BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EMAS? Mana lagi baik?

sy simpan maybank gold passbook.
Tak perlu simpan fizikal, merbahaya.
Harga ikut harga semasa emas.
Boleh tukar ke emas fizikal jika mahu. Kalau PublicBank Gold Passbook belum boleh tukar ke emas fizikal.
Eermm...setahu saya tak ada unsur riba.

oo klu gold passbook maknanya dah lama la ye bro simpan?:)
 
erm patuh syariah ker?

harap benda ni perlu di kaji sedalam2nya.... sebelum membukanya

dah cek dalam buku, rasanya x da tulis perkataan syariah so close la nampaknya:)
 
dah cek dalam buku, rasanya x da tulis perkataan syariah so close la nampaknya:)

Baru 2 tahun simpan.
apa yg tak patuh syariahnya?..boleh citer skit....sy tak nampak pun apa yg tak patuh...boleh kita diskus. Even Kuwait Finance House pun ada Gold passbook.
Walaupun tak ada panel syariah yg memantau, tak semestinya ianya haram. Macam forex, ada panel syariah ke?:)

Gold passbook ini seperti kita beli emas tapi pihak bank tolong simpan. Jumlah gram yang kita beli itu akan direkodkan dalam buku akaun emas.
 
Last edited:
Just nak berkongsi info dari Ust Zaharuddin.

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit (Maybank dan Public Bank) melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal’ tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi’ yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
 
Just nak berkongsi info dari Ust Zaharuddin.

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit (Maybank dan Public Bank) melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

Erm, maybank dah tambah ke ketiga-tiga syarat yang UZAR bagitahu tu? Kalau salah satu tak ada, kira tak halal. Better tanya detail kepada pegawai Maybank..

Btw, ada satu lagi yang bro tak paste dalam ulasan UZAR..

KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan. - UZAR-
 
Beli je emas fizikal spt brg kemas 999......
 
alhamdulillah saya baru je beli tadi 999.9 harga 1gram rm149.49, tp sy tanya pendapat org lain harga ni masih mahal lagi, next week mungkin turun lagi, x pe next week beli lagi kaliu turun:)

Dah murah tu.....:D
 
Bro. yg ustaz Zaharuddin post tu agak outdated.. yang Kuwait finance House tu halal sebab bila beli gold bar.. mereka mmg bagi gold bar pada custoemr & serial number tu mmg untuk customer. kalau beli 10gm, maknanya 10gm tu mmg atas nama custoemr tu. Yg Maybank & GIA tu, mereka claim aje ada back up dgn gold tapi mmg tak nampak apa yg di beli. Also, mereka tak berani nak claim nak letak under maybank islamic so masih bawah maybank konvensional.

Setahu saya, Maybank rule baru tak bagi withdraw gold bar, Bagi withdraw cash aje.. Antara sebabnya sebab tak cukup emas nak cover permintaan customer. Katakan kalau semua customer cakap nak withdraw hari ni. gelabah dia org sebab tak dpt meet requirement tu. Rule lama mmg bagi withdraw emas fizikal. tapi kalau pergi check yg peraturan baru.. mmg dah tarik balik tu.

Walau apa pun, kalau nak simpan itu terpulang pada diri sendiri ya. Saya sekadar menyampaikan apa yg saya tahu. Emas fizikal yg terbaik.

Bukan berat pun kalau 100gm. Kalau 1kg lain la citer.. yg tu keluar dari budget kita org laa. hehe
 
ermm...kena withdraw masuk dlm kuwait finance house ler...
Thanks for da info.
Tp sy dah check ngan Maybank, officer tu cakap boleh withdraw dalam emas fizikal. Tp itu dia cakap, kalau dia tipu, sy tipu lah. So far sy tak pernah request withdraw emas fizikal.

Banyak bende dlm negara kita ni kena jelas, especially bab2 investement. Even ASB pun ada mufti kata haram, ada mufti kata harus. Wallahualam.
 
Back
Top
Log in Register