strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
Ebola kini merebak sehingga sembilan kali lebih tinggi di beberapa tempat di Sierra Leone berbanding hanya dua bulan lalu, menurut laporan Inisiatif Pentadbiran Afrika (AGI), kelmarin.
“Walaupun kes baru nampak semakin berkurangan di Liberia, sebaliknya berlaku di Sierra Leone dan keadaan ini amat membimbangkan,” menurut laporan itu.
Menurutnya, secara purata, 12 kes baru dilaporkan setiap hari di kawasan pedalaman di sekitar ibu negaranya Freetown lewat bulan lalu berbanding cuma 1.3 kes pada awal September.
Pemindahan virus berkenaan juga meningkat pantas di Freetown dengan jumlah kes harian secara purata direkodkan enam kali lebih tinggi berbanding dua bulan lalu.
Analisis dibuat berdasarkan kiraan purata selama tiga hari membabitkan kes baru direkodkan Kementerian Kesihatan Sierra Leone.
Laporan itu disediakan selepas kenyataan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengumumkan kadar jangkitan semakin berkurangan dan cara pengebumian mangsa yang semakin teratur.
AGI - inisiatif ditubuhkan bekas Perdana Menteri Britan Tony Blair berkata, walaupun keadaan semakin baik ia masih dianggap krisis yang teruk.
Ketua Pengarah Eksekutif Nick Thompson berkata: “Kerajaan Sierra Leone melakukan banyak perubahan dalam menangani penularan virus itu dengan mempercepatkan akses untuk bantuan perubatan selain memastikan mangsa dikebumikan dengan cara yang selamat.
“Namun kita tidak boleh berehat sehingga Ebola dihapuskan sepenuhnya. Dan berdasarkan kes baru di kawasan pedalaman Sierra Leone, kita perlu bertindak segera,” katanya.
Hampir 5,000 orang dilaporkan mati akibat virus itu, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang merekodkan 13,000 kes.
Ia bagaimanapun mengaku jumlah sebenar mangsa dijangkiti atau maut mungkin lebih tinggi.
http://www.hmetro.com.my/node/6329