BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Empangan bocor 75 liter sesaat

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_04.1.jpg

BEBERAPA pekerja cuba membaiki kebocoran pada empangan hidroelektrik Song Tranh 2, dalam wilayah Quang Nam kelmarin.

HANOI - Pemerintah Vietnam mengarahkan supaya kebocoran yang berlaku di empangan Hidroelektrik Song Tranh 2 dibaiki dengan segera.

Arahan itu dikeluarkan selepas orang ramai mula bimbang berhubung kebocoran yang berlaku pada empangan berkenaan yang terletak dalam wilayah Quang Nam, tengah Vietnam.

Pada Selasa lepas, pihak pengurusan Empangan berkenaan memberitahu, kebocoran yang berlaku dianggarkan sekitar 75 liter sesaat iaitu lima kali ganda lebih tinggi daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Mengulas mengenai kerosakan tersebut, Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan, Hoang Quoc Vuong berkata, empangan itu masih selamat walaupun kebocoran yang berlaku adalah jauh lebih tinggi daripada tahap biasa.

"Kebocoran pada kadar 75 liter sesaat masih selamat. Di Amerika Syarikat, beberapa empangan mengalami kebocoran hingga 500 liter sesaat tetapi ia masih kukuh," katanya.

Menurutnya, pemerintah mahu kebocoran tersebut siap dibaiki menjelang 15 April ini. - Agensi
 
kebocoran masih rendah berbanding Amerika .... :))
 
Bocor dia tepek dgn apa..tk kan dengan simen je.

Bahaya..boleh jadi banjir besar.
 
kebocoran masih rendah berbanding Amerika .... :))

itu lah hakikat dan inilah ayat yg diguna pakai oleh ahli politik, haha..

aku rasa setiap ahli politik pasti akan guna ayat nie:))
 
itu la...asyik² buat comparison dgn yg lain...
 
tampal simen dari luar je
dinding sebelah lagi x tampal ke
 
letak sekeping besi kat sebelah dalam, pastu rivet. tekanan air akan melekatkan besi tersebut kat tempat bocor tu.
 
Back
Top
Log in Register