BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ekonomi dunia berdepan risiko kejatuhan: IMF

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
Ekonomi dunia berdepan risiko kejatuhan: IMF


2011/11/09
BEIJING: Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde hari ini memberi amaran bahawa dunia kini berdepan risiko ketidaktentuan dan ketidakstabilan segmen kewangan serta menggesa ekonomi Asia supaya sentiasa bersedia.

Bercakap pada Forum Kewangan Antarabangsa di Beijing, Lagarde berkata, Asia tidak terkecuali daripada masalah yang sedang melanda zon eropah.

Beliau berkata demikian ketika memulakan lawatan dua hari ke China dan dijangka memberikan tumpuan terhadap krisis hutang eropah yang semakin parah.

"Jika kita tidak bekerjasama, ekonomi seluruh dunia berdepan dengan risiko kejatuhan pasaran dan ketidakstabilan kewangan," katanyanya di sini, hari ini.

Namun, masih belum dapat dipastikan siapakah yang akan bertemu dengan Lagarde di ibu kota China.

Tetapi perbincangan dijangka menyentuh mengenai sumbangan China kepada tabung menyelamatkan Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah bagi membantu krisis hutang yang melanda zon terbabit. - AFP
 
Back
Top
Log in Register