BTC USD 81,822.1 Gold USD 4,145.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Elaun tak cukup

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PUTRAJAYA: Ada imam dan bilal masjid yang menikmati elaun bulanan terpaksa diberi amaran apabila didapati ‘curi tulang’ dan tidak melaksanakan tanggungjawab diamanahkan kononnya sibuk menguruskan komitmen lain bagi mencari pendapatan tambahan.
Buat masa ini, imam dan bilal masjid di lebih 350 masjid di lapan daerah di negeri itu masing-masing menikmati elaun RM450 dan RM200 setiap bulan. Pengarah Jabatan Agama Islam Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, tiada alasan ponteng tugas bagi imam dan bilal yang menikmati sumber pendapatan yang tinggi.


Beliau berkata, lazimnya pengurusan masjid yang diketuai seorang nazir mampu memastikan imam mereka bertugas sepenuh masa berdasarkan elaun melebihi RM1,000 diberikan setiap bulan.


“Sebenarnya, imam atau bilal ponteng tugas tidak boleh berlaku jika nazir masjid mampu melaksanakan tanggungjawab dan menyusun jadual imam dengan baik.


“Buat masa ini, ada tiga imam diilantik di masjid, manakala dua bagi surau di negeri itu. Berdasarkan jumlah itu, tidak wajar wujud insiden ponteng tugas atau tiada imam apabila diperlukan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada imam atau bilal curi tulang bagi menambah pendapatan kerana elaun bulanan yang dibayar tidak mencukupi.


Malah, katanya, ada imam terpaksa mencari sumber pendapatan lain dengan memberi ceramah termasuk di televisyen.


“Kami mengakui ada imam terpaksa mencari pendapatan sampingan dan Jais sukar menghalang mereka kerana itu antara usaha bagi menampung keperluan keluarga.


“Malah, kami mengakui elaun diberikan kepada imam tidak mencukupi menyebabkan mereka mencari alternatif bagi menambahkan pendapatan.


“Dalam hal ini, saya mengingatkan Nazir masjid melaksanakan tugas mereka dengan baik termasuk penggiliran tugas imam supaya tidak wujud masalah,” katanya.


Tanpa menafikan ada solat jemaah terpaksa diimamkan jemaah yang berwibawa apabila semua imam tidak tampil, Mohamed Khusrin berkata, solat jemaah boleh didirikan walaupun imam tidak hadir dengan menampilkan jemaah yang berkemampuan.

Katanya, walaupun imam tidak hadir itu bukan alasan menghalang solat jemaah dilakukan jemaah lain melalui tindakan segera.
 
sume cibuk rebut nk masuk IMAM MUDA kot.. dpt ganjaran besor...
 
jd imam dgn bilal ni part time ja time masuk waktu . lg pn hanya elaun. mesti la diorang kena cari pendapatan yg lain jgk.
 
elaun bukan besar mana pun... berbanding orang2 ats tu beza mcm langit dengan bumi...
 
1k sbulan nk makan ape???kalu tmpt keja dekat dgn masjid ok la..kalu jauh xsempat nk ulang aliknyr..
 
Elaun iman bilal ciput jek...elaun JUSA untuk rumah je berapa tuh!!
 
kekadang elaun imam ni buat imam jadi saling xpuas hati
dulu imam buat secara ikhlas. skrg dah berkira

contoh la
bila imam yang sepatutnye bertugas tp xdatang
pasti imam yang ganti akan terasa
"tugas xnak buat tp elaun dapat"
 
bile bsyukur ape yg dpt,allah akn tambah lg rezki kite
 
Back
Top
Log in Register