BTC USD 26,274.7 Gold USD 1,942.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Elakkan Ubat Punggung NSAIDS, Meningkatkan Risiko Radang Otak

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,874
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,874
Reaction score
28,311
Points
2,836
Awards
2
FB_IMG_1676655507218.jpg


Tular mengenai satu kes keluarga yang kehilangan anak kecil mereka disebabkan radang otak yang berpunca daripada pemberian ubat punggung NSAIDS semasa pesakit sedang mengalami jangkitan influenza.

Si anak mengalami gejala demam. Seperti sebelum ini si anak menerima ubat supp diclofenac dan tidak bermasalah. Sehinggalah kejadian kali ini menimpa.

Demam tidak surut. Malah meningkat. Anak menjadi longlai, tidak bermaya, sawan, dan muntah darah. Akhirnya meninggal dunia di hospital. 😭

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan amaran tentang bahaya memberikan ubat NSAIDS kepada kanak-kanak yang mengalami demam.

Ini kerana pemberian ubat ini boleh meningkatkan risiko komplikasi influenza seperti radang otak dan pendarahan di kalangan kanak-kanak.

Sebagai pengganti mengurangkan gejala demam, berikan ubat paracetamol mengikut dos dan kekerapan yang disesuaikan dengan berat badan, menekap badan dengan kain yang dibasahkan dengan air, dan minum air yang mencukupi.

Jika terdapat gejala yang semakin teruk seperti tidak bermaya, nafas laju, tidak sedarkan diri, segera dapatkan rawatan di kecemasan.
 
Top
Log in Register