ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Anggota penyelamat menyelamatkan mangsa cedera di Kem Pangkalan Everest.
KATAHMANDU - NEPAL. Ekspedisi mendaki Gunung Everest akan disambung semula minggu depan walaupun Nepal baharu digemparkan dengan insiden runtuhan salji akibat gempa kuat yang turut meragut 18 nyawa di puncak tertinggi di dunia itu.
"Laluan pendakian akan dibaiki dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi. Tidak ada sebab untuk pendaki menghentikan ekspedisi mereka," kata ketua jabatan pelancongan, Tulsi Gautam.
Dalam perkembangan lain, mangsa yang terselamat dalam gempa bumi kuat di negara itu dikatakan bertempur dengan pihak polis di ibu negara selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu bantuan antarabangsa berjumlah AS$415 juta (RM1.4 bilion).
Difahamkan, bekalan makanan dan air semakin berkurangan dan gempa susulan memburukkan lagi keadaan di Kathmandu di mana kira-kira 2.5 juta buah rumah musnah akibat berukuran 7.8 pada skala Richter, Sabtu lalu.
Angka kematian juga meningkat hampir 5,500 orang manakala lebih 100 lagi maut di India dan China. - AFP