BTC USD 83,853.1 Gold USD 4,289.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duti Setem: SPR dah mula buat hal!!!

tektik dah silap daaa
rupe2nye calon deme banyak kantoi
so tarik balik la
 
Kenapa la buat arahan pelik,
last minute lak tu.
tp kabarnya jd mcm ni sebab arahan dr AG.


Ini semua yg dikatakan taktik untuk menang pilihraya.Mereka ni dah perasaan bijak dah dan cuba nak gagalkan pencalonan pembangkang.Mereka rasa dah bijak sangat dah dengan tindakan ini.Maka dengan takdir Allah s.w.t pembangkang dapat mengatasi masalah ini.Last-last mereka yg kantoi.Insya-allah, doa org yg dizalimi akan dimakbulkan.

p/s : Puak-puak BN ni dah perasan bijak.Mereka tak sedar bahawa ada lagi org bijak dari mereka.Ada lagi org pandai dari mereka.Ad lagi yg gedebe dari mereka.Yg ingat mereka hebat.Rashid ni patut ingat kubor kata mari rumah kata pergi.Patut buat pahala banyak2 bukan hidup dengan sumpah seranah org.Patut pun kontrak dia disambung sebagai dia lah bapak segala perancangan busuk ala-alah yahudi.
 
" Kepincangan pilihanraya umum kali ke 12 negara terus tercemar dengan suatu pembohongan terbesar pada abad ini pada hari penamaan calon, ahad lepas terbongkar apabila setiausaha SPR, Datuk Kamazaman Mohd Noor mengeluarkan kenyataan bahawa SPR tidak pernah mengeluarkan sebarang surat membatalkan Akuan Berkanun dengan duti setem yang dimatikan.

Khamis lalu, SPR mengeluarkan arahan yang buat pertama kalinya calon perlu mengemukakan Akuan Berkanun tersebut seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 4(7) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 juga tidak mengecualikan bayaran duti setem bagi Akuan Berkanun (Borang 5 atau 5A).

Ahad lepas, sewaktu penamaan calon di banyak kawasan di negeri Terengganu (dipercayai di seluruh negeri Terengganu) termasuklah Marang dan Hulu Terengganu, semua calon-calon UMNO tidak melaksanakan arahan tersebut. Namun apabila bantahan dilakukan SPR di kedua-dua kawasan ini menyatakan bahawa SPR telah membatalkan arahan ini melalui faks semalam (sabtu).

Kata-kata SPR di kedua-dua kawasan ini ternyata bohong dan menipu apabila Setiausaha SPR menafikannya semalam.

Apa yang sangat dikesali sikap SPR yang tidak profesional dan pengecut untuk membatalkan pencalonan calon-calon dari Barisan Nasional yang bersikap angkuh dengan tidak menghormati undang-undang dan engkar.
"

sapa yang betul nii...
 
apesal en.katakhijau tak komen ape-ape ek?
 
nasihat aku...saper2 yg keje kat SPR tu..pakat2 berentila.....
ingatla...lepas mati sok..kiter hidup balik..berjawap la korang...
 
katakhijau, sila la komen isu stamping nie...
 
korang mesti ingat gaji SPR di bayar oleh Gov..walaupun SPR berkecuali tp still biased kt Gov..emm nie kene mintak org 'luar' jd SPR nie..:-? :-?
 
Back
Top
Log in Register