Megat Sri Rama
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,266
- Joined
- Aug 28, 2007
- Messages
- 20,266
- Reaction score
- 507
- Points
- 161
terima kasih kerana bagi maklumat ini
sekiranya anda mampu dapatkan alat-alat yang canggih ini teruskan usaha anda..
proses komersial tu tak la canggih mana, cuma tekniknya memerlukan setup yang kos tinggi.
taklah tinggi mana, jika ada skil mengimpal dan skil elektronik, boleh.... masalahnya kos vs. pulangan.
beza antara proses aqua regia dan proses komersial hanyalah beza antara 99.95 dan 99.999
jika nak jual ke kedai emas atau peraih emas, 99.5 dah cukup... mereka sendiri akan aloikan emas tu dengan tembaga, nikel, perak dll. supaya dapat karat yang sesuai dan sifat kosmetik yang sesuai.
tapi untuk proses minting (membuat syiling) atau untuk membuat jongkong yang disimpan untuk pelaburan mereka perlukan sehingga 99.99
emas yang dilebur antara 99.5 dan 99.99 bagi mata yang terlatih ada bezanya. bagi tukang emas yang terlatih juga mereka boleh bezakan sewaktu melenyek emas jadi leper, lembut tak lembut. Bagi tukang lebur juga boleh bezakan jika terlatih, melihat pada tegangan permukaan emas.
tapi antara usaha dan faedah, tak berbaloi untuk kejar perbezaan tu.
Aku minta maaf kat TT... jika aku kacau rezeki dia
concern aku pada keselamatan pengguna!
Wasap ungu dari asid nitrik sangat angker..... ini pesan untuk TT sendiri. jangan ambil ringan....