliers di pinggir ibu kota ini untuk mengendalikan satu kem sukan di barat daya Perancis, dipecat 20 Julai lalu, hari pertama Ramadan, selepas dimaklumkan mereka membahayakan keselamatan kanak-kanak dengan tidak makan atau minum antara awal pagi dan matahari terbenam. Mereka kini merancang untuk mempertikaikan pemecatan itu menerusi mahkamah buruh Perancis dan Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM) berkata kelmarin ia mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi.
Kelmarin 4 pekerja itu mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi”. - Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM)
Pertahankan keputusan

Dalam satu kenyataan, datuk bandar Komunis Genevilliers mempertahankan keputusan memecat kakitangan itu atas alasan kesihatan dan keselamatan selepas seorang pegawai yang melawat kem menyedari mereka tidak makan atau minum pada tengah hari.

“Mereka tidak menghormati syarat kontrak dengan cara mungkin membahayakan keselamatan fizikal kanak-kanak yang dipertanggungjawabkan kepada mereka,” kata kenyataan. - AFP




sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatdipecatkeranaberpuasa/Article/
 
kehkehkeh

ada 2/3 umat ISlam yg berpuasa...x de pon timbul soal kesihatan...nak percaya cakap org yg x berpuasa tu ke...atau nak percaya umat Islam yg dah pon berpuasa sejak 1400 dulu sampai kini???
 
Tak mati pun berpuasa
 
haiii la datuk bandar Komunis Genevilliers , naseb baek aku pose, klau x, dah lama aku tampa ko.
 
tengok barat ke eropah ke
dah tak takut permainkan umat Islam
 
aku pose tak der pon jd paper..keje jalan jugak..mmg kapir laknat
 
ceteknya pemikiran diorg..
 
alasan xmunasabah...
 
Back
Top
Log in Register