BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Durian Malaysia ke Korea Selatan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
Durian Malaysia kini berjaya memasuki pasaran Korea Selatan selepas dimonopoli oleh Thailand. Seorang chef menunjukkan masakan berasaskan raja buah-buahan itu di Johor Baharu, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 1 Sept.- Kementerian Makanan, Agrikultur, Perhutanan dan Perikanan Korea Selatan (MIFAFF) telah meluluskan pengeluaran permit import durian daripada Malaysia ke pasaran negara itu.

Menurut Trademart, edisi terkini majalah terbitan Perbadanan Pembangunan Pelaburan Luar Malaysia (Matrade), sebelum ini hanya durian daripada Thailand sahaja dibenarkan memasuki pasaran negara berkenaan.

Bagi memasuki pasaran negara berkenaan, MIFAFF telah menetapkan beberapa peraturan antaranya adalah buah berkenaan mestilah dihasilkan di Malaysia sahaja.

Penghantaran perlu dilakukan menerusi perkhidmatan kargo udara atau laut dan perlu melalui proses pengurusan serangga perosak.

Buah yang hendak dieksport ke Korea Selatan juga perlu melalui proses penyaringan, pembersihan udara dan pencucian bagi menghapuskan serangga perosak yang tersembunyi.

Durian merupakan buah pertama yang diuji melalui kerjasama pengurusan perangkaan risiko antara Malaysia dan Korea Selatan.

Ketika ini, Perkhidmatan Kuarantin Tumbuhan Korea Selatan (NPQS) telah menjalankan kajian yang sama ke atas dua lagi buah tempatan iaitu mangga dan betik.

Dengan kebenaran permit tersebut, durian menjadi buah-buahan keempat berjaya memasuki pasaran negara berkenaan selepas pisang hijau, kelapa dan nenas.
 
Back
Top
Log in Register