BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Durian ukak jadi tumpuan

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

MINAH HIPNI menunjukkan durian ukak berharga RM12 sekilogram di Pasar Tamu Muhibbah, Miri, Sarawak semalam. UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

MIRI 8 Okt. – Durian ukak yang hanya terdapat di kepulauan Borneo begitu popular dalam kalangan penduduk negeri ini kerana rasa*nya yang unik dan berbeza daripada durian biasa.

Durian tersebut yang turut dikenali masyarakat tempatan sebagai durian puluk, pakan atau nyekak mempunyai isi berwarna kekuningan dengan rasa lemak manis.

Seorang peniaga di Pasar Tamu Muhibbah di sini, Minah Hipni, 46, berkata, penduduk tempatan memilih untuk membeli durian ukak kerana buah itu sukar diperoleh dan berbuah setahun sekali.

“Isinya berwarna kuning keemasan, teksturnya agak keras berbanding durian biasa serta tidak melekit. Selain dimakan terus, durian ukak juga boleh digoreng seperti cucur pisang atau dibuat durian crepe.

“Buahnya agak kecil berbanding durian biasa dan dijual kira-kira RM13 sekilogram,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Mihah, kebanyakan pembeli terutama pelancong luar negara dan dari Semenanjung memuji keenakan rasanya.

“Durian ukak berbeza dengan durian hutan yang terdapat di Semenanjung dan bagi penggemar durian biasa pasti berasa agak janggal apabila pertama kali menjamah buah durian yang banyak terdapat di Sarawak ini.

“Baunya juga agak sama dengan durian biasa, namun isinya tidak bergas,” jelasnya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nas...mpuan-di-borneo-1.144385#sthash.U27GSY46.dpuf
 
nampak ulas dia pun besar2...
 
Perggh..gebu2 molek tu..
kalos musg king..
hrga pun 3x lbh murah..
 
Bawak bijik dia tanam kt semenanjung.. cuaca borneo n semenanjung pon +- sama.. berhampiran garisan Khatulistiwa hehehehe

Blh wat duit ni
 
Musang King juga pilihan hati walaupun baru dapat makan beberapa kali.
 
Back
Top
Log in Register