gold_bakawali
Super Active Member
- Messages
- 6,485
- Joined
- Feb 26, 2012
- Messages
- 6,485
- Reaction score
- 107
- Points
- 73
sama2 alhamdulilah..thanks tt![]()
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
sama2 alhamdulilah..thanks tt![]()
up sikit..![]()
![]()
Adakah anda tergolong dalam golongan yang masih bercita-cita untuk memakai kereta besar, rumah besar, kolam mandi besar, garaj kereta besar, handphone besar, bini besar? Maka jika segala-galanya besar dalam cita-cita anda, sila tekan brek dulu agar tidak terlajak dan tidak juga terkebelakang sangat, maka INSAF (yang terbahagi di tengah-tengah) itu adalah lebih baik.
Perhatikan terlebih dahulu ayat dari firman Allah ini yang bermaksud,
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu.” ( Surah Al Hadiid : Ayat 20 )
Dari ayat itu sahaja kita sudah nampak betapa Allah memberitahu yang dunia ini hanya tempat manusia bermain-main, berfoya-foya, bersuka-ria , berhibur dan sememangnya melalaikan. Begitu juga manusia bermegah-megah dan bermewah-mewah dengan harta dan ramainya anak-pinak. Itu membuktikan sifat menunjuk-nunjuk itu tidak lekang dari diri manusia yang tidak sedar-sedar diri ini.
Lihatlah , kenapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menyuruh sahabat-sahabat membina bangunan-bangunan besar?
Perhatikan, renungkan, mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menggalakkan sahabat-sahabat dan umatnya membina bangunan-bangunan besar, sedangkan sebelum zamannya lagi sudah banyak ciptaan dan binaan-binaan bangunan besar seperti yang didirikan oleh kerajaan Namrud, Firaun, Rome, Greek dan sebagainya.
Jika benar lah Islam menggalakkan membina bangunan-bangunan besar dan hebat, sudah tentu pembinaan telah rancak di zaman Nabi Muhammad S.a.w lagi kerana itu lah zaman contoh tauladan TERBAIK bagi seisi dunia terutamanya untuk umat akhir zaman. Kerana di zaman Nabi dan sahabat menjadi PEMIMPIN lah suasana di sana terlalu aman damai, bebas dari jenayah-jenayah dan masyarakat berkasih-sayang antara satu sama lain.
Tetapi kita bukan mahu mengambil contoh tauladan di zaman keemasan akhlaq dan peribadi Muslim itu, tetapi kita banyak mahu mencontohi zaman-zaman sesudah nya yang sudah banyak tercemar dan bercampur dengan pengaruh-pengaruh terutamanya pengaruh dari barat.
Dan mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak membina kereta-kereta kuda yang megah dan hebat seperti kereta-kereta kuda Firaun yang gah lagi bertatahkan emas dan perhiasan-perhiasan? Dan mengapa tidak dibuat ciptaan-ciptaan lain yang sangat canggih dan hebat lagi?
Ketahuilah, sederhana itu adalah yang TERBAIK. Modesty is the best policy. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahannya (sederhana)”. Hadith Muttafaqun ‘alaih
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Jangan kamu berlebih-lebihan dalam kesenangan dan kemewahan kerana sesungguhnya hamba-hamba Allah (yang benar-benar bertakwa) itu bukanlah dari orang-orang yang suka bermewah-mewahan”. Hadith Riwayat Ahmad
Maka mengapa kita perlu kejarkan sangat kemewahan, sedangkan ianya hanya sementara dan akan hancur binasa juga nanti. Jika kita mencari harta benda banyak-banyak untuk melebihkan sedekah kita kepada mereka-mereka yang susah dan memerlukan serta membantu Islam , itu sangatlah bagus. Tetapi sayang, biasanya itu cuma diucapkan dibibir, tetapi apabila manusia mempunyai banyak harta, dia merasakan mahu menambah banyak lagi dan simpan untuk anak-beranak dia semata dan lupa bahawa manusia-manusia yang hidup susah di luar sana adalah saudara mara kita juga di dalam Islam.
FIRMAN ALLAH SWT:
Ertinya: Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.
(Surah al-Qasas:83)
Di dalam ayat ini, jelas kepada kita bahawa syarat utama untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia di akhirat ialah tidak menyimpan keinginan untuk mendapat dan mengejar ketinggian pangkat, jawatan, status di dunia. Semua ini jika kita terlalu berangan-angan untuk mendapatkannya, sebenarnya tanpa kita sedari kita telah membawa kerosakan kepada diri kita kerana diselebungi oleh nafsu yang akhirnya merosakkan orang lain pula. Lama-kelamaan diri kita akan dihinggapi penyakit tamak haloba, mementingkan diri sendiri, dan cinta yang melampau kepada kebendaan mengatasi cinta kepada Allah yang hakiki. Dirinya sentiasa memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan dunia, kesenangan dan kebahagian di dunia dan segala kenikmatan dunia, tanpa mengingati bahawa dunia dan akhirat perlu diselarikan. Inilah sifat yang digambarkan oleh Allah SWT di dalam ayat:
Firman Allah SWT:
Ertinya: Maka ada diantara manusia yang berdoa dengan berkata: ”wahai tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia. Orang ini diberikan kebaikan di dunia dan tidaklah baginya mendapat sedikitpun bahagian kebaikan di akhirat.
(Surah al-Baqarah:200)
Sememangnya Allah menerima permintaan golongan ini. Namun Allah menempelak bagi golongan ini dan akan menempatkan mereka di dalam neraka al-Jahim. Segala yang diberikan kepada golongan ini sedikitpun tidak merugikan Allah. Sebagaimana sabda nabi saw jika dunia ini mempunyai nilai dan harga sebesar sayap nyamuk, nescaya Allah tidak menerima permintaan golongan ini. Malah kerana dunia yang ada ini tidak mempunyai nilai sedikitpun di sisi Allah dan harga, maka orang yang melakukan kekufuran dan maksiat kepadaNya tetap diberikan rezeki yang melimpah ruah.
Firman Allah SWT:
Ertinya: Maka adapun orang yang melampaiau batas, dan dia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, maka sesungguhnya neraka Jahimlah tempat kediamannya.
(Surah al-Nazi’at:39)
Syarat ini bukanlah menghalang kita untuk terus meninggalkan dunia dan keperluan hidup termasuk diri, keluarga, masyarakat dan negara. Allah menyuruh kita mendapatkan dunia dan akhirat, tetapi meletakkan keutamaan kepada akhirat yang kekal abadi. Harta kekayaan yang halal dan menggunakannya ke jalan yang halal adalah ibadah, yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berdoalah kita kepada Allah dengan memohon kebahagian dan ketenangan di dunia dan akhirat. Inilah golongan yang Allah menjanjikan kepada mereka ganjaran yang baik dan dijauhkan daripada seksaan api neraka kelak.
Firman Allah SWT:
Ertinya: Dan ada antara mereka orang yang mendoakan dengan berkata:” wahai tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Peliharakanlah kami dari azab seksaan neraka. Mereka itulah orang yang mendapat ganjaran yang baik dari apa yang mereka usahakan dan Allah yang Maha cepat hisabNya.
Surah ab-Baqarah: 202
Firman Allah SWT:
Ertinya: Sesiapa yang menghendaki keuntungan pahala akhirat, nescaya kami akan menambahkan baginya keuntungan pahala yang berlipat ganda. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia sahaja, nescaya kami akan berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia, dan nanti di akhirat dia tidak mempunyai apa-apa bahagian lagi.
(Surah al-Syura: 20)
Bagi golongan yang meminta-minta kepada kesenangan dunia, bukan sukar bagi Allah mempercepatkan dan menerima permohonan mereka. Malah Allah sengaja menyegerakan doa mereka. Golongan ini merasakan Allah lebih menyayangi mereka dengan memberi limpahan rezeki dan kebahagian dunia. Mereka sebenarnya tidak menyedari semuanya itu adalah ujian baginya.
Firman Allah SWT:
Ertinya: Sesiapa yang menghendaki kesenangan hidup di dunia yang segera, nescaya kami menyegerakan baginya di dunia mengikut apa yang kami kehendaki
(Surah Isra’: 18)
Sebaliknya bagi sesiapa yang berkeinginan kepada kehidupan akhirat, maka dia sebenarnya seorang yang beriman dan mendapat taufiq hidayah daripada Allah SWT. Ini sebagaimana dijanjikan oleh Allah di dalam ayat:
Firman Allah SWT:
Ertinya: Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha dengan sepenuh usaha dengan mengerjakan amalan yang baik untuknya, sedangkan dia seorang yang beriman, maka adalah usaha mereka itu disyukuri (diberi ganjaran pahala)
(Surah al-Isra’:19)


