BTC USD 81,068.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

-- edit --

SifuSupersonic

Active Member
Messages
1,563
Joined
Jun 5, 2010
Messages
1,563
Reaction score
29
Points
35
img.php

http://img22.imagevenue.com/img.php?image=50577_matrixcode_122_546lo.jpg

KENAPA PERLU SERTAI KAMI?

Kerana kami mengajar anda formula bahasa matematik yang sebenar, dan bukan sekadar informasi kosong semata-mata tanpa kami membuktikannya, kerana itu bertitik tolak dari sinilah, kami telah melancarkan formula kitaran minit (killer produk) dimana kaedah membaca kitaran fikiran anda setiap minit kehadapan walaupun fikiran dan tingkahlaku anda masih belum lagi melaksanakannya.

Sebagai contoh: Untuk kitaran 1 minit kehadapan ini menunjukkan ‘anda akan memikir dan sedang tercari-cari sesuatu maklumat tersebut, yang anda ingin tahu tetapi masih tidak mendapat jawapannya’……walaupun pada masa tersebut anda masih belum lagi memikirkannya.

Oleh kerana itu apabila anda mula menyebut angka-angka bernombor bermakna anda sebenarnya telah mencari kami.

Kami tidak berminat mengajar dan membuat anda merasa ragu dan keliru tentang pernomboran dan akhirnya anda sendiri tidak tahu apa yang telah dipelajari.

KAMI MENGAJAR ANDA KAEDAH DAN FORMULA.

Juga kami mengajar kaedah kitaran anda dan anda sendiri boleh melihat kitaran setiap Tahun, bulan, Hari termasuk dunia perniagaan anda memudahkan anda merubah keadaan tersebut lebih awal samalah seperti kitaran setiap minit kehadapan.

Pada hemat kami, dimalaysia hanya matrixcode mampu membuktikan nombor dengan memfaktakan didepan masyarakat….

Kami sentiasa bermain setiap nombor disekeliling kami, bermula dari perjalanan kitaran minit, jam, hari, bulan dan tahun dan sebarang bentuk nama objek yang mempunyai identiti NOMBOR dan NAMA.

Sebelum ini, kami mendapat info dari segelintir individu yang menyatakan kami sebenarnya adalah bekas pelajar dari guru-guru yang telah mengajar kaedah nombor dimalaysia, tidak kira sama ada dari kaedah tarikh lahir atau dari kaedah pernomboran yang lain, dan sekiranya anda mendengar khabar berita ini maka diminta pihak tersebut membuktikan fakta kebenarannya dengan menjemput kami bersama-sama hadir didepan masyarakat kerana kami juga sememangnya berminat ingin berkongsi kehebatan mereka.

Percayalah! Kaedah ini juga tiada didalam internet.



Sila klik disini untuk berhubung dengan Nuradzilah Omar.
 
Last edited:
Adakah mudah ingin menjadi kaya?

Salam Pembuka kata dari matrixcode:

Selama ini adakah anda pernah mendengar orang berkata: aku nak kaya tetapi bagaimana ingin menjadi kaya? Kalau ingin kaya caranya mudah: makan biskut kaya dan simpan tin kaya atau membiasakan diri dengan bercakap aku kaya aku kaya.

Manusia berlumba-lumba untuk mendapat kekayaan. Tetapi tahukah anda?

Salah satu faktor utama kekuatan anda untuk mengecap kekayaan adalah bermula dari ilmu/kaedah atau teknik yang anda amat perlukan sebelum anda terus terjun ke dalam dunia menjana kewangan. Anda tahu bagaimana membina kekayaan tetapi tidak tahu bagaimana pula untuk mengawasinya.

ADAKAH MUDAH INGIN MENJADI KAYA?

Mudah diucap tetapi tidak mudah dilaksanakan. Kerana itu selama ini berapa ramaikah dikalangan anda telah berusaha menghadiri kelas/kursus atau seminar, menyertai program-program pelaburan, menyertai program multilevel, membaca buku-buku motivasi atau ke arah kekayaan tetapi persoalannya mengapakah hanya beberapa individu sahaja atau langsung tiada yang menjadi kaya ?

Bahkan bertambah lagi kesilapan apabila individu A mengatakan hasil kekayaannya itu adalah disebabkan oleh individu B. Perlu diingat, jawapannya bukanlah disebabkan oleh individu B tetapi kitaran itulah sebenarnya yang membawa kepada keserasian & kesesuaian dengan produk tersebut, dalam erti kata lain individu A hanyalah sebagai perantaraan yang membawa individu B kepada kekayaan. Tetapi individu A memberi pelbagai alasan-alasan yang cuba mengukuh fakta didalam perbualan sedangkan hakikatnya individu A tidak tahu apa yang dikatakan?

Kedua adalah disebabkan kitaran perniagaan anda yang hanya sementara dan oleh kerana itu anda perlu sedar dan mempelajari dari awal mengenali diri, kelemahan dan kekuatan anda..kerana apa? Kerana diri andalah yang akan berniaga dan bakal menarik kitaran perjalanan perniagaan anda. Sebab itu kehidupan dan kekayaan anda itu adalah datangnya dari anda tetapi bukannya dari pihak lain.Inilah distilahkan trick and track cycle.

DARI MANA DATANGNYA KEKAYAAN/DUIT ANDA ITU?

Jawapan kekayaan/duit itu adalah dari dunia bermasyarakat. Bermula dari kerajaan, sistem perbankan, syarikat-syarikat multipurpose, sehinggalah perniagaan kecil, kerana sebarang bentuk perniagaan itu perlu hidup dan digerakkan didalam suasana bermasyarakat. Nyawa perniagaan anda itu adalah dari bermasyarakat dan dari sini barulah kewangan yang anda kumpul dan tercapai itu akan terlaksana. Tetapi bagaimanakah ingin mengetahui kebenaran rahsianya?

Kami akan lancarkan modul ini apabila masa yang benar-benar sesuai kelak.

KENAPAKAH PERNIAGAAN PRODUK ANDA ITU SUKAR UNTUK DIJUAL?

Terdapat beberapa jawapan disini tetapi paling utama adalah kerana anda sendiri tidak sesuai dengan produk tersebut sama ada anda telah didesak oleh pihak lain atau anda keliru (perasaan ingin mencuba nasib) atau anda telah terpaksa memasarkan produk tersebut disebabkan anda tidak tahu perniagaan apa yang sepatut anda lakukan yang sebenarnya tiada keserasian dengan anda.

Dan ini pula contoh lain didalam kitaran syarikat perniagaan anda:

Contoh perbualan seperti ini:

ZACK: “Nina I rasa you tak terlambat tarik balik perjanjian syarikat ni dengan mereka……nanti you akan menyesal..syarikat kita akan bankrup” sambil zack meninggi suara.

NINA: “I takkan tarik balik…ini keputusan I…I tau you saja nak merosakkan hubungan I dengan client I”

NINA: “Keputusan I adalah…muktamad” (sambil terus bergerak keluar dari bilik mesyuarat)

Selang beberapa bulan syarikat ini telah menunjukkan statistik penurunan dan mengalami kerugian.

PUNCA-PUNCANYA ADALAH:

1-Petunjuk cerita diatas menunjukkan apa yang anda putuskan pada masa kitaran itu anda telah berada didalam lingkaran emosi yang mengelirukan kewarasan akal anda didalam membuat sesuatu keputusan yang tepat dan berlakulah perbualan-perbualan cubaan memperdaya dan paten-paten lain yang ada didalam setiap diri manusia.

2-Disebabkan kombinasi NINA dengan ZACK adalah didalam kitaran yang berada tekanan tetapi keliru didalam urusan perancangan berhubung dengan urusan tanggugjawab pada masa itu.

3-Disebabkan bermulanya kombinasi syarikat tersebut dan rakan kongsi baru yang membawa kepada penurunan keuntungan syarikat anda..istilah ini dibaratkan umpama perkahwinan.

Nasihat saya yang terakhir, anda adalah diri anda, tiada sesiapa akan membantu anda kerana anda sendiri yang membuat keputusan tersebut maka tingkatkanlah diri dengan mendalami ilmu pernomboran insyaallah cahaya terang akan menanti anda. Jauhkan diri dari keadaan yang meminta anda membuat sesuatu keputusan penting tetapi mengandungi kelalaian, keliru dan tidak pasti kerana punca-punca inilah bakal merosakkan setiap keputusan yang anda lakukan didalam hidup anda.sekian.

“RAHSIA NOMBOR TANPA SEMPADAN”

“Manusia tak akan tahu semua perkara, tetapi tahu banyak perkara lebih baik daripada langsung tidak mengambil tahu walau satu perkara”
 
Bagaimana Matrix Code boleh menghubungkan maksud setiap No.1-No.9 dan kombinasinya?

Formula.

Apabila formula itu boleh dibuktikan didalam masyarakat dan sebaliknya pula formula itu tidak akan menjadi kenyataan apabila tidak mampu dibuktikan didalam masyarakat.

Bagaimana formula itu boleh menjadi formula:

1-Melalui kajian/penelitian pengalaman individu.

2-Sumber maklumat semasa dan terkini.

3- Testimoni dari maklumat-maklumat terdahulu.

4- Testimoni dari orang ramai.

5-Pengalaman peserta yang menyertai.

R&D (RESEARCH & DEVELOPMENT)

Percaya atau tidak? Setiap permulaan apa yang dilakukan atau syarikat anda lakukan juga sebarang perniagaan yang anda lakukan semuanya berdasarkan dari maklumat diatas.

Tanpa permulaan maklumat diatas, apa-apa pun tidak akan berlaku, tidak kira apa sekalipun produk perniagaan anda.

Kebiasaannya orang ramai tidak akan mempertikaikannya apabila maklumat dan kaedah itu telah diguna pakai oleh orang ramai walau pun masih mempunyai cacat celanya disebabkan apa?

Disebabkan ia-nya telah di-branding berupa produk apatah lagi susun atur perancangan marketing dalam dunia pasaran, maka sudah tentu produk itu akan mendapat lebih kepercayaan dari orang ramai.

Kita mengambil sebagai contoh syarikat pengeluar produk makanan dalam tin di Amerika: Di Amerika hampir sebilangan rakyatnya merupakan (health conscious person) dan suka membelek kandungan makanan (contains & ingredient) dibelakang tin untuk mengetahui kebenaran kandungan dan peratus pemakanan didalam tin yang dijual.

Setelah hampir beberapa tahun produk makanan dalam tin ini berada didalam pasaran dan akhirnya penguna dapat merasakan berlakunya penyalahgunaan maklumat pemakanan dan aduan dibuat kepada persatuan pengguna, maka pihak yang telah dipertanggungjawabkan telah membawa makanan dalam tin tersebut ke makmal untuk diselidik dan dikaji semula kandungan didalamnya.

Keputusan akhirnya dikeluarkan mengesahkan syarikat tersebut telah melakukan penyalahgunaan maklumat pemakanan, dan dikenakan tindakan saman disebabkan label kandungan serta peratus bahan-bahan yang diletakkan didalam makanan dalam tin tidak tepat dan tidak mengikut piawaian yang sebenar.

Berbalik semula kepada siapakah yang mencipta peralatan atau sebarang kepelbagaian formula serta kaedah terkini didalam setiap mata pembelajaran sehingga kita/anak kita mengunakannya sehingga hari ini.

Jawapannya mereka-mereka ini adalah manusia yang sama seperti kita semua. Sebab itulah adanya guru, profesor, ahli pemikir, ahli sains dan begitulah lahirnya universiti, kolej, maktab dan apakah fungsi serta peranannya?

1-Melahirkan pelajar yang berilmu dengan melahirkan kalangan pelajar bijak pandai dari generasi terkini bersama pengajar-pengajar yang telah dikitiraf pencapaiannya oleh sesebuah kerajaan atau negara tersebut.

2-Sentiasa mengemaskini setiap kaedah/kajian terbaru didalam setiap mata pelajaran memastikan pelajar mendapat kaedah & ilmu terkini setanding dengan pelajar-pelajar dinegara maju.

Begitu jugalah dengan dunia pernomboran dimana aspek-aspek ini perlu diambil kira. Hanya matrixcode mampu mengadaptasi demi kebaikan kita semua.

Akhir kata, nombor adalah pihak perantaraan yang membawa jawapan kepada kejayaan anda.

Sekian dari Matrix Code.
 
Apa itu kitaran harian pelakuan anda?

Kitaran Harian Pelakuan anda ialah kitaran usia yang sentiasa bergerak saat, minit, jam, hari, bulan tahun dimana segala bentuk emosi dan minda anda berfikir, akan mencetus elemen tingkahlaku setiap masa dan ketika, sebelum, sekarang mahu pun akan datang, dan anda mengetahuinya lebih awal hanya melalui kiraan dari tarikh hari, bulan dan tahun dilahirkan.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?


Melalui tenaga kitaran emosi anda setiap hari yang dimulakan dulu oleh akal lalu membentuk emosi dan mencetuskan tingkahlaku yang pelbagai-bagai dan oleh kerana itu pernahkah anda mendengar orang berkata hidup kita seperti roda, sekejap berada diatas dan sekejap berada dibawah. Tetapi apakah ukuran untuk mengetahuinya dengan lebih tepat? Hanya melalui kiraan dari tarikh lahir anda.

Sebarang kepelbagaian unsur kitaran itu datang, dan kita mengaplikasikannya didalam bentuk alasan sedia ada dengan berpunca dari anda atau dari keadaan disekeliling anda pada waktu itu, kerana setiap masa dan ketika manusia itu dikelilingi pelbagai jenis tenaga kitaran berpunca dari sikap dan emosi yang berubah-ubah sama ada berpunca dari anda atau dari individu lain.

Kitaran Harian Pelakuan ini bukanlah statik potensi tarikh lahir tetapi ini adalah kitaran harian hidup anda dan anda boleh menyemak setiap hari, sebelum atau yang akan datang dan semua pelakuan kitaran semasa harian anda, mahu pun bermula anda lahir didunia atau sekarang atau pun yang akan datang, dan melalui cara ini anda bakal mahir dan memahami sekaligus mengubah kitaran yang bakal anda berhadapan dengannya.

Melalui kod tarikh lahir anda dilahirkan (hari, bulan dan tahun) dan dengan penggunaan metodologi pengenalan diri serta menjumlahkan kesemua nombor kepada satu angka (Kaedah Pengiraan Greek) seseorang boleh memperolehi pelbagai maklumat kesemua nombor yang terdapat di dalamnya.

Keseluruhan alam semesta dan persekitaran anda dicipta oleh corak-corak matematik dan semua perkara boleh dijelaskan melalui NOMBOR yang bersamaan dengan getaran frekuensi alam semesta yang berpunca dari sikap dan emosi manusia itu sendiri.

Semua objek di alam semesta bergetar pada frekuensi mereka yang tersendiri. Dengan menemukan kadar getaran mana-mana objek, anda boleh membina kualiti dan tenaga yang berkaitan dengannya. Dengan mengaplikasi prinsip-prinsip PERNOMBORAN dan menggunakan KOD TARIKH LAHIR atau LAIN LAIN KOD PERNOMBORAN DIRI YANG ANDA CIPTA sebagai data asas tuan punya diri, dapat menentukan frekuensi utama yang dihitung dan menghasilkan maklumat penting tentang kitaran sikap, perwatakan dan pelakuan seseorang.

YA! Sesiapa pun ingin berjaya dalam hidup tetapi anda harus berusaha untuk mencapainya. Bagi kebanyakan yang tidak mampu mencapainya, akan menyalahkan nasib (TAKDIR), dan mudah mengunakan perkataan ‘kebetulan, ajal dia dah sampai, dah nasib dia’ telah pun menjadi satu budaya yang sebati dalam diri. Kita mudah untuk menyebut tetapi kurang untuk mengkaji.

Kerana itu keperatusan risiko tekanan itu terbahagi didalam pelbagai bentuk bermula dari tekanan yang paling rendah hinggalah yang paling besar :-

1.Tekanan biasa harian iaitu tekanan yang sentiasa ada pada setiap hari.

2.Tekanan rendah yang datang hanya sesekali didalam bulan bulan tertentu.

3.Tekanan pertengahan yang datang hanya sekali didalam tahun tersebut.(AWAS)

4.Tekanan kuat yang datang hanya sekali didalam setiap 9 tahun kitaran.(AWAS)

5.Tekanan amat kuat yang datang hanya sekali seumur hidup.(AWAS)

6.Tekanan berulang.

INI KARUT, KHURAFAT, BETUL ATAU KEBETULAN?

Terpulang untuk anda mempelajarinya, tetapi setiap apa yang berlaku semuanya mengikut peraturan alam dan manusia. Tenaga kitaran ini sentiasa bergerak, tidak kira termasuklah kenderaan, rumah, no hp mahu pun perniagaan anda kerana kitalah yang bermain emosi dan mencetus kata-kata, membuka sikap tingkahlaku kita, lalu menjadi pembuat keputusan dan memberi arahan kepada objek-objek tersebut yang sebenarnya hanyalah ditugaskan platform penyampai sebagai 3rd party. Objek diatas tidak beremosi tetapi manusia itu yang mengemosikan objek tersebut. Sama lah juga ibarat manusia kepada manusia, anda sebenarnya bermain emosi dengan sesiapa juga yang bernama manusia dan setiap pola nombor diantara 1 – 9 tidak memberi sebarang erti tetapi telah ditugaskan sebagai tunggangan anda kepada petunjuk arah hala tuju hidup sama seperti buku yang anda pelajari dari alam persekolahan. Kita tidak taksub kepada buku tersebut tetapi ilmu yang diajar didalam buku tersebut.


Inilah yang dimaksudkan KITARAN.
 
memang nombor memainkan peranan dalam kehidupan kita.. namun walaupun konsep metafizik yang mengatakan 80% adalah bertetapan apa yang ditulis..

sekrang tok nak tanya kat TT.. apa sebenarnya yang TT nak sampaikan... seminar ker, e-book ker.. atau sebagainya... baru-baru ni group A rosulution ada citer2 pasal ni...
 
memang nombor memainkan peranan dalam kehidupan kita.. namun walaupun konsep metafizik yang mengatakan 80% adalah bertetapan apa yang ditulis..

sekrang tok nak tanya kat TT.. apa sebenarnya yang TT nak sampaikan... seminar ker, e-book ker.. atau sebagainya... baru-baru ni group A rosulution ada citer2 pasal ni...


Thank's for your concern here.
Boleh tok beri link about 'group A rosulution'.

Basicly group kami menjalankan seminar dan konsultansi berkaitan kitaran, tarikh lahir, kitaran jam, kitaran minit, dan dll..

Kami telah menjalankan secara offline lebih dari 2 tahun. Dan ingin kembangkan kepada online dalam usaha menyebarkan matlumat secara lebih meluas.

Site / blog / still under construction.

Walaubagaimanapun sebarang pertanyaan boleh terus merujuk di blog kami.
 
menarik...aku suka menda mcm ni...
budget xde buat masa nie...
TT kasi la testing pada warga CG ni dulu...
 
“Percaya pada Ramalan Apa Hukumnya?”

Percaya pada Ramalan Apa Hukumnya?

Pak Ustadz yang terhormat, bagaimana hukumnya orang yang percaya pada suatu ramalan yang menggambarkan tentang kehidupannya. Dia beranggapan, mempercayai ramalan tersebut sebatas yang baik-baiknya saja merupakan sesuatu yang tidak salah sedangkan ramalan yang jelek dia tidak mempercayainya. Atas jawabannya saya ucapkan terima kasih.

Wassalamu’alaikum wr. wb.

Denny Hirawan

Jawaban
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bahasa Arabnya peramal adalah ‘arraf. Istilah ini mencakup setiap orang yang mengklaim mengetahui hal-hal gaib, baik tentang masa mendatang atau yang ada pada hati manusia, baik dengan cara berhubungan dengan jin, atau melihat (mengamati), atau dengan menggaris-garis di pasir atau membaca alas gelas minum atau dengan cara lainnya.

Perbuatan menjadi peramal adalah perbuatan dosa. Dan tidak ada peramal kalau tidak ada orang yang datang minta diramal. Karena itu, hadits nabi bukan hanya melarang praktek meramal, tetapi mendatangi peramal pun juga dosa.

1. Shalatnya Tidak Diterima 40 Hari

Disebutkan bahwa shalatnya tidak diterima sebanyak empat puluh hari. Nauzu billahi min zalik. Rasulullah saw bersabda:

Siapa yang mendatangi ‘arraf lalu ia menanyakan sesuatu dan membenarkannya, maka tidak diterima shalatnya selama empat puluh hari. (HR Muslii dan Ahmad)

2. Kufur kepada Agama Islam

Barangsiapa mendatangi Kahin (dukun), lalu membenarkan apa yang diucapkannya, niscaya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada nabi Muhammad saw. (HR Abu Daud, at-Tirmidz Ibnu Majah, Ahmad dan ad-Darimi)

Sebab, di antara (ajaran) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. adalah bahwa hal-hal yang gaib tidak ada yang mengetahuinya selain Allah.

Allah berfirman:

Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang gaib, kecuali Allah.” (QS An-Naml 65)

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya selain Dia sendiri. (QS AI-An’am: 59)

(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang gaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang gaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya. (QS Jin: 26 – 27)

Bahkan Nabi Muhammad saw sendiri tidak mengetahui hal-hal ghaib kecuali yang diberitahukan Allah kepadanya melalui wahyu, karenanya Allah berfirman kepadanya:

Katakanlah, “Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bag’i diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah, dan sekiranya aku men getahui yang gaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.” (QS Al-A’raf: 188)

Begitu juga jin, yang oleh para tukang sihir dan dukun dimintai pertolongan, mereka juga tidak memiliki kemampuan untuk mengetahui hal-hal gaib. Al-Qur’an menceritakan bahwa jin-jin Nabi Sulaiman ‘alaihis-salam tidak mengetahui kematian beliau.

Maka tatkala ia (Sulaiman ‘alaihis-salam) tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka men getahui yang ghaib, tentulah mereka tidak tetap dalam siksa yang menghinakan. (QS Saba’: 14).

Karena itu, membenarkan para dukun dan peramal -yang mengaku mengetahui hal yang gaib- adalah pengingkaran (kufur) terhadap ayat-ayat yang telah diturunkan Allah.

Jika mendatangi dan membenarkan mereka demikian buruk kedudukannya dalam agama, maka bagaimana dengan para dukun dan peramalnya sendiri? Mereka telah melepaskan diri dan agama dan agama berlepas diri dan mereka, sebagaimana dalam hadits:

“Tidak termasuk golongan kami orang yang melakukan tathayyur atau minta di-tathayyur, atau menjadi dukun atau minta dibuatkan perdukunan untuknya, atau menyihir atau minta disihirkan untuknya.” (HR Al-Bazzar dengan isnad jayyid)

Tathayyur berfirasat buruk, merasa bernasib ****, atau meramal bernasib buruk karena melihat burung, binatang atau apa saja.

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc.

semoga menjadi panduan...harap maklum.
 
Back
Top
Log in Register