BTC USD 83,179.3 Gold USD 4,143.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Ekuinoks Mac, Apa Yang Anda Perlu Tahu

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836
Ekuinoks Mac 2022 :-
Apa yang anda perlu tahu.

Adakah Ekuinoks menyebabkan suhu panas melampau ? TIDAK.
Adakah siang dan malam sama panjang ? TIDAK.

Kenapa ? Jom baca. Saya tak pandai lukis 😁.

Ekuinoks atau equinox adalah istilah yang berasal daripada dua perkataan latin iaitu
' aequus ' yang bermaksud ' sama ' dan ' nox ' yang bermaksud ' malam ' merupakan suatu peristiwa astronomi bilamana kedudukan Matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa iaitu suatu garis khayalan yang membahagikan Bumi menjadi dua bahagian (hemisfera utara dan selatan ) yang bernilai latitud 0 darjah .

Di dalam tempoh satu tahun masihi, Matahari akan berada tegak di atas garisan Khatulistiwa sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac serta bulan September.

Mengikut takrifan astronomi, Ekuinoks yang berlaku pada bulan Mac menandakan bermulanya musim bunga di hemisfera utara dan musim luruh di hemisfera selatan manakala sebaliknya yang berlaku ketika Ekuinoks September.

Secara teknikalnya, Ekuinoks Mac 2022 ( Matahari tegak di atas Khatulistiwa ) akan berlaku pada jam 11:33 PM, 20 Mac 2022.

Bagaimana peristiwa Ekuinoks berlaku ?.

Untuk pengetahuan semua, Ekuinoks berlaku disebabkan paksi Bumi condong sekitar 23.5 darjah ketika mengorbit Matahari. Akibatnya , kedudukan Matahari tidak selalu berada di tempat yang sama jika kita perhatikan setiap hari. Ada kalanya Matahari akan berada tegak di atas garisan Khatulistiwa dan adakalanya Matahari kelihatan sedikit ke utara atau sedikit ke selatan dari Khatulistiwa. Keadaan ini juga menyebabkan perubahan musim di Bumi.

Adakah Ekuinoks menyebabkan suhu panas melampau ?.

TIDAK !
Keadaan suhu semasa lebih dipengaruhi beberapa faktor seperti kadar hujan yang turun, corak tiupan angin serantau, faktor litupan awan di lokasi kita serta lain-lain faktor.

Mengikut rekod, ketika Ekuinoks berlaku , negara - negara di Khatulistiwa serta sekitarnya boleh mencatatkan kenaikkan suhu hanya beberapa darjah sahaja .

Kenaikan suhu hanya sekitar 1 ke 2 darjah celcius adalah masih berada pada paras normal dan tidak akan memberi kesan yang begitu besar.

Adakah siang dan malam sama panjang ?.

Secara teknikalnya TIDAK.

Matahari ketika dilihat dari Bumi adalah berbentuk seperti piringan dan bukannya satu titik tunggal cahaya .

Waktu siang dikira apabila bahagian sisi atas Matahari mula kelihatan di ufuk timur meskipun kedudukan sebenar Matahari di langit dikira pada pusat piringan Matahari .

Ketika terbenam pula, walaupun pusat piringan Matahari sudah kelihatan berada di bawah ufuk, namun sisi atas Matahari masih boleh dilihat di atas ufuk barat, ia masih dikira waktu siang .

Selain itu, pembiasan cahaya Matahari melalui atmosfera Bumi juga mempengaruhi pengiraan panjang waktu siang. Akibat pembiasan , sinaran cahaya Matahari akan tetap kelihatan di ufuk walaupun pada hakikatnya Matahari sudah pun terbenam di bawah ufuk .

Jadi , apabila faktor Matahari mula terbit dan terbenam serta faktor pembiasan cahaya Matahari melalui atmosfera diambil kira, waktu siang akan sedikit lebih panjang berbanding waktu malam.

Kredit imej :- Anthony Ayiomamitis
* Perubahan kedudukan Matahari ketika Ekuinoks , Solstis musim sejuk dan solstis musim panas

 
IMG_20220321_090352_563.jpg

Matahari kini berada tegak di atas Khatulistiwa.
Ketika Matahari terbit hari ini, ia akan berada tepat pada arah timur dan ketika terbenam, ia berada tepat pada arah barat.

Ini peluang untuk anda semua mencari di mana arah sebenar timur dan barat .
 
IMG_20220922_224705_680.jpg

Esok, 23 September 2022 merupakan hari Ekuinoks September. Matahari akan berada tepat di atas Khatulistiwa.

Mengikut takrifan Astronomi, Ekuinoks September menandakan bermulanya musim luruh di hemisfera utara dan musim bunga di hemisfera selatan .

Ketika hari Ekuinoks, kita berpeluang untuk mencari di mana titik sebenar timur dan barat dengan cara memerhatikan Matahari yang sedang terbit dan terbenam. Matahari akan terbit tepat dari arah timur dan terbenam tepat di arah barat.

* Jangan lupa cari esok ā˜ŗļø
 
IMG_20230321_142721_405.jpg


Esok, 21 Mac 2023 merupakan hari Ekuinoks Mac.

Apa yang anda perlu tahu :-

Adakah Ekuinoks menyebabkan suhu panas melampau ? TIDAK.
Adakah siang dan malam sama panjang ? TIDAK.

Kenapa ? Jom baca. Saya tak pandai lukis 😁

Ekuinoks atau equinox adalah istilah yang berasal daripada dua perkataan latin iaitu
' aequus ' yang bermaksud ' sama ' dan ' nox ' yang bermaksud ' malam ' merupakan suatu peristiwa astronomi bilamana kedudukan Matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa iaitu suatu garis khayalan yang membahagikan Bumi menjadi dua bahagian (hemisfera utara dan selatan ) yang bernilai latitud 0 darjah .

Di dalam tempoh satu tahun masihi, Matahari akan berada tegak di atas garisan Khatulistiwa sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac serta bulan September.

Mengikut takrifan astronomi, Ekuinoks yang berlaku pada bulan Mac menandakan bermulanya musim bunga di hemisfera utara dan musim luruh di hemisfera selatan manakala sebaliknya yang berlaku ketika Ekuinoks September.

Secara teknikalnya, Ekuinoks Mac 2023 ( Matahari tegak di atas Khatulistiwa ) akan berlaku pada jam 05:25 AM, 21 Mac 2023.

Bagaimana peristiwa Ekuinoks berlaku ?.

Untuk pengetahuan semua, Ekuinoks berlaku disebabkan paksi Bumi condong sekitar 23.5 darjah ketika mengorbit Matahari. Akibatnya , kedudukan Matahari tidak selalu berada di tempat yang sama jika kita perhatikan setiap hari. Ada kalanya Matahari akan berada tegak di atas garisan Khatulistiwa dan ada kalanya Matahari kelihatan sedikit ke utara atau sedikit ke selatan dari Khatulistiwa. Keadaan ini juga menyebabkan perubahan musim di Bumi.

Kedudukan Matahari berada paling jauh ke utara dari Khatulistiwa ( Latitud 23.5 darjah utara ) dikenali sebagai Solstis Jun manakala kedudukan Matahari paling jauh ke selatan dari Khatulistiwa ( Latitud 23.5 darjah selatan ) dikenali sebagai Solstis Disember.

Adakah Ekuinoks menyebabkan suhu panas melampau ?.

TIDAK !
Keadaan suhu semasa lebih dipengaruhi beberapa faktor seperti kadar hujan yang turun, corak tiupan angin serantau, faktor litupan awan di lokasi kita serta lain-lain faktor.

Mengikut rekod, ketika Ekuinoks berlaku, negara - negara di Khatulistiwa serta sekitarnya boleh mencatatkan kenaikkan suhu hanya beberapa darjah sahaja .

Kenaikan suhu hanya sekitar 1 ke 2 darjah celcius adalah masih berada pada paras normal dan tidak akan memberi kesan yang begitu besar.

Adakah siang dan malam sama panjang ?.

Secara teknikalnya TIDAK.

Matahari ketika dilihat dari Bumi adalah berbentuk seperti piringan dan bukannya satu titik tunggal cahaya .

Waktu siang dikira apabila bahagian sisi atas Matahari mula kelihatan di ufuk timur meskipun kedudukan sebenar Matahari di langit dikira pada pusat piringan Matahari .

Ketika terbenam pula, walaupun pusat piringan Matahari sudah kelihatan berada di bawah ufuk, namun sisi atas Matahari masih boleh dilihat di atas ufuk barat, ia masih dikira waktu siang .

Selain itu, pembiasan cahaya Matahari melalui atmosfera Bumi juga mempengaruhi pengiraan panjang waktu siang. Akibat pembiasan , sinaran cahaya Matahari akan tetap kelihatan di ufuk walaupun pada hakikatnya Matahari sudah pun terbenam di bawah ufuk .

Jadi , apabila faktor Matahari mula terbit dan terbenam serta faktor pembiasan cahaya Matahari melalui atmosfera diambil kira, waktu siang akan sedikit lebih panjang berbanding waktu malam.

* Imej Matahari terbit yang diambil dari lokasi yang sama iaitu Dabouq , Amman, Jordan selama 13 Bulan bermula daripada Soltis Disember 2018 sehingga Solstis Disember 2019.

Perhatikan kedudukan Matahari yang berubah - ubah.

Kredit Imej :-
Zaid M. Al-Abbadi

AstroMet Malaysia
 
IMG_20230321_142818_542.jpg


Hari ini hari Ekuinoks Mac. Matahari akan terbit tepat dari arah timur dan terbenam tepat di arah barat yang membolehkan kita tahu titik sebenar arah timur dan barat. Cuba check hari ni
šŸŒ„
 
IMG_20240319_220258_952.jpg


Esok, 20 Mac 2024 merupakan hari Ekuinoks Mac.

Apa yang anda perlu tahu :-

Adakah Ekuinoks menyebabkan suhu panas melampau ? TIDAK.
Adakah siang dan malam sama panjang ? TIDAK.

Kenapa ? Jom baca.

Ekuinoks atau equinox adalah istilah yang berasal daripada dua perkataan latin iaitu
' aequus ' yang bermaksud ' sama ' dan ' nox ' yang bermaksud ' malam ' merupakan suatu peristiwa astronomi bilamana kedudukan Matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa iaitu suatu garis khayalan yang membahagikan Bumi menjadi dua bahagian (hemisfera utara dan selatan ) yang bernilai latitud 0 darjah.

Di dalam tempoh satu tahun masihi, Matahari akan berada tegak di atas garisan Khatulistiwa sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac serta bulan September.

Mengikut takrifan astronomi, Ekuinoks yang berlaku pada bulan Mac menandakan permulaan musim bunga di hemisfera utara dan musim luruh di hemisfera selatan manakala sebaliknya yang berlaku ketika Ekuinoks September.

Secara teknikalnya, Ekuinoks Mac 2024 ( Matahari tegak di atas Khatulistiwa ) akan berlaku pada jam 11:07 AM, 20 Mac 2024.

Bagaimana peristiwa Ekuinoks berlaku ?.

Untuk pengetahuan semua, Ekuinoks berlaku disebabkan paksi Bumi condong sekitar 23.5 darjah ketika mengorbit Matahari. Akibatnya, kedudukan Matahari tidak selalu berada di tempat yang sama jika kita perhatikan setiap hari. Ada kalanya Matahari akan berada tegak di atas khatulisi2a dan ada kalanya Matahari kelihatan sedikit ke utara atau sedikit ke selatan dari Khatulistiwa. Keadaan ini juga menyebabkan perubahan musim di Bumi.

Kedudukan Matahari berada paling jauh ke utara dari Khatulistiwa ( Latitud 23.5 darjah utara ) dikenali sebagai Solstis Jun manakala kedudukan Matahari paling jauh ke selatan dari Khatulistiwa ( Latitud 23.5 darjah selatan ) dikenali sebagai Solstis Disember.

Adakah Ekuinoks menyebabkan suhu panas melampau ?.

TIDAK !
Keadaan suhu semasa lebih dipengaruhi beberapa faktor seperti kadar hujan yang turun, corak tiupan angin serantau, faktor litupan awan di lokasi kita serta lain-lain faktor.

Mengikut rekod, ketika Ekuinoks berlaku, negara - negara di Khatulistiwa serta sekitarnya boleh mencatatkan kenaikkan suhu hanya beberapa darjah sahaja .

Kenaikan suhu hanya sekitar 1 ke 2 darjah celcius masih berada pada paras normal dan tidak akan memberi kesan yang begitu besar.

Suhu yang panas membahang di negara kita ketika ini disebabkan fasa akhir monsun timur laut serta dipengaruhi kesan El Nino.

Adakah siang dan malam sama panjang ?.

Secara teknikalnya TIDAK.

Matahari ketika dilihat dari Bumi adalah berbentuk seperti piringan dan bukannya satu titik tunggal cahaya .

Waktu siang dikira apabila bahagian sisi atas Matahari mula kelihatan di ufuk timur meskipun kedudukan sebenar Matahari di langit dikira pada pusat piringan Matahari .

Ketika terbenam pula, walaupun pusat piringan Matahari sudah kelihatan berada di bawah ufuk, namun sisi atas Matahari masih boleh dilihat di atas ufuk barat, ia masih dikira waktu siang.

Selain itu, kesan pembiasan di atmosfera Bumi juga mempengaruhi pengiraan panjang waktu siang. Akibat pembiasan, Matahari akan tetap kelihatan di ufuk walaupun pada hakikatnya Matahari sudah pun terbenam di bawah ufuk .

Jadi, apabila faktor Matahari mula terbit dan terbenam serta faktor pembiasan di atmosfera diambil kira, waktu siang akan sedikit lebih panjang berbanding waktu malam.

* Imej menunjukkan perbezaan kedudukan garis terminator atau 'twilight zone' yang menjadi batas yang memisahkan kawasan siang dan malam ketika Ekuinoks dan Solstis .


AstroMet Malaysia
 
IMG_20240319_225447_274.jpg


Jika kita rajin memerhatikan langit, kedudukan terbit dan terbenam Matahari akan berubah - ubah. Ia tidak tetap pada satu sudut yang sama sahaja sepanjang tahun. Perubahan kedudukan Matahari berlaku disebabkan kecondongan paksi Bumi sebanyak 23.5 darjah ketika mengorbit Matahari.

Contoh paling jelas kita boleh perhatikan imej ini.

Ini merupakan Imej Matahari terbit yang diambil dari lokasi yang sama iaitu di Dabouq, Amman, Jordan bermula dari Solstis Disember 2018 sehingga Solstis Disember 2019.

- Ketika Solstis Disember, Matahari berada di kedudukan paling jauh ke selatan dari Khatulistiwa iaitu di atas garisan Jadi yang menandakan permulaan musim sejuk di hemisfera utara dan musim panas di hemisfera selatan mengikut takrifan Astronomi.

- Ketika Solstis Jun, Matahari berada di kedudukan paling jauh ke utara dari Khatulistiwa iaitu di atas garisan Sartan yang menandakan permulaan musim panas di hemisfera utara dan musim sejuk di hemisfera selatan.

- Kedudukan Matahari ketika Ekuinoks Mac dan September pula berada tepat di atas Khatulistiwa.
Ekuinoks Mac menandakan permulaan musim bunga di hemisfera utara dan musim luruh di hemisfera selatan manakala Ekuinoks September menandakan permulaan musim luruh di hemisfera utara dan musim bunga di hemisfera selatan.
..

Tarikh Ekuinoks dan Solstis 2024 :-

Ekuinoks Mac ; 20 Mac 2024
Solstis Jun ; 21 Jun 2024
Ekuinoks September ; 22 September 2024
Solstis Disember ; 21 Disember 2024

Kredit Imej :-
Zaid M. Al-Abbadi


AstroMet Malaysia
 
IMG_20240320_061454_027.jpg


EKUINOKS MAC | 20 MAC 2024 | RABU
Masa siang dan malam yang sama panjang.


Pada Rabu, 20 Mac 2024, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa pada sepanjang hari tersebut yang juga dikenali sebagai peristiwa ekuinoks. Ketika itu, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berlaku waktu tengahari ā€œtanpa bayangā€.

Peristiwa tengahari tanpa bayang di Malaysia pula akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks seperti di Putrajaya pada 27 Mac 2024 (Rabu) dan di Kuala Lumpur pada 28 Mac 2024 (Khamis).


Planetarium Negara
 
IMG_20240320_064243_381.jpg


Hari ini merupakan hari Ekuinoks Mac. Matahari akan berada tepat di atas Khatulistiwa.

Ketika hari Ekuinoks, kita berpeluang untuk mencari di mana titik sebenar timur dan barat dengan cara memerhatikan Matahari yang sedang terbit dan terbenam. Matahari akan terbit tepat dari arah timur dan terbenam tepat di arah barat.

Mengikut takrifan Astronomi, Ekuinoks Mac menandakan permulaan musim bunga di hemisfera utara dan musim luruh di hemisfera selatan.


AstroMet Malaysia
 
Back
Top
Log in Register