BTC USD 84,170.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

emas percuma dalam komputer

Sebab kalau guna asid...bila dah dpt habuk tu..kita boleh burning je guna penunu bunsen...dapat la seketull.. ( seperti mana yang aku tengok dalam utube )

TAK SEMUDAH ITU

Takat lebur emas adalah sekitar 1300 Celcius

Penunu Bunsen menggunakan sama ada Propane atau Butane atau campuran keduanya, biasanya tidak kira apa pengilang kata, setelah mengambilkira efisiensinya kita cuma dapat sekitar 900 darjah celcius.


Kecuali.... anda tahu bagaiman untuk membina BURNER yang efisien, dan "DAPUR" yang efisien.

DAPUR mestilah dari bahan yang tidak mengalirkan haba dan juga tidak menyimpan haba.

Ertinya sifat bahan adalah "pekak" bila berkaitan haba.

Dengan itu ia dapat mengekang haba dari terbazir.


TEKNIK MELEBUR SAHAJA BOLEH AMBIL 20 PAGE

dalam melebur ada 2 benda yang penting...

1. SUHU
2. HABA

Haba dan Suhu adalah berbeza.

Yang penting adalah berapa banyak tenaga kita salur kepada emas, dan berapa banyak emas hilangkan haba ke persekitaran in a given time. But it all boils down to an equilibrium point di mana suhu kedua-dua sumber api dan bahan kerja, tidak boleh lebih tinggi dari yang tertinggi di antara keduanya.



Jika torch anda boleh support sampai 1600 Celcius (oxy-acetylene) bagus.... tapi anda kena kira juga berapa kilo emas nak kerjakan sekali jalan.

Ia akan mempengaruhi finishing emas.....



Setting udara/gas juga mempengaruhi KUALITI EMAS.


TIDAK GUNA JIKA KERJAKAN EMAS SAMPAI DAPAT 99.95% PURITY TAPI AKHIRNYA TERCEMAR KARBON!!!!!!


Adakah info ini ada dalam ebook?
 
Kilang-kilang besar kat Jepun ada buat mcm ni. Tapi cara yang sama ker ? Gunakan asid jugak ker ?
 
Bagaimana dengan waste disposal?

Tahukah anda sekilo larutan tepu Copper Sulphide atau Copper Nitrate boleh membunuh beribu-ribu ikan dalam sungai sepanjang sekilometer?

Nak dapat sekilo Copper Nitrate tak susah... Copper biasanya sekitar sekurang-kurangnya 80% kandungan logam dalam barang elektronik.

Kalau celup dalam Asid Nitrik maka akan dapat Copper Nitrate...


Any copper solution is extremely poisonous to the environment!!!!!!!!!!!!!!!!

Anda boleh mengurangkan pencemaran dengan memancing copper/tembaga keluar dari larutan.. dengan menggunakan logam yang lebih reaktif. celup dan logam-logam lain yang kurang reaktif (biasanya lebih mahal) akan terpejal dan jatuh ke bawah larutan.

Adakah TT berikan panduan teknik ini untuk membantu mengurangkan pencemaran?


Jika ada, adakah TT memberitahu supaya jangan gunakan aluminum kerana reaksi kimianya bersifat panas dan GANAS?



Adakah TT memberikan panduan tentang pengurusan sisa kimia?
 
Kilang-kilang besar kat Jepun ada buat mcm ni. Tapi cara yang sama ker ? Gunakan asid jugak ker ?

Ada 2 teknik asas...

1. Guna Asid, teknik ini secara kimia sepenuhnya. Bancuh itu, bancuh ini, panaskan sampai kering, lepas tu tabur garam atau serbuk kimia lain, tunggu mendak, bla bla bla.... Ini teknik lama, sangat efektif... jika dibuat dengan betul dan berulang kali boleh sampai ke 99.95% Kalau nak 99.999 peratus ada teknik lain. Teknik ni tak kos efektif. Ia makan untung anda dengan banyak. Dalam industri tak pakai teknik ni, tapi teknik diorang perlukan setup cost yang tinggi (kos membuat peralatan yang mahal)... kalau pakai asid, peralatan murah... asidnya yang mahal.

2. Guna elektrolisis... sama ada forward electrolysis atau reverse electrolysis, bergantung content apa yang lebih banyak... bergantung kepada formula dan situasi, boleh jadi ia tidak makan kos yang tinggi kerana jika menggunakan reverse electrolysis dengan elektrolit asid sulfurik pekat (98%) ia tidak merosakkan elektrolit, elektrolit boleh direcycle lagi dan lagi... tapi perlu handling yang cermat. Tapi ia LAMBAT!!!!!!!! Dan kuat makan elektrik... anda perlukan sumber kuasa antara 1.3V sampai 12V (bergantung luas permukaan anod/katod) dan arus yang tinggi SEHINGGA 1000 Ampere pun ada. Aku punya power supply 12V 100 Amp aku buat sendiri dari power supply computer.



Dalam industri biasanya diorang pakai variasi dari elektrolisis tapi versi maju... aku tak ingat apa namanya, wohwil process, gitu la lebih kurang... cuba google electrowinning process



Untuk ekstrak emas dari processor juga perlu peralatan mekanikal yang sesuai.. aku lupa apa namanya. Ia satu tabung silinder logam... dalamnya korang letak bola macam ball bearing punya butir tapi besar mouse... korang kena buat motor + belting untuk golekkan tumbler tu... nanti bola tu akan crush processor korang.
 
Korang pergi sini : http://www.scribd.com/aflacglobal

Akaun Aflacglobal tu member aku punya.... dia memang otai.
Tapi jangan tanya dia pasal aku, dia tak tau aku orang Malaysia.

Download buku karangan CM Hoke - Refining Precious Metal Wastes

CM Hoke tu anak perempuan kepada seorang recycler dan goldsmith yang terkenal. Bapak dia ada design burner khas untuk kegunaan tukang emas, nama burner tu pun Hoke Torch.

Tapi awas... buku CM Hoke tu karangan tahun 50an-60an. Dari segi keselamatan memang out.... banyak prosedur yang memang ikut standard moden memang kena kutuk...




Untuk YIELD sila cari dalam banyak-banyak dokumen dalam situ. Aku periksa dalam aku punya koleksi tak ada. Aku pun tak kerja dengan banyak scrap. AKu proses satu jenis item, tapi bendanya berlambak.


Untuk buat relau... aku ada idea best...

PM aku... aku malas nak taip kat sini, nanti sama ada orang jual idea aku ataupun korang lepas tengok berapa cerewetnya kerja ni korang pun malas nak buat dan sia-sia aku taip.

Tapi kerjanya simple... pakai jaring mata punai, sekotak material khas (harga RM90) boleh beli di JB tak payah import, dan dawai.

Korang akan dapat relau yang lebih baik dari pakai firebrik & simen relau. tangan tak kotor, cuma kena awas dengan habuk dia yang tajam untuk paru-paru.




Aku punya burner pun kalau korang nak gambar aku boleh kasi... aku buat pakai paip besi + copper tubing + leaf blower + gas masak. Api dia yang biru panjang setengah meter.

Aku boleh kasi pelan free... takde hal. Tapi risiko aku akan terus terang, walaupun jarang berlaku kes backfire dalam sistem Butane/Propane, tapi ia boleh berlaku jadi kalau meletup tanggung sendiri. Sebab tu aku pakai blower 800 watt.



Informasi percuma di internet... Cuma komuniti tu sembunyikan sikit info sebab tak nak orang jual info percuma di internet.

goldrefiningforum.com <---- lubuk maklumat, cuma kalau masuk situ jangan tanya soalan bowdo. Baca dulu sebanyak mungkin baru tanya soalan.
 
Aku rasa jadi bercampur timah, tembaga ngan emas tu...cam mana nak buat pengasingan ?

Dengan menggunakan kebijakan.

Logam boleh dikelaskan seperti berikut

1. Base metal (logam murahan)
2. Royal Metal atau PM - Precious Metal

PM pula boleh dibahagi tiga :
1. Silver
2. Emas
3. PGM - Platinum Group Metal

PGM pula terdiri dari :
1. Rhodium
2. Palladium
3. Iridium
4. Platium
5. lain-lain PGM


Tak semua PGM boleh diekstrak dengan mudah, malah ada yang sangat beracun. Yang berbaloi dikejar oleh "orang kecil" adalah Palladium dan Platinum sahaja.

formula di bawah adalah formula kasar, ada beberapa lagi langkah dan situasi yang terkait perlu di ambil kira dalam praktis.






Asid nitrik pekat 70% adalah asid yang kuat.

Ia melarutkan semua base metal plus perak plus palladium

Ia akan mendatangkan masalah dengan timah... Timah tak larut dalam Asid Nitrik.


Jadi setelah direndam dalam asid nitrik pekat, apa pepejal ada pada anda adalah emas + platinum + timah

Tapis.... Larutan letak kiri, tapisan (pepejal) letak kanan.


Jika kandungan perak tak banyak, atau anda tak kisah pasal perak, larutan ni dah boleh dikira waste. Proses ia selayaknya bahan sisa kimia beracun.

-----------------------------------------------------

Sekarang kita basuh pepejal dengan asid sulfurik cair.

Asid sulfurik cair melarutkan timah.

Sekarang kita tapis lagi.

Yang tertinggal adalah emas + platinum

-----------------------------------------------------------


Kita bancuh Asid Hidroklorik + Asid Nitrik menghasilkan Aqua regia.

Asid Hidroklorik dan Asid Nitrik masing-masing kuat, tapi tak cukup kuat untuk menangkap ion emas untuk membentuk garam emas.

bila mereka bersatu dalam satu bekas. Asid Nitrik menggoda emas, dan Asid Hidroklorik akan menangkap emas.

Jadi emas bukan lagi dalam bentuk elemental tapi bentuk klorida


Tapis...

sekarang pepejal adalah platinum + sampah

Larutan yang step ni jangan buang.. yang nampak macam air kencing tu ada emas dalamnya... kejap lagi kita ambil emasnya.

Sekarang ni kita proses dulu Platinum, asingkan dengan sampah.
---------------------------------------------------------


Sifat Platinum dia larut hanya dalam Aqua Regia yang panas.

Jangan panas sangat, nanti membuak terpercik ke muka, berlubang pipi korang nanti. Ada takat suhunya... dan ada cara nak memanasnya bukan main tala.

jadi aqua regia yang fresh, dimasukkan platinum + sampah tadi. Tunggu sampai larut semua, lepas tu tapis.

Dalam tapisan adalah sampah. Kumpul sampah ni kat satu bekas. Nanti bila sampah dah banyak kita proses lagi, mana tahu ada lagi sikit-sikit emas dan platinum.

-----------------------------------------------------


Sekarang kita ada 2 larutan berharga

1. Larutan emas klorida
2. larutan platinum klorida

Kita harus precipitate dia.

Untuk mengeluarkan emas, kita tabur SMB (Sodium Metabisulfite)...
sikit demi sedikit. Untuk pastikan tiada lagi emas dalam bentuk ionik, kita ambil setitik, titiskan atas jubin. kita titiskan pula Stanous Chloride. Perubahan warna akan memberi isyarat adakah emas masih wujud secara ionik. Tabur SMB sampai semua emas dah keluar jadi pepejal.

sekarang tapis lagi...

yang atas kertas adalah emas. Ia nampak macam kunyit sebab dia serbuk... kalau korang tenyeh kat kertas turas tu, baru nampak kilat dia.


untuk precipitate PGM, untuk Platinum pakai Aluminum Chloride.


Jadi dah nampak macam mana nak asingkan logam?


------------------------------------------------------

Untuk larutan pertama... kalau korang nak jugak perak dalam tu, senang je...

Directly below Silver in the Reactivity Table is copper.

Jadi kita umpan dengan copper.

Ambil copper dari dawai elektrik.

celup sikit-sikit, sampai larutan asid jadi tepu.

Di sini pentingnya untuk kita guna asid seperlunya. Bukan saja nak elak bazir asid, tapi untuk elak bazirkan copper.

lagi banyak asid yang masih tak bertindakbalas dengan apa-apa, lagi banyak logam pancing diperlukan utnuk menepukan asid tu.


bila asid dah tepu, jika kita suap lagi copper dalam asid, ia akan menggantikan tempat silver dalam larutan tu, sebab bagi larutan Nitrik, copper nampak lagi seksi dari perak. copper ambil tempat perak, dan perak tersingkir sebagai pepejal.


------------------------------------------------------------



Langkah di atas adalah langkah ringkas... tapi tricknya banyak utnuk dapat hasil berkualiti dan juga untuk keselamtan diri kita.


Contohnya, kat atas tu tak ada kata kena panaskan larutan aqua regia selepas proses melarutkan logam.


Disebabkan Asid Nitrik berbahaya, dan juga sebab kestabilan larutan, kita harus panaskan larutan sebelum precipitation.

Asid Nitrik harus disingkirkan,

Mujur kita tahu Asid Nitrik terpeluwap pada suhu/tekanan lebih rendah berbanding Asid Hidroklorik, maka kita panaskan dia pada suhu yang tertentu.

Bila kita dah konfiden tiada lagi Asid Nitrik, baru kita tabur SMB atau Aluminum Chloride.


Ada juga step perlu diambil, yang jika terlupa, boleh menyebabkan emas tu tergantung dalam larutan dan sangat susah diekstrak kerana ia sudah jadi colloidal gold, emas hitam. Ia nampak hitam kerana ia hadir dalam bentuk pepejal tapi ikatan molekul tidak lebih dari 1 atau 2 molekul jadi ia dalam keadaan serbuk yang paling halus emas boleh jadi. Maka ia tergantung antara 2 alam, alam larutan dan alam pepejal. Gentayangan. Kalau nak tunggu dia gugur, tunggulah dalam 20 tahun. Kalau tak nak, kena buat semula, tapi kali ni lebih leceh atas beberapa sebab.

------------------------------------------------


Cerewetnya banyak sebenarnya. Cerita-cerita kecil tapi penting yang dikhuatiri terkeluar dari cerita.
 
Salam...
habis la.. hehehe tak berbaloi la dapatkan emas dalam pc ni.. banyak sembang deraih aje.. megat dah reply banyak.. TT tolong jawab sat.. jual ebook lagik mudah kalau dok carik emas dalam pcb board.
 
tuan megat dah pecah kn semua spekulasi korg sume..
bkn sng woooo..
 
emas dalam cip ni x silap aku sekecil hujung jarum...
 
Back
Top
Log in Register