BTC USD 62,412.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duti Setem: SPR dah mula buat hal!!!

JaMeQ

Legendary Member
gem
Messages
16,164
Paid Membership
Joined
May 15, 2007
Messages
16,164
Reaction score
105
Points
123
Duti setem: SPR mesti bayar ganti rugi menyeluruh

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - "Kalau tidak boleh kata gila pun, bagaimana saya hendak percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) waras, lebih-lebih lagi Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman?".

Itulah reaksi spontan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar terhadap tindakan tidak berpedoman Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai duti setem.

"Tetapi yang lebih penting, SPR mesti membayar ganti rugi kepada semua calon yang telah bersusah payah untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem.

"Ganti rugi bukan sahaja setakat kos duti setem tersebut malah mestilah menyeluruh meliputi semua kos, kesusahan serta tekanan yang dihadapi oleh calon-calon semata-mata untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem seperti yang diarahkan oleh SPR," kata beliau.

Apa yang sangat menyakitkan hati, katanya, setelah calon-calon bersusah-payah memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem seperti yang diarahkan oleh SPR pada 21 Februari lalu, tiba-tiba SPR mendakwa telah mengeluarkan surat untuk menarik balik peraturan itu pada 23 Februari.

"Bayangkan susah payah yang terpaksa ditempuhi oleh calon-calon di Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana hari Jumaat dan Sabtu adalah cuti umum di ketiga-tiga negeri itu.

"Saya difahamkan ada calon yang terpaksa naik kapal terbang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem," katanya.

Tindakan SPR itu, katanya, amat menyusahkan dan menyakitkan hati.

"Saya bimbang saya tidak dapat mencari istilah yang sesuai selain 'gila' untuk menggambarkan tindakan SPR itu," katanya.

Bagi Mahfuz, hanya dua sebab sahaja yang mendorong tindakan SPR itu.

"Pertama, mereka sengaja hendak menganiaya, menyusahkan serta mengkucar-kacirkan persediaan pembangkang. Kedua, mungkin SPR gila, terutama Pengerusinya.

"Saya tidak tuduh Rashid dan SPR gila. Tetapi, saya tidak yakin mereka waras," Mahfuz mengulangi apa yang telah dinyatakan.


Wakil Calon PKR Dun Sementa x pasal2 x dpt bertanding pasal duti setem nih!!!

Dah mula berat sebelah SPR nih...Undang2 double standard!!!
..:mad:
 
Pelbagai Bantahan Tapi Tiada Dipedulikan SPR


Analisis Isu Oleh malaysiakini

aPelbagai bantahan dikemukakan terhadap pencalonan beberapa calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bantahan itu antaranya dikemukakan oleh calon PAS Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali di parlimen Titiwangsa terhadap pencalonan Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir kerana mengesyaki akuan bersumpah Aziz tidak mempunyai duti setem.

Menurut pihak Dr Lo' Lo', Aziz juga melanggarkan undang-undang pilihanraya kerana membayar deposit dengan menggunakan cek peribadi.

Kekecohan berlaku apabila pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) - yang diketuai oleh pegawai pengurus pilihanraya di situ, Che Yahya Che Soh - tidak membenarkan pihak PAS membuat semakan ke atas borang pencalonan Aziz berhubung bantahan tersebut.

Che Yahya berhujah, butiran peribadi mengenai calon-calon di papan pameran sudah mencukupi sebagai asas untuk membuat bantahan.

Beliau juga berkata, telah menerima arahan dari pegawai atasannya bahawa mana-mana pihak tidak dibenarkan melihat kertas pencalonan pihak lain.

Beliau kemudiannya menolak bantahan Dr Lo' Lo' dan mengisytharkan Dr Lo' Lo' dan Aziz sebagai dua calon parlimen Titiwangsa dalam pilihanraya 8 Mac ini.

Sementara itu, satu lagi bantahan dibuat oleh PKR bagi kerusi parlimen Rembau, Negeri Sembilan, terhadap pencalonan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PKR membantah, dengan menyebut Khairy tidak menulis perkataan ‘bin’ pada kertas pencalonannya.

Pegawai SPR berkata, bantahan tersebut ditolak atas alasan kad pengenalan Khairy tidak mempunyai perkataan 'bin'.

Di DUN Rantau, bawah parlimen Rembau, Azhar Ibrahim dari PAS membuat bantahan terhadap penyandang Datuk Mohamad Hassan kerana meletakkan jawatan Menteri Besar dalam borang pencalonannya.

Bantahan tersebut juga ditolak tetapi alasannya tidak dinyatakan.
Perniagaan dan berniaga

Lagi di Negeri Sembilan, bagi kerusi-kerusi DUN Kota dan Chembong, bantahan turut dibuat oleh PAS terhadap penamaan dua calon BN. Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan alasan bantahan dibuat di Kota.

Di Chembong pula, bantahan dibuat atas dakwaan calon BN Zaiful Bahri Idris tidak menyatakan pekerjaannya sebagai ahli perniagaan. Sebaliknya, PAS mendakwa, Zaiful Bahri telah tersilap menulis 'berniaga'. Bantahan itu bagaimanapun ditolak.

Di Perak, dua bantahan difailkan terhadap pencalonan Datuk Seri S. Samy Vellu di parlimen Sungai Siput kerana beliau menulis pekerjaannya sebagai 'menteri'.

Bantahan itu dibuat atas alasan, ekoran pembubaran parlimen pada 13 Februari lalu, Samy Vellu hanya menganggotai kerajaan sementara dan bukan lagi seorang menteri.

Bantahan itu dibuat oleh seorang wakil DAP serta sebagai wakil berdaftar bagi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Bagaimanapun, ia juga ditolak oleh pegawai pengurus pilihanraya dengan alasan Samy Vellu seorang 'pemangku' menteri.

Juga di Sungai Siput, bantahan turut dibuat terhadap Samy Vellu kerana terdapat perbezaan pada tarikh lahirnya yang ditulis dalam kertas pencalonan - 20 Jun - sedangkan tarikh lahirnya yang diketahui umum ialah 8 Mac.

Pegawai pengurus pilihanraya turut menolak bantahan tersebut atas alasan tidak ada perbezaan antara tarikh lahir Samy Vellu pada kad pengenalannya dengan yang ditulis pada borang pencalonan.

Di Batu Gajah, DAP membuat bantahan terhadap calon BN, Cheah Yoke Chan, selepas terdapat perbezaan pada ejaan nama penyokong keduanya seperti yang terdapat pada kad pengenalannya yang ditulis dalam borang pencalonan.

Bantahan tersebut ditolak tetapi sebab-sebabnya tidak diketahui.

Di Kuala Kangsar, satu bantahan dibuat terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz selepas didapati beliau hanya menandatangani borang pencalonan asal, sedangkan salinan borang pencalonan tidak ditandatangani.

Pegawai pengurus pilihanraya menolak bantahan tersebut atas alasan terdapat tandatangan Rafidah pada borang pencalonan asal.

PAS berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam mengenai perkara tersebut

TAHNIAH SPR!! MALAYSIA BOLEH!!
 
Duti setem: SPR mesti bayar ganti rugi menyeluruh

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - "Kalau tidak boleh kata gila pun, bagaimana saya hendak percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) waras, lebih-lebih lagi Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman?".

Itulah reaksi spontan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar terhadap tindakan tidak berpedoman Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai duti setem.

"Tetapi yang lebih penting, SPR mesti membayar ganti rugi kepada semua calon yang telah bersusah payah untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem.

"Ganti rugi bukan sahaja setakat kos duti setem tersebut malah mestilah menyeluruh meliputi semua kos, kesusahan serta tekanan yang dihadapi oleh calon-calon semata-mata untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem seperti yang diarahkan oleh SPR," kata beliau.

Apa yang sangat menyakitkan hati, katanya, setelah calon-calon bersusah-payah memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem seperti yang diarahkan oleh SPR pada 21 Februari lalu, tiba-tiba SPR mendakwa telah mengeluarkan surat untuk menarik balik peraturan itu pada 23 Februari.

"Bayangkan susah payah yang terpaksa ditempuhi oleh calon-calon di Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana hari Jumaat dan Sabtu adalah cuti umum di ketiga-tiga negeri itu.

"Saya difahamkan ada calon yang terpaksa naik kapal terbang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem," katanya.

Tindakan SPR itu, katanya, amat menyusahkan dan menyakitkan hati.

"Saya bimbang saya tidak dapat mencari istilah yang sesuai selain 'gila' untuk menggambarkan tindakan SPR itu," katanya.

Bagi Mahfuz, hanya dua sebab sahaja yang mendorong tindakan SPR itu.

"Pertama, mereka sengaja hendak menganiaya, menyusahkan serta mengkucar-kacirkan persediaan pembangkang. Kedua, mungkin SPR gila, terutama Pengerusinya.

"Saya tidak tuduh Rashid dan SPR gila. Tetapi, saya tidak yakin mereka waras," Mahfuz mengulangi apa yang telah dinyatakan.


Wakil Calon PKR Dun Sementa x pasal2 x dpt bertanding pasal duti setem nih!!!

Dah mula berat sebelah SPR nih...Undang2 double standard!!!
..:mad:

agak2nya si rashit tu dulu ahli BELIA 4B kot

Admin Note : Aku dah kata jangan memaki ko degil jugak. Post deleted.

:eek: :eek: :eek:
 
saje la tu nak kasi pencalonan terbatal ..pastu calon bn kompom menang tanpa bertanding ...takpun , SPR nih mmg sakit jiwa
 
diorang ni tak takut ke esok berhadapan dengan Allah dan berjawab dengan 24 juta rakyat Malaysia...

Allah..... x sanggup aku...
 
Di khabarkan semua calon BN di Parlimen Marang (Parlimen dan DUN) tidak mematikan setem. Apabila pihak PAS membuat bantahan, tiba2 Pengurus Pilihanraya mengeluarkan surat dari SPR bertarikh 23 Februari yang membatalkan surat arahan pertama tu. Surat bertarikh 23 Februari tu diterima pada jam 4.00 pagi 24 Februari.

Petikan dari Harakah Daily:

Timbalan Pesuruhjayanya, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong, berkata pihaknya akan menyaman SPR yang mengeluarkan surat peraturan mengarahkan mereka yang mahu bertanding dalam pilihan raya kali ini, menyerahkan borang mereka dengan dikenakan duti setem

Beliau yang berkata demikian ketika ditemui selepas penamaan calon di Kompleks Seri Iman di sini, tengahari tadi, menyifatkan SPR ada niat buruk terhadap pembangkang.

"Sebaliknya apabila berlaku insiden di Marang di mana kesemua lima calon Barisan Nasional (BN) mengemukakan borang tidak berduti setem, dan apabila bantahan dibuat, tiba-tiba SPR mengeluarkan surat yang didakwa bertarikh 23 Februari memansuhkan surat arahan itu yang dikeluarkan pada 21 Februari," ujarnya.

Surat arahan pertama turut menyatakan mereka yang tidak berbuat demikian boleh dibatalkan menyertai pertandingan pilihan raya umum kali ini.

"Kita telah mengemukakan bantahan tersebut ke atas lima calon BN di Marang, bagaimanapun ditolak oleh SPR dengan mengemukakan alasan baru iaitu surat bertarikh 23 Februari, memansuhkan surat arahan 21 Februari.

Bagaimana ini boleh berlaku? Kita tahu di Kuala Lumpur cuti hujung minggu," ujarnya


Jika pihak SPR telah membatalkan surat pertama itu, mengapa calon gantian PKR DUN Sementa ditolak pencalonannya kerana tidak mematikan setem??
 
Last edited:
teringat masa aku kecik2 kat kg dulu..
time tu pembangkang langsung tak de kat kg aku..
mak n ayah aku ditugaskan untuk sediakan makanan bagi petugas2 BN time pilihanraya.. seingat aku petugas SPR2 ni pun makan sekali dengan petugas2 BN.. mungkin sebab kat kg jadi kenal2 tak de masalah la sangat.. dan bila aku besar baru la aku sedar.. rupanya petugas SPR ni adalah kebnyakannya adalah orang2 BN sendiri.. ini dapat di buktikan bila mesyuarat UMNO/BN peringkat cawangan atau bahagian muka Petugas2 SPR tu la yang pasti kelihatan.. mereka juga antara orang yang tersibuk time mesyuarat tu..

SPR :(scam :(scam
 
kalau tengokkan pengerusi spr tu, aku rasa dia tu macam dah nyanyuk je!
 
Back
Top
Log in Register