EA ini dibangunkan berdasarkan indicator En Mizee dalam thread 1000pip seminggu(CG). Cara kerja EA ini sangatlah mudah. Ia cuma membaca data dari meter dan membuat kiraan dalaman. Tiada carta atau graf yang tertentu diperlukan untuk membolehkan EA ini bekerja. Ia seumpama seorang pelajar yang ingin membuat assignment menggunakan laptop. Dia boleh pergi ke perpustakaan, kedai mamak, kopitiam dan mana-mana sahaja yang dia selesa mengikut masanya sendiri. Sama seperti EA ini. Ia tidak memerlukan chart ataupun timeframe yang tertentu untuk membolehkan ia bekerja. Letakkan sahaja dimana-mana chart dan timeframe. EA akan melakukan kerjanya sendiri.
Asasnya, EA ini bekerja mengikut kekuatan@kelemahan sesuatu matawang. Dalam kes ini, EA direka untuk melakukan pengiraan terhadap matawang USD dan JPY sahaja. Ini kerana kedua-dua matawang ini adalah matawang utama yang didagangkan setiap hari. Selepas OP, EA akan melakukan kerjanya sehingga BasketProfit dicapai. Dalam masa tersebut, EA tidak akan melakukan pengiraan untuk OP currency yang lagi satu.
Contoh:
Currency JPY telah hit StrongPoint. EA akan OP buy currency JPY (Sell GBPJPY, Sell EURJPY, Sell AUDJPY). Dalam masa yang sama meter menunjukkan currency USD juga telah mencapai StrongPoint. EA tidak akan membuat apa-apa OP terhadap currency USD tersebut. Apabila BasketProfit telah dicapai, EA akan menunggu currency USD dan JPY kembali neutral semula (value kedua-dua berada dalam range 3.5 dan 5.5) untuk melakukan OP yang seterusnya. Begitu juga apabila EA ini mula2 diletakkan ataupun ditukar settingnya. EA juga perlu untuk berada dalam keadaan neutral untuk memulakan misinya.
Adalah amat penting untuk meter menjadi neutral semula sebelum EA melakukan OP yang seterusnya. Ini adalah kerana kita tidak mahu EA membuka OP bila BasketProfit telah dicapai dan meter currency pada masa tersebut masih berada dalam StrongPoint ataupun WeakPoint. Dikhuatiri, trend sudah berada pada hujung trend dan mula untuk reverse.
Pair berkaitan:
3 Pair USD = GBPUSD, AUDUSD, EURUSD
3 Pair JPY = GBPJPY, EURJPY, AUDJPY
6 Pair USD = GBPUSD, AUDUSD, EURUSD, NZDUSD, USDCAD, USDCHF
6 Pair JPY = GBPJPY, EURJPY, CHFJPY, AUDJPY, CADJPY, NZDJPY