BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Edge 92 Halang Media Di Mainkan Automatik Ketika Layari Web

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,585
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,585
Reaction score
7,740
Points
916
Microsoft Edge 92 merupakan pelayar web yang dibangunkan Microsoft, berasaskan kepada kod Chromium. Terbaru, mereka telah pun menawarkan versi Edge 92 kepada semua pengguna. Menariknya bersama-sama pengenalan Edge 92 adalah sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk salah satunya adalah mengehadkan media dimainkan automatik ketika melayari web.

Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa web yang memainkan audio atau video secara automatik. Perkara ini tidak disukai sejumlah pengguna, dan Edge 92 mengatasi perkara berkenaan.

Apa pun, Edge 92 sekadar mengehadkan dan bukan menghalangnya. Ini bermakna, sekiranya anda pernah berinteraksi dengan pemain media pada laman berkenaan dan membenarkannya, maka ia akan menjadi pilihan automatik pada masa akan datang.

Sebagai contoh, sekiranya anda benarkan media dimainkan di laman YouTube, maka ia tidak akan menghalang video dimainkan automatik di YouTube pada kunjungan seterusnya.

Bagi anda, adakah anda akan menyukai ciri ini atau sebaliknya?​

1627277929975.png
 
Back
Top
Log in Register