Pihak CariGold.com masih ingin mengingatkan kepada orang ramai tentang risiko sebarang bentuk Managed Account.
Walau apa pun sebarang bentuk aktiviti Managed Forex masih tetap berisiko dalam jangka masa panjang kerana amnya hanya 5% sahaja 'forex trader' yang berjaya di dalam dunia ini. Dan juga 'PAMM Creator' sendiri haruslah mempunyai etika di dalam mempromosi program pelaburan sendiri supaya tidak keterlaluan terutamanya di 'offline mode' kerana rakyat & kerajaan Malaysia sendiri masih tidak bersedia untuk pelaburan seperti ini.
Risiko wang pelaburan adalah tanggungjawab pelabur sendiri. Oleh itu sekiranya anda sebagai pelabur mengalami kerugian cukuplah sekadar bertenang dan tidak melibatkan perkara ini pada pihak berkuasa kerana ianya bakal memberi banyak impak negatif kepada banyak pihak. Fahami sebetulnya risiko Managed Account seperti PAMM Account ini kerana 'PAMM creator' sendiri mungkin tidak mempunyai tauliah, pengalaman yang cukup dan sudah tentu satu entiti yang tidak berdaftar dengan
Suruhanjaya Sekuriti mahupun badan kerajaan lain.