BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai DYAM vs DYMM

Duli tu maksudnya debu jadi tak kisah samada DYMM atau DYAM. ia merujuk kpada debu kepada Tuhan yang Maha Esa.



[du.li] | دولي

Definisi : 1. sl abu, debu (yg melekat pd kaki): maka hancur luluhlah segala menjadi ~; 2. bd baginda: maka D~ Yang Maha Mulia pun bertitah kpd sekalian yg hadir; 3. kaki; bercemar ~ bd pergi, berjalan; ke bawah ~ tuanku kpd baginda; mata ~ buku lali; menjunjung ~ a) menyembah, sujud kpd raja; b) mengerjakan perintah raja; berduli 1. sl berdebu; 2. bd pergi ke, bercemar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


 
Aku faham alasan justifikasi ni. Tp justifikasi "debu kepada Allah Yg Maha Mulia" tu boleh diterima, JIKA tiada frasa yg satu lagi, iaitu gelaran kpd raja muda bagi negeri2 tertentu, yg digelar Duli Yg Teramat Mulia.

Jadi adakah Duli Yg Teramat Mulia itu bermakna debu kepada Allah Yg Teramat Mulia.

Persoalannya, sejak bila perkataan Teramat itu digunakan utk menggambarkan sifat ketertinggianAllah Taala?


KITA SEKADAR BERBINCANG :D

dan memang perkara ni ada diperbincangkan diperingkat negara pun.

Tapi asal sja tak menyalahi Islam, akidah kita..saya fikir masing2 boleh sja punya pendapat.

Saya hormati pendapat Tuan.

Tapi satu pembetulan yg saya perlu buat....:

1. Saya maksudkan "Duli" sebagai Debu...merujuk diri Sultan.
Tapi TAK PULA BERMAKSUD ..debu Allah swt

sebab Allah swt ni..laiysa kamislihi syaiun

Jadi kena faham mcm kita kata "Bumi Allah"..Langit Allah...so dia "Debu"

Saya menolak utk kita sebut "Debu kpd Allah swt.....sebab akan jadi satu masalah akidah utk merujuk debu kpd Allah
Tapi saya fikir org lain juga jelas dlm masalah begini..

......

ke 2 nya...."MASALAH BAHASA"....& Masaalah...Siapa yg cipta terms DYMM, DYTM tu?

Ini saya fikir akan melibatkan "MAKSUD HATI" org yg mencipta Terms tersebut


Kalau kita tengok sejarah...Pakar2 Bahasa kita dulu2 kaalu buat kisah2 raja pun..diorg sorok nama..tak siapa yg benar2 tahu siapa yg tulis hikayat2
kecuali beberapa nama mcm Raja Ali Haji dll...sikit berbanding cerita2 yg ada


Tapi kemunkinannya penglibatan Ulama2 dlm hal2 mcm ni (Cerdek pandai yg buat terms + adat istana dsbnya...pasti melibatkan nasihat Ulama juga)

so...Tak mustahil Terms DYMM ni dicipta dgn pengertian yg baik.


Tapi....tak mustahil juga..Bila katakan DYMM tu dicipta sedemikian...ada pulak yg buat tambahan ..utk Raja muda misalnya//buat pulak DYTM ..dsbnya..tanpa faham maksud sebenar terms yg pertama..

Ini sekadar pandangan saya.


ke 3 :...SIFAT MERENDAH DIRI
ni memang sgt tebal dalam dunia Melayu.

Dari situlah timbul istilah pangil diri HAMBA...dan TUAN HAMBA utk org lain walau kadang org tu dia tak suka..tetap panggil Tuan Hamba😅

Dan pada Raja2 yg disanjung tinggi..lebih lagilah merendah diri...sampai ada penggunaan kata "Patik"
PATIK NI BERMAKSUD ANAK ANJING 😅...brgitu org2 kita merendahkan diri/menghina diri
 
Apakah takrif “Patik” dan bilakah ia dipakai?

Idris AlSagoff

Menurut Adat Lembaga Orang2 Melayu di dalam Negeri Perak (1935):

“Maknanya anak anjing yang baharu jadi, asal dipakai dari Demang Lebar Daun lagi mula-mula Raja Melayu berkerajaan di Palembang.

Perbahasaan amat merendahkan diri maknanya seperti pacal. Di pakai dalam tulisan atau percakapan oleh:
1. Orang Besar2, Orang2 kebanyakan pada Raja2 dan Sharif (Syed)
2. Raja2 pangkat muda pada pangkat tua dan Anak Raja2 dagang kepada Raja2 waris negeri”

Jadi kita dapat lihat sejauh mana orang dulu2 merendahkan diri pada Raja mereka. Namun, sekarang istilah Patik ini tiada lagi membawa maksud “anak anjing” dan ia sudah bermaksud sebagai “saya” pada perbicaraan dengan Raja2.

Adat merendahkan diri ini tidak terhad kepada orang2 kebanyakan sahaja. Malah, banyak kisah2 di mana Sultan pun menggunakannya apabila berbicara dengan Raja yang lebih tua. Di antaranya:

1. Apabila Sultan Iskandar menyambut kepulangan Sultan Abdullah yang telah dibuang negeri oleh British ke Kepulauan Seychelles. Apabila tiba, Sultan Abdullah telah bertitah “Patik penderhaka” yang mana dijawab oleh Sultan Iskandar “Bukan dengan Patik. Dengan orang putih” (Gambar 1)

Sultan Abdullah menggunakan “Patik” untuk merendahkan dirinya kepada Sultan Iskandar yang sedang memerintah. Sultan Iskandar pula menggunakan “Patik” untuk menghormati Sultan Abdullah yang berpangkat ayahanda saudara kepadanya.

2. Sultan Idris II membahasakan diri “Patik” dengan Raja Muda Musa yang lebih tua daripadanya. Raja Muda pula hanya membahasakan diri “Abang” kepada Sultan Idris (Gambar 2)

3. Sultan Mizan membahasakan diri “Patik” kepada Raja Nazhatul Shima dan Raja Iskandar Dzurkarnain yang lebih tua daripadanya walaupun baginda berada di kedudukan yang lebih tinggi. Kisah ini telah hamba saksikan sendiri di Istana Maziah pada tahun 2004

Perkara ini bukan luar biasa di kalangan anak2 raja di mana adab pertuturan masih dijaga rapi, masing2 berebut untuk menghormati yang lain dan bukan untuk menunjuk kehebatan sendiri. Kalau Sultan2 sekali pun sanggup merendahkan diri dengan membahasakan diri “Patik”, atas alasan dan kesombongan apakah yang kita mahu menolak penggunaannya?
 
Saya teringat satu peristiwa yg mana seorg guru saya yg saya panggil "Ayah"..dijemput bersama anak2 murid utk makan malam di Istana sorg kerabat yg sgt rapat dgn sultan....Tuanku ni memang kira bawah sikit je drp Sultan & Isteri dia pun Anak sorg Sultan Negeri lain la...

Saya dtg lambat..masa tu semua duk kat dewan, kira surau kat Istana tu dah lepas Magrib...saya datang lepas Solat Maghrib so lambat sikit..so saya curi2 masuk duk belakang.

Tapi "Ayah" sedar lalu ayah lambai saya suruh datang ketempat duduk dia...sampai depan dia..Ayah pun sebut..Tuanku, ..Patik kenalkan ini ****.. Masa tu saya Culture shock...sebab saya memang mcm anti penggunaan kata "Patik" dsbnya....so..malang sungguh..saya pun unjuk salam sja..tanpa sembah hormat dsbnya....Dapat juga saya nampak perubahan air muka Ayah..😭

Masa tu seolah saya protes//kenapa Ayah yg saya pndg tinggi seorg yg dianggap Tuan Guru Agama..pakar ilmu tasawwuf..bahasakan diri patik dsbnya..

Tapi kemudian saya tersedar
& Sampai sekarang saya kesal juga..

Apa salahnya kita merendah diri..lagi pun kata terms "patik" hari ini mana ada org guna utk sebut "anak anjing" pun...hanya gantinama sopan istana

adat halus penuh budi bahasa yg indah

spt petikan Yang Mulia Tuan Syed Idris Alsagoff kat atas

Saya selalu rasa sedih bila teringat Ayah begitu gembira ..panggil saya drp puluhan hadirin..suruh datang mengadap Tuan ku..tapi saya tunjukkan sikap yg memalukan 😭

(Tapi ayah sampai meninggal ..tak pernah pun tunjuk marah pada saya..
sentiasa lebih hormat saya berbanding org lain...ini saya tak tau kenapa??

katakan waktu saya dtg ..Ayah lepak dgn singlet depan kawan2 lain...saya sampai..ayah ni cepat2 ambil baju & pakai

Beliau seorg guru mursyid yg sangat2 saya hormati & kasihi..

Al Fatihah buat Ayah
 
Back
Top
Log in Register