BTC USD 81,179.8 Gold USD 3,999.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Edar ayam secara percuma

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Tee Chuan (dua, kanan) menunjukkan ayam hidup yang diedarkan kepada orang ramai secara percuma.
< 1 / 1 >
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services
0

BUKIT MERTAJAM - Kenaikan harga ayam bukan penghalang kepada seorang pengurus syarikat bekalan makanan asas yang menyumbangkan 2,200 ayam kampung secara percuma kepada orang ramai sempena menjelangnya Aidilfitri, semalam.

Penganjur program, Ng Tee Chuan berkata, sumbangan yang diadakan buat kali pertama itu adalah bertujuan untuk meringankan beban masyarakat terutamanya bagi golongan kurang berkemampuan.

“Keutamaan diberikan kepada warga emas di mana mereka hanya perlu beratur untuk mendapatkan ayam percuma.

“Lebih unik lagi, ayam hidup diberikan kepada mereka dan terpulang kepada penerima untuk menyembelih atau memeliharanya,” katanya.

Ayam segar terbabit diedarkan berhampiran Pasar Awam Bukit Mertajam dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Mertajam.

Tee Chuan berkata, orang ramai mula beratur seawal jam 9 pagi dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Kerjasama yang dijalankan ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh orang ramai, malah ayam turut diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut hadir menerima ayam yang dibekalkan yang akan diedarkan kepada pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) terpilih. Diharapkan usaha ini dapat menceriakan masyarakat sempena Aidilfitri ini,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edar-ayam-secara-percuma-1.187787
 
aku nak sepasang blh. tak mo sembelih, bela dulu nanti beranak pinak.
hehe
 
ada gak yg perihatin....mahal pada brim brum ni
 
bagus nie...sbb tu la cino bisnes selalu lame..untung belakang kira, yg penting bertahan lama..
 
aku nak sepasang blh. tak mo sembelih, bela dulu nanti beranak pinak.
hehe

tak boleh
ayam tu untuk sekali makan je
kalau bela beranak pinak nanti jadi bisnes lain pula
 
Penganjur program, Ng Tee Chuan berkata, sumbangan yang diadakan buat kali pertama itu adalah bertujuan untuk meringankan beban masyarakat terutamanya bagi golongan kurang berkemampuan.

baiknya hati.....sedap ni kalau masak kari ayam.
 
Back
Top
Log in Register