BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ellie tunjuk rantai salib

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Lelaki yang mendakwa hartawan dari Lubnan menimbulkan kekecohan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini apabila dia berkali-kali mendakwa dia bukan lagi Islam.

Sambil menunjukkan rantai berlambang salib, Ellie Youseff Najem yang datang seorang diri ke mahkamah bagi mendengar prosiding permohonan cerai yang difailkan isterinya mendakwa dia sudah memeluk Kristian.

Sebelum ini, Farinnie Mohd Farid (plaintif) memfailkan permohonan fasakh terhadap Ellie Youseff (defendan) selepas hampir setahun tidak tinggal bersama.

Prosiding semalam ditetapkan untuk sebutan semula apabila pada tarikh terdahulu, afidavit tuntutan tidak dapat disampaikan berikutan Ellie Youseff tidak lagi tinggal di alamat terakhirnya.

Terdahulu di mahkamah, defendan mendakwa tidak pernah berkahwin dengan Farinnie dan memaklumkan dia hanya tahu mengenai permohonan itu melalui akhbar.

Ellie juga memberitahu mahkamah bahawa dia kini tinggal di Labuan, Sabah dan sukar datang ke mahkamah.

Hakim Syarie Mamat Haizan Salleh menetapkan 15 Oktober ini untuk Ellie Youseff memfailkan pembelaan dan melantik peguam.

Sementara itu, Ellie Youseff ketika di luar mahkamah, sekali lagi mendakwa dia bukan lagi Muslim sambil memegang rantai lambang salib dipakai.

Dia mendakwa sudah tiga tahun tidak berjumpa dengan isterinya dan mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadapnya.

Farinnie yang datang bersama ibu bapanya kelihatan tenang dan hanya mendiamkan diri

Farinnie memfailkan permohonan fasakh pada 7 Ogos lalu mengikut Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

Sebelum ini, Farinie dalam penyata tuntutannya mendakwa suaminya suka melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap orang gaji termasuk mencabul, seks oral, berjalan bogel dalam rumah serta memaksa pembantu rumah memandi dan mencukur bulu kemaluannya.

Farinie juga mendakwa defendan suka meliwatnya serta memaksa mengadakan hubungan kelamin walaupun ketika haid atau sedang berpantang dan jika enggan, Elli akan mengamuk dan memukulnya.

Pasangan itu yang bernikah pda 6 Oktober 2005 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Price-Kovadis Elias, dua tahun dan Nur Analeeza Sofya, setahun.

Ellie Youseff sebelum ini pernah menarik perhatian media dan rakyat negara ini dengan janji menderma RM1.03 bilion kepada Majlis Kanser Malaysia serta membangunkan Lubnan dengan pelaburan lebih RM55.5 bilion.
 
itu la..nak sgt kahwin dgn foreigners..sendiri tanggung la..

aku penah tanya, knp perempuan suka dgn foreigners, diorang kata sbb lelaki kat Malaysia byk jadi penagih dan mat rempit,sbb tu diorang cari foreigners..hampeh tul..:mad:

pada aku, perempuan kat Malaysia pun bukan sumer baik sgt..hmm..sendiri mau ingat..hehe :D:D
 
x pun dia ni tak siuman kot....

:):)
 
aku tengok mcm org giler mamat ni..aku penah jumpa kat hotel mane entah..mcm kurang siuman je..
 
dia ni gila... dan orang yang mempercayainya pun gila.. GILA DUIT!!!!!
 
Back
Top
Log in Register