ahib0205
Legendary Member

- Messages
- 19,329
- Joined
- Nov 18, 2007
- Messages
- 19,329
- Reaction score
- 746
- Points
- 166
Teknik ni saya baru jumpa dan baru je cuba. Boleh tengok kat journal ema + fibo + TP 5 pips
Alhamdulillah dengan teknik ni saya mula lebih yakin untuk scalping.
Cuma bab MM saya masih melatihkan diri.(sebab asyik dendam teringat loss)
Saya buat keputusan hari ini untuk berkongsi sebab risau jika satlagi saya mati saya tak sempat nak kongsi.
Satu lagi ini saya pernah janji pada diri sendiri bahawa saya akan ajar FREE jika dah jumpa teknik yang boleh profit.
Tapi baru ni saya macam diuji rasa macam tak nak kongsi teknik ni
Aku Hanya Insan Biasa
Semoga kita semua dijauhi perasaan riak dan takabbur.
Kepada yang pernah janji nanti ada duit lebih nak tolong orang susah, jika dengan teknik ini betul boleh buat duit, tolong kotakan janji ada!!!! (sebenarnya amalan sedekah bukan tunggu nanti kaya)
Akhir kata cuma satu saya minta daripada semua supaya hadiahkan AL-FATIHAH khusus untuk kedua ibubapa kita dan kepada semua umat ISLAM
AL-FATIHAH
Hadith Nabi SAW
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له
Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya