saya ingin bertanya , ada yg sudi boleh bantu saya codingkan semula EA overlay yg dulu selalu dipakai oleh member member CG ?
klu ada yg sudi nanti saya terangkan camne EA ni bekerja dan ape yg perlu ada dlm input .
EA ni nanti saya akan beri free pd sesiapa sahaja . tidak dijual sama sekali dan dilarang utk dijual .
klu ada yg sudi , PM saya ye .
Bro Maidin,
Masalahnya aku ada yg versi komersil dan untuk registered client saja.
Setting melalui VPS sahaja dan tidak diberikan kpd client.
Features EA tersebut mempunyai kebolehan spt dibawah:
- EA akan Close-ALL apabila equity telah mencapai tahap yg kita inginkan. Dgn berbuat demikian, open post akan jadi paling minima dan akaun dalam keadaan profit dan drawdown rendah.
- Setiap kali Close-ALL, tahap setting equity baru ditambah secara automatik. Bila equity yang baru telah dicapai, EA akan Close-ALL sekali lagi. Dgn itu menjadikan open post yg minima dan akaun dalam keadaan profit. Pusingan seperti itu akan berterusan.
- EA berkebolehan untuk kunci equity pada tahap yg kita mahu. Setelah mencapai equity yang kita pre-set, EA akan Close-ALL, jadi open post akan jadi zero. Maka kita boleh wdraw tanpa ada floating. Selepas wdraw, EA secara automatik akan buka post yang baru dan akan kunci semula equity apabila tahap yg kita mahu telah dicapai semula. Pusingan seperti itu akan berterusan.
- EA juga boleh berbunyi untuk memberitahu kita apabila equity telah dicapai, apabila ada negatif floating yg tahap bahaya, apabila ada keuntungan yg kita mahukan dan apabila open post dah zero untuk buat wdraw dan boleh detect juga jika ada pasangan ganjil, iaitu bila terlebih atau terkurang pasangan.
Teknik Overlay ni, yg aku dah cuba, untuk menjadikan akaun kita paling selamat adalah dgn membuka 2 akaun berpasangan juga.
Contohnya buka Akaun-A dan Akaun-B.
Pastikan MM yg betul dan setting EA yg selamat untuk kedua2 akaun.
Gunakan Couple-1 untuk Akaun-A.
Gunakan Couple-2 untuk Akaun-B.
Dengan berbuat demikian, walau kemana pun arah pergerakan EU dan GU, walaupun berlaku pergerakan mendadak, akaun tetap akan selamat dan salah satu akaun mencapai profit maksima.
Apa yg aku perhatikan selama 2 tahun ni, pergerakan EU dan GU ni, selalunya PASTI akan bertukar arah bergantung kepada keadaan market, mungkin 2 atau 3 hari sekali, seminggu sekali. Tapi PASTI akan bertukar arah. Maksud aku, minggu ni Couple-1 profit, Couple-2 floating. Bila market bertukar arah, Couple-2 pulak profit dan Couple-1 floating.
Jadi dgn menggunakan setting Akaun-A dan Akaun-B ini, kita boleh membuat withdrawal setiap minggu atau setiap kali salah satu akaun kita profit. Wdraw apabila akaun-B profit dan akaun-A floating ditahap yg selamat. Wdraw pula apabila akaun-A profit dan akaun-B floating ditahap yg selamat.Begitulah pusingan seterusnya.
Aku menganggap teknik ini adalah yg paling selamat.
Profit dalam 10% hingga 30% sebulan...cukuplaaahhh...

paid

paid