BTC USD 83,959.0 Gold USD 4,140.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

rencana 6 israk mikraj

sumber:http://roslimn.tripod.com/israkmikraj.html

Assalammualaikum,


Pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj
ialah:

1. Kuasa Allah S.W.T. adalah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan
apa sahaja yang dikehendaki oleh-Nya, seperti membawa Rasulullah
S.A.W. dari kota Mekah ke Baitul Maqdis dan dibawa mengadap ke hadrat-
Nya di Sidratul Muntaha di dalam jangkamasa yang begitu singkat,
iaitu satu malam. Ini kerana apabila Rasulullah S.A.W. menceritakan
tentang peristiwa ini kepada masayarakat umum di Mekah, mereka
mentertawakan Rasulullah. Hanya Saidina Abu Bakar As-Siddiq
mempercayai kata-kata Rasulullah, dan beliau diberi gelaran "As-
Siddiq" yang bermaksud "orang yang benar".

2. Sebelum Rasulullah di"israkkan, baginda telah menjalani suatu
"pembedahan" untuk membersihkan hati, dan dimasukkan unsur rohani,
iman dan hikmat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa di dalam
peringkat pertama untuk bertemu Allah S.W.T., kita perlu membersihkan
diri dan jiwa kita daripada pelbagai sifat mazmummah yang tidak baik
dan menanamkan sifat mahmudah yang baik. Dengan jiwa yang tenang,
penuh keimanan dan ketakwaan akan dibawa bertemu dan mengadap Allah
S.W.T.

3. Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami oleh Rasulullah S.A.W.
semasa di dalam Israk bersama malaikat Jibrail memberikan gambaran
menyeluruh perihal umatnya di bumi ini dalam menjalani kehidupan
sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan, ada yang
melakukan kemaksiatan dan mereka menerima balasan yang setimpal
dengan apa yang telah mereka kerjakan daripada Allah S.W.T.

4. Allah S.W.T juga telah menunjukkan kepada Rasulullah dan umatnya
bahawa iman dan akidah yang teguh merupakan asas kepada sifat
keislaman yang sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya. Ini
berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga. Walaupun
diugut dan dibunuh oleh mereka yang kufur, Allah S.W.T. menganggap
pengorbanan itu sebagai suatu syuhada atau jihad kerana
mempertahankan agama Allah.

5. Orang yang beramal soleh dan berjihad di jalan Allah akan diberi
balasan berlipat ganda seperti satu kaum yang menanam dan menuai
hasil tanaman mereka yang keluar berulang-ulang kali.

6. Rasulullah telah memilih minuman untuk baginda iaitu susu
berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibrail A.S. Ini jelas
menunjukkan bahawa susu merupakan minuman yang berkhasiat dan arak
pula minuman yang tidak disukai oleh baginda dan juga Allah S.W.T.
kerana ia memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada
mengingati Allah S.W.T.

7. Beberapa tempat yang telah disinggahi oleh Rasulullah untuk
mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa
adalah tempat yang terpilih dan mulia. Maka jika kita berkesempatan
untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di
tempat-tempat tersebut.

8. Allah S.W.T adalah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula
daripada perintah agar umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50
kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah S.A.W. sebagai
kekasih-Nya berulang kali (sebanyak 9 kali), Allah S.W.T telah
mengurangkannya kepada 5 kali sahaja sehari semalam seperti yang kita
kerjakan sehingga hari ini.

9. Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi merupakan ayat-ayat suci Al-Quran
yang banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan di dalam
kehidupan seharian. Ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh
Allah S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W. semasa mengadap-Nya.

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah
kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab
menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di
sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan
menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang
memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran
seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati
Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan
dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya
daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan
Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau
tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan
memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang
membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah
Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan
kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T.: "Maha Suci Allah yang telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke
Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-
Israa': Ayat 1).
 
rencana 7 israk mikraj

sumber:http://abuamru1208.blogspot.my/2014/05/israk-mikraj-fakta-releven-yang-perlu.html

Setelah sebahagian masa berharga ribuan peminat web ini terbazir begitu sahaja kerana melayan-baca kisah berunsur ‘lawak mega’ segelintir pemain politik di bumi penyu bertelur; maka

marilah kita berikan sedikit masa pula kepada suatu yang lebih faedah iaitu melihat kembali fakta-fakta relevan Israk Mikraj yang bakal menjelma pada 27 Rejab, Mei ini.

Inilah fakta Israk Mikraj dari guru kita[1]:-

Maksudnya: Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang Telah kami berkati sekelilingnya [Maksudnya: Al Masjidil Aqsa dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya] agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui**. [Surah Al-Isra’: 01]

Penentuan masa berlakunya peristiwa bersejarah ini terdapat sedikit khilaf, antara pendapat-pendapat tersebut ialah:

1. At-Thabari menentukan berlakunya di tahun Baginda s.a.w dibangkitkan [diutuskan sebagai rasul].

2. An-Nawawi dan al-Qurtubi mentarjihkan berlaku di tahun kelima kebangkitan Baginda s.a.w.

3. Al-‘Allamah al-Mansurfuri menetapkan pada malam 27 di bulan Rejab tahun kesepuluh kebangkitan Baginda s.a.w.

4. Pendapat lain mengatakan 16 bulan sebelum hijrah iaitu di bulan Ramadhan tahun dua belas kebangkitan Baginda s.a.w.

5. Ada pendapat setahun dua bulan sebelum hijrah iaitu di bulan Muharram tahun ketiga belas kebangkitan Rasulullah s.a.w

6. Satu lagi pendapat menyebut berlakunya setahun sebelum hijrah iaitu di bulan Rabiulawal tahun ketiga belas kebangkitan Baginda s.a.w.

Ketiga-tiga pendapat yang terawal [1-3] ditolak kerana Sayyidah Khadijah r.a telah wafat di dalam bulan Ramadhan tahun kesepuluh kebangkitan Baginda, kewafatan beliau adalah sebelum sembahyang lima waktu difardhukan, dan tiada khilaf bahawa sembahyang itu mememang difardhukan di malam berlakunya Isra’ dan Mi’raj itu.

Manakala tiga pendapat terakhir, Dr Basit sendiri tidak dapat mentarjihkan yang mana satu pun. Namun gaya bahasa surah al-Isra’ itu menunjukkan Isra’ itu berlaku di ketika masa-masa yang terakhir sebelum hijrah.

Peristiwa Isra’ Mi’raj berdasarkan hadis sahih”, ringkasannya:

Ibnu al-Qayim telah menyebut: Rasulullah s.a.w relah diisra’kan jasadnya dari masjid al-Haram ke Baitul Maqdis dengan menunggang buraq, dengan ditemani oleh Jibril a.s, Rasulullah s.a.w turun ke Baitul Maqdis dengan mengimami sembahyang, bersama para nabi-nabi a.ss yang terdahulu, buraq ditambat di halaman masjid al-Aqsa.

1. Langit terdekat-1. Setelah itu Rasulullah s.a.w dimi’rajkan di malam yang sama dari Baitul Maqdis ke langit terdekat, lalu Jibril meminta supaya pintu langit dibuka, setelah dibukanya, di sana Rasulullah s.a.w telah melihat Adam a.s bapa sekalian manusia, Baginda pun s.a.w memberi salam kepadanya, Baginda dialu-alukan dan membalas salam dan Baginda s.a.w diperakukan sesuai dengan kenabiannya. Allah SWT memperlihatkan kepada Baginda roh-roh para syuhada’ di sebelah kanan dan roh-roh yang terseksa di sebelah kirinya.

2. Langit Kedua. Jibril a.s meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibuka mereka memasukinya dan di sana didapati nabi Yahya bin Zakaria dan Isa Ibni Mariam a.s, diberinya salam lalu dijawab salam dan dialu-alukan mereka, disamping memperakui kenabian Muhammad s.a.w.

3. Langit Ketiga. Mereka bertemu dengan Nabi Yusof a.s, setelah salam diberikan dan disambut Baginda s.a.w dialu-alukan dan diperakui kenabiannya.

4. Langit Keempat. Mereka berjumpa dengan Nabi Idris a.s. Rasulullah memberi salam kepadanya dan beliau menjawabnya. Baginda s.a.w dialu-alukan dan diakui kenabiannya.

5. Langit Kelima. Baginda s.a.w bertemu dengan Nabi Harun bin Imran a.s, Baginda s.a.w menjawab salam yang diberi, Baginda s.a.w dialu-alukan dan diakui kenabiannya.

6. Langit Keenam. Baginda s.a.w bertemu dengan Musa bin Imran a.s, Baginda s.a.w memberi salam dan dijawab serta dialu-alukan dan diperakui kenabiannya. Setelah Rasulullah s.a.w ingin bertolak dari tempat Musa a.s, Musa pun menangis, lalu di tanya Musa a.s apakah yang membuatmu menangis? Jawab Musa a.s: aku menangis kerana orang yang diutuskan selepas ku, umatnya memasuki syurga lebih ramai dari umatku

7. Langit Ketujuh, padanya Baginda s.a.w menemui Ibrahim a.s, setelah salam diberi dan dijawab, Baginda s.a.w dialu-alukan dan diakui kenabiannya. Sesudah itu Baginda s.a.w dimi’rajkan ke Sidratul Muntaha dan dibawa ke al-Baitul Makmur.

8. Akhirnya, Baginda s.a.w dimi’rajkan ke hadapan Allah al-Jabbar Jalla Jalaluh, Baginda s.a.w menghampiri-Nya di kedudukan paling dekat, maka difirman dan diwahyukan kepada hamba-Nya Muhammad s.a.w segala sesuatu, difardhukan ke atas Baginda s.a.w solat 50 waktu, dengan itu Baginda s.a.w pun turunlah untuk pulang dan dipertengahan jalan Baginda s.a.w melalui Musa bin Imran a.s yang bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w: dengan apa engkau diperintahkan? Jawab Baginda s.a.w: Daku difardhukan dengan 50 waktu solat. Jawab Musa a.s: Umat kau tidak akan mampu, kembalilah kepada Tuhan SAW, pohon kepadanya pengurangan, demi untuk umatmu, Baginda s.a.w berpaling kepada Jibril a.s bagaikan untuk mendapat pandangan maka Jibril a.s pun memberi persetujuan dengan pendapat Musa a.s itu, dengan itu Jibril a.s membawa semula kehadapan Tuhan Rabbul Jalil, justeru itu Allah SWT pun mengurangkan sehingga tinggal 10 waktu sahaja, maka Baginda s.a.w turun, semasa itu sekali lagi Baginda s.a.w melewati Musa a.s, Baginda s.a.w menceritakan apa yang berlaku, maka kata Musa a.s sekali lagi sebagai menasihati, ayuh pulanglah semula kepada Tuhanmu SWT dan mintalah agar dikurangkan lagi, demikianlah Rasulullah s.a.w berulang–alik di antara Allah Rabbul Jalil dan Musa a.s, dengan itu Allah SWT telah mengurangkan, hingga tinggal menjadi 5 waktu solat sahaja, masih lagi Musa a.s menyuruh Rasulullah s.a.w mengatakan: Sesungguhnya aku terasa malu, malah setakat inilah aku merelai dan menerima perintah-Nya itu, setelah jauh, Baginda s.a.w diseru: Sesungguhnya Aku menguatkuasakan solat fardu dan Kuringankan keatas hamba-hamba-Ku.

Peristiwa Isra’ Mi’raj. Baginda s.a.w menyaksikan berbagai-bagai perkara:

1. Telah dipersembahkan kepada Baginda s.a.w susu dan khamar, namun Baginda s.a.w memilih susu, maka disebutkan kepada Baginda s.a.w: Engkau telah menunjukkan kepada fitrah atau telah menepati fitrah, tapi sekiranya engkau mengambil khamar nescaya sesatlah seluruh umatmu.

2. Baginda telah menemui empat sungai di dalam syurga, dua sungai zahir dan dua sungai batin. Dua sungai zahir adalah sungai Nil dan Furat, ini bermakna agama dan risalah yang dibawanya akan bertapak di lembah-lembah subur Nil dan Furat, penduduknya merupakan pendokong-pendokong agama Islam dari generasi ke generasi yang lain, bukanlah bererti yang airnya mengalir dari syurga.

3. Juga Baginda s.a.w melihat malaikat Malik penjaga neraka, yang tidak pernah senyum malah di mukanya tiada sedikit pun tanda mesra atau lembut, Baginda s.a.w melihat syurga dan neraka.

4. Baginda menyaksikan pemakan-pemakan harta anak yatim secara zalim, mulut-mulut mereka bak mulut-mulut unta, dilontarkan ke dalam rahang mulut mereka ketulan-ketulan api neraka bak harimau meluru keluar dari dasar neraka keluar melalui dubur mereka.

5. Baginda menyaksikan pemakan-pemakan riba dengan perut yang besar, kerananya mereka tidak berupaya bergerak dari tempat-tempat mereka, dan keluarga Firaun lalu di hadapan mereka dan melanyak mereka dengan tapak kaki.

6. Penzina-penzina diletakkan di hadapan mereka daging-daging elok dan segar di samping daging buruk dan busuk, namun mereka memilih dan memakan yang busuk, ditinggalkannya yang segar. Baginda s.a.w menyaksikan sekumpulan wanita yang masuk ke dalam majlis lelaki yang bukan anak-anak mereka, mereka digantung dari (menggunakan) payudara-payudara mereka.

7. Juga Baginda s.a.w melihat sekumpulan unta penduduk Makkah yang sedang dalam perjalanan. Pada masa itu Baginda s.a.w telah menunjukkan mereka unta yang mereka hilang itu, dan Baginda s.a.w telah meminum air dari bekas-bekas mereka yang tertutup kemas sedang mereka nyenyak tidur. Selepas habis diminum, Baginda s.a.w menutup kembali tudungnya, kejadian ini menjadi bukti kebenaran kepada peristiwa Isra’ Mi’raj yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w.

Ibnu al-Qayim berkata: Setelah Rasulullah s.a.w berada di pagi subuh bersama-sama kaumnya dan menceritakan kepada mereka tanda-tanda yang agung (al-Ayat al-Kubra) yang diperlihatkan Allah SWT dan Rasul-Nya, maka semakin ingkar kafir Quraisy dengan risalah Muhammad s.a.w, semakin bengis lagi mereka menyiksa kaum Muslimin. Namun demikian, mahu juga mereka bertanya Rasulullah s.a.w supaya menggambarkan rupa bentuk Baitul Maqdis, maka Allah membuka penglihatan Rasulullah s.a.w sehingga tergambar Baitul Maqdis itu di hadapan matanya, dengan itu Rasulullah s.a.w pun menceritakan segala sesuatu mengenai dengannya hingga mereka tidak mampu untuk menolak atau mendustainya, dan Baginda s.a.w menceritakan juga mengenai kumpulan-kumpulan unta mereka, semasa pemergian dan kepulangan Baginda s.a.w, juga Baginda s.a.w menceritakan unta-unta yang akan tiba dan menyifatkan unta yang akan mendahului kafilahnya, dan benar sebagai yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w namun mereka semakin angkuh dan ingkar, memang sesungguhnya orang yang zalim itu semakin kufurlah mereka.

Adapun Abu Bakar r.a digelar dengan gelaran as-Siddiq kerana pembenaran dan kepercayaan beliau dengan peristiwa Isra’ dan Mi’raj, sedangkan ramai manusia mendustainya. {untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami**. [al-Isra’ : 1]

Ini adalah sunnah dan qanun Rasulullah kepada para anbiya’ Nya, sebagaimana penegasan Allah kepada Ibrahim a.s. “…dan demikian Kami memperlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin” (al-An’aam: 75).

Dan penegasan Allah SWT kepada Musa a.s. “….(Berlakunya yang demikian itu) kerana kami hendak memperlihatkan kepadamu, sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan kami yang besar.” (Thaha: 23)

Penyusunan program Isra’ Mi’raj ini bertujuan untuk memberi keyakinan:

“…dan supaya jadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin”. (al-An’am : 75)

Setelah ilmu dan makrifat para nabi ini berdasarkan penyaksian tanda-tanda agung (al-Ayat al-Kubra) tadi, darinya mereka memperolehi ‘Ain al-Yakin (yakin hakiki) yang tidak dapat dinilai kadarnya, kerana berita pengkhabaran itu tidak boleh disamakan dengan penyaksian dua mata kepala, hasilnya mereka lebih mampu untuk menanggung risiko dakwah yang bakal mereka garap dan tempuhi, seluruh tenaga dunia yang menentang mereka hanya seberat nyamuk sahaja, untuk itu mereka tidak menghiraukan segala pancaroba dan ancaman terhadap mereka.

Teks Khutbah sempena Isra' Mikraj: Membebaskan Baitul Maqdis[2]

Memperingati peristiwa Isra’ Mikraj bererti memperingati perjuangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan satu misi yang mengambil masa selama 23 tahun. Seerah ataupun perjalanan hidup Rasulullah SAW ini merupakan khazanah yang tidak ternilai...

Memperingati peristiwa Isra’ Mikraj bererti memperingati perjuangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan satu misi yang mengambil masa selama 23 tahun. Seerah ataupun perjalanan hidup Rasulullah SAW ini merupakan khazanah yang tidak ternilai kepada umat Islam yang melaksanakan misi yang telah diwariskan kepada umat yang datang kemudian. Ini ditegaskan di dalam khutbah wida' (haji perpisahan) ketika Nabi berpesan 'hendaklah mereka yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir agar yang tidak hadir lebih memahami. Mereka yang tidak hadir itu ialah umat Islam yang datang silih berganti dari satu generasi kepada satu generasi dan mereka semua dituntut untuk memahami tugas yang diamanahkan kepada mereka iaitu menyeru kepada al-khair (Islam), menyuruh kepada ma'ruf dan menghalang dari kemungkaran. Inilah misi besar yang ditaklifkan ke atas umat Islam sepanjang zaman.

Peristiwa Isra’ Mikraj pastinya berkait rapat dengan tanah suci al-Quds di Palestin. Sudah tentu peristiwa besar yang dialami Rasulullah SAW ini sangat relevan di dalam memahami tuntutan perjuangan membebaskan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa yang merupakan tempat singgahnya Nabi dalam perjalanan Isra’ Mikraj yang penuh baroqah. Dalam konteks ini kita dapati banyak persamaan di antara peristiwa yang berlaku pada hari ini dengan apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW sendiri. Rakyat Palestin pada hari ini ditindas dan dizalimi oleh Zionis Israel. Mereka dikenakan sekatan perjalanan, penyingkiran dari tanah-tanah milik mereka, kepungan oleh tembok-tembok pemisah dan terakhir sekatan ekonomi dan penutupan laluan darat, udara dan laut di Gaza.

Semua bentuk kezaliman dan penindasan ini pernah ditimpakan ke atas Rasulullah SAW dan komuniti mukmin oleh orang-orang Quraish. Bahkan seluruh Bani Hasyim dan Bani Abu Talib yang mempunyai hubungan keluarga dengan Rasulullah SAW diboikot samada mereka Muslim atau sebaliknya. Ini bererti sesiapa juga yang menyokong atau melindungi Rasulullah SAW walaupun mereka bukan dari kalangan umat Islam turut menerima akibat dan dipulau sama.

Seluruh penduduk Mekah membuat perjanjian untuk memboikot, memulau, tidak bersilaturrahim, tidak berjual beli, tidak berkahwin dengan mereka. Selama tiga tahun lamanya mereka dipinggirkan di Shiib (lembah) Abi Talib. Keadaan menjadi begitu genting sehingga anak-anak menangis kelaparan pada waktu malam dan mereka terpaksa mengalas perut dengan kulit unta dan kulit-kulit kayu. Rasulullah SAW dikhianati dan dianiaya oleh penduduk Mekah termasuk bapa saudara Nabi sendiri iaitu Abu Lahab.

Apabila kita bandingkan dengan apa yang berlaku pada hari ini maka kita akan dilihat persamaan yang amat ketara. Bukan sahaja rakyat Palestin dikepung dan dipulau oleh masyarakat antarabangsa yang didalangi oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Rusia dan PBB bahkan mereka dikhianati oleh pemimpin-pemimpin Arab. Dalam keadaan rakyat Gaza diserang bertalu-talu oleh Zionis Israel, pemimpin-pemimpin Arab bersekongkol menyokong serangan ini dan menghalang bantuan dari menyeberang masuk ke Gaza.

Semua drama yang pahit ini telah kita saksikan di Gaza. Anak-anak merintih kelaparan pada waktu malam sehingga ibu-ibu mengutip rumput di jalanan untuk direbus dan mengalas perut anak-anak mereka. Ini jugalah yang dialami oleh Rasulullah SAW. Dek kerana tidak tertahan mendengar rintihan anak-anak maka ada di kalangan orang-orang Quraish yang tidak sampai hati dan menyusup pada waktu malam untuk menghantar makanan. Kini rakyat Gaza merintih tetapi bantuan dihalang memasuki Gaza.

Kita perhatikan sikap pemimpin-pemimpin Arab yang serupa dengan sikap pemimpin Quraish termasuk Abu Lahab yang merupakan keluarga Rasulullah SAW sendiri. Kita telah melihat bagaimana Hosni Mubarak, pemerintah Arab Saudi, Raja Jordan bahkan
Presiden Mahmud Abbas (Pihak Berkuasa Palestin) sendiri merestui serangan ke atas Gaza, melantik kontraktor Mesir untuk membekalkan makanan kepada askar Israel dan mengenakan pelbagai syarat tidak menasabah sehingga menghalang bantuan untuk menyeberang ke Gaza.

Namun seerah menunjukkan pemulauan ke atas Rasulullah SAW adalah merupakan siri-siri awal kepada kemenangan yang bakal ditempa oleh umat Islam. Boikot ini berakhir setelah tiga tahun dan diikuti pula dengan pelbagai bentuk penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Rasulullah SAW. Ini termasuklah kematian Abu Talib dan isteri tercinta, Sy Khadijah RA yang merupakan tonggak utama kepada Rasulullah SAW. Ini disusuli dengan peristiwa menyayat hati apabila Rasulullah diusir dari Taif dan dilontar dengan batu. Dalam saat-saat yang amat menekan inilah Rasulullah SAW dikurniakan mukjizat yang amat besar iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj. Dalam peristiwa bersejarah ini Nabi singgah di Masjid Al-Aqsa sebelum meneruskan mikraj ke Sidratul Muntaha.

Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. - Al-Isra’ 1

Perjalanan ini punya makna yang sangat simbolik dalam perjuangan Palestin pada hari ini. Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj bermulalah pertemuan dengan penduduk Yathrib yang membawa kepada perjanjian Aqabah I dan II yang disusuli dengan hijrah dan pemasyuran Yathrib sebagai Kota Madinatul Nabi. Bermula dari saat itu kemenangan demi kemenangan ditempa sehingga cahaya Islam memancar ke seluruh u***** timur dan barat. Kesemua ini menunjukkan kepada kita bahawa kemanangan bakal datang setelah pelbagai ujian dan mehnah dilalui oleh umat Islam di Palestin.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj juga mengingatkan kita kepada gambaran-gambaran akhir zaman yang telahpun dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Beriman dengan Rasul bererti beriman dan meyakini dengan berita-berita ghaib yang disampaikan oleh baginda, samada menyangkut tentang peristiwa masa depan apatah lagi tentang hari Qiamat. Berkaitan tentang peristiwa masa depan yang bersangkutan dengan Palestin, terdapat begitu banyak perkhabaran-perkhabaran yang disampaikan oleh Nabi.

Sepatutnya perkhabaran-perkhabaran ini menguatkan azam dan keyakinan umat Islam tentang jihad yang sedang berlaku di Palestin. Malangnya umat Islam pada hari hilang punca apabila berhadapan dengan isu Palestin. Sebabnya ialah kita tidak lagi menggunakan neraca iman dalam menilai perjuangan Palestin. Sebaliknya kita menggunakan penilaian kebendaan dan seringkali menyalahkan rakyat Palestin tanpa melakukan apa-apa untuk membantu mereka. Walhal apa yang saksikan pada hari ini telahpun digambarkan oleh Rasulullah SAW.

Nahik Ibn Suraym al-Sakuni r.a. menyampaikan dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda, “Kamu akan memerangi golongan kafir sehingga yang tinggal akan berperang di Sungai Jordan, kamu berada di sebelah timur (Jordan pada hari ini) dan mereka berada di sebelah baratnya (Tebing Barat – Palestin yang dijajah Israel).” - Ibnu Hajar al-Asqalani.

Rasulullah SAW bersabda berhubung dengan penduduk tanah suci al-Quds, “Mereka dan isteri-isteri mereka, anak-anak dan hamba sahaya mereka berada dalam ribat (kubu) di jalan Allah.” - Al-Tabarani.

Masjid al-Aqsa pasti akan dibebaskan. Sama ada umat Islam peduli atau tidak tentang keadaan Masjid al-Aqsa yang terkepung pada hari ini. Hakikatnya mereka yang berjihad untuk melindungi dan mempertahankan tanah suci akan dimuliakan oleh Allah dan mereka akan dijanjikan kemenangan. Sedang mereka yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad yang merupakan kewajipan setiap umat Islam ini pastilah akan rugi dengan kerugian yang tak mungkin dapat ditaksir di dunia dan di akhirat. Semoga Allah membuka hati kita dan memilih kita untuk berada di dalam saf umat Islam yang berjihad untuk membebaskan masjid al-Aqsa.

Muawiyah bin Abu Sufyan menyampaikan Rasulullah SAW bersabda, “Akan ada di kalangan umatku yang akan terus berada di atas jalan kebenaran. Tiada sesiapa yang menentang mereka dapat menyakiti mereka sehingga tiba hari kiamat”, Para sahabat bertanya, “Di mana mereka ya Rasulullah?” Rasulullah SAW jawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis.”

Hari ini kita menyaksikan cahaya kemenangan sudah mulai kelihatan. Amat benarlah janji Allah. Kepalsuan tidak dapat dipertahan dan pasti musnah. Hakikat ini sedang kita saksikan pada hari ini. Rejim-rejim Arab yang melindungi Israel ditumbangkan satu demi satu. Masyarakat antarabangsa terutama dari Barat kini berada di barisan hadapan membela rakyat Palestin bahkan bersedia untuk berkorban apa sahaja untuk membantu rakyat Gaza yang terkepung. Semua ini adalah bukti bahawa perjuangan untuk pembebasan Tanah Suci pastinya akan mendapat pembelaan berterusan dari Allah sehingga kejayaan dicapai sepenuhnya.
 
rencana 8 israk mikraj

sumber:http://zabidi-morad.blogspot.my/2014/05/sains-di-sebalik-israk-mikraj.html

SABAN tahun tatkala melangkah masuk Rejab, sejarah penting yang berlaku dalam bulan ini
Dalam peristiwa yang berlaku usai solat Isyak, Baginda SAW berada di Masjidilharam dibawa ke Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin kemudian menaiki buraq terus ke langit ke tujuh, semuanya berlaku dalam tempoh satu malam. Maha Besar ALLAH, Tuhan sekalian alam!


Tahun kesedihan Baginda SAW

Pendakwah, Ustaz Shahrizan Daud menjelaskan, dalam riwayat dan pengkajian kebanyakan ulama sejarah, antara faktor berlakunya peristiwa Israk Mikraj adalah kerana ALLAH berkehendak memujuk kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Ini kerana pada tahun berkenaan juga menjadi tahun kesedihan bagi Rasulullah SAW. Dalam tahun yang dikenali sebagai aamul hazni (tahun kesedihan), Baginda SAW kehilangan dua insan tersayang dan mempunyai peranan sangat penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu pemergian isteri tercinta, Siti Khadijah binti Khuwailid serta bapa saudara yang memeliharanya semenjak kecil lagi iaitu Abu Talib bin Abdul Mutallib.

"Pemergian kedua-dua insan penting ini berlaku dalam keadaan kehidupan Rasulullah SAW dan golongan sahabatnya penuh dengan tekanan, pemboikotan dan banyak menerima ancaman bunuh daripada golongan kafir Quraisy ketika itu.

"Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sahaja sebagai faktor pujukan ALLAH terhadap Rasulullah SAW semata-mata. Sebaliknya, ia juga adalah saat di mana kefarduan ibadat solat lima waktu disuruh ALLAH dan beberapa gambaran simbolik berkaitan azab dan nikmat pada hari akhirat nanti," katanya kepada Rehal.

Menurutnya, malah peristiwa Israk dan Mikraj itu juga adalah satu ujian kepada golongan sahabat yang pernah beriman dan mengikuti Rasulullah SAW.

Dalam riwayat sejarah yang lain ada menyatakan terdapat sebilangan daripada mereka telah murtad dan keluar daripada agama Islam hasil daripada perjalanan Israk dan Mikraj kerana ketidakpercayaan mereka kepada peristiwa luar biasa yang tidak mampu diterima akal.


Keimanan dan logik akal

"Dalam ruangan Halaqah kali ini, saya cuba mengaitkan peristiwa agung ini dengan faktor keimanan dan logik akal menurut perspektif sains melalui perbincangan saya dengan beberapa ahli sains dan astronomi.

antaranya peristiwa pengembaraan dan perjalanan luar biasa Nabi Muhammad SAW untuk menemui ALLAH SWT (Israk dan Mikraj). Terlampau banyak hikmah yang boleh diteladani dalamnya.
"Antaranya penggiat Astronomi Amatur Malaysia dan pengasas www.falakonline.net, Shahrin Ahmad.

"Dapat dilihat perkaitan perjalanan dan kelajuan perjalanan Israk dan Mikraj ini adalah melalui teori kecepatan kelajuan cahaya.

"Dilihat secara umum, teori E=mc² bersumberkan peristiwa Israk dan Mikraj daripada pengkajian pakar fizik iaitu Albert Eistein, beliau mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk melengkapkan Teori Relativiti Khas kepada Teori Relativiti Umum.

"Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh orang bukan Islam. Hampir tiada langsung yang mempercayainya kerana konsep pengiraan: Halaju cahaya = 300,000 km/s. Buktinya sebagai contoh, cahaya tanpa henti untuk sampai ke penghujung alam semesta yang dapat dilihat hari ini melalui teleskop mengambil masa kira-kira 13.1 bilion tahun," katanya yang turut bertugas sebagai tenaga pengajar di Usrah Fitrah dan perunding latihan ini.
Beliau menambah, dengan alasan inilah mereka (orang bukan Islam) beranggapan adalah mustahil untuk Nabi Muhammad SAW mengembara dalam hanya satu malam.

Firman ALLAH yang bermaksud: "Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia." (Surah Al-Isra': 60)


Teguh mempercayainya
Siapalah kita untuk tidak mempercayai peristiwa agung ini. Ia bukan untuk difikirkan dengan menggunakan akal logik semata-mata, malah paling utama, sebagai seorang yang mengaku beriman, sudah pasti kita akan mempercayainya walaupun ia tidak mampu diterima dek akal.

Inilah bukti iman, iaitu antaranya mempercayai perkara yang ghaib dan tidak boleh dilihat dengan mata.

Inilah bukti yang cuba ditunjukkan oleh sahabat Baginda SAW yang sentiasa membenarkan, Saidina Abu Bakar As-Siddiq tatkala kafir Quraisy mengatakan Muhammad ke Masjidil Aqsa dalam tempoh satu malam yang diceritakan kepadanya sebagai satu ejekan dan untuk merendahkan Nabi Muhammad SAW .

Namun apa yang dijawab oleh Abu Bakar As Siddiq, dengan lantang beliau berkata: “Kalaulah Muhammad yang menceritakan perkara ini, jangankan ke Masjidil Aqsa, malah kalau Muhammad ke langit sekalipun, pasti aku akan mempercayainya".


Sains & kesahihannya
Sementara itu, Shahrin menerangkan mengenai perkaitan ringkas teori dan peristiwa ini dari segi istilah sains dan kesahihannya antara jisim dan tenaga.

Menurutnya, Teori Relativiti Khas E=mc² adalah sesuatu jisim yang bergerak dengan halaju cahaya, ia akan berubah bentuk menjadi tenaga manakala tenaga yang terhasil ini jika dikembalikan kepada jisim asal, akan terdapat ralat atau kecacatan pada jisim tersebut dengan erti kata lain, bukan dalam keadaan asalnya.

"Supaya lebih mudah difahami, lihat sebuah bantal berisi kekabu separa padat dan lakukan eksperimen ke atasnya. Kemudian ayunkan selaju mungkin dengan memegang pada satu bahagian dan cuba lihat bagaimana keadaan bahagian yang lain?

Sudah pasti keadaannya akan berubah daripada bentuk asalnya.

"Itulah jika diibaratkan dengan badan manusia. apabila kelajuan disentuh pada permukaan kulit, ia akan berubah mengikut bentuk permukaan yang menyentuhnya," katanya.

Menurutnya, pada fizikal tubuh dan jasad Nabi Muhammad SAW, tidak terdapat sebarang perubahan walau sedikit pun. Jika dilihat dari segi faktor teori sains fizik, langsung tidak tersenarai faktor lengkap yang menyebabkan kegagalan teori tersebut.

Sebabnya adalah sangat mudah. Ini adalah kerana ALLAH memelihara badan Nabi Muhammad SAW daripada segala kecacatan dan kekurangan.

Persoalan logik ini juga barangkali sesuai jika boleh dikaitkan dengan teori kelajuan cahaya iaitu: With The Speed Of Light, A Person Is No Bound To Time And Space (dengan kelajuan cahaya, seseorang itu tidak akan tertakluk atau terhad kepada masa dan tempat).
 
rencana 9 israk mikraj

sumber:http://halaqah.net/v10/index.php?page=701;wap2

Israk Mikraj terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 masa kenabian Muhammad s.a.w. Tahun itu disebut tahun dukacita (am al-khuzn) sebab Nabi s.a.w. ditimpa pelbagai kesedihan. Kematian isteri yang sangat disayangi, Khadijah (wafat 619M) dan bapa saudaranya, Abu Talib (wafat 619M). Kerana kehilangan orang tercinta ini, ditambah lagi sikap permusuhan kaum Quraisy, Muhammad s.a.w berpindah ke Taif (65 km arah tenggara Mekah) bersama Zaid bin Harisah. Namun baginda dimaki, dilempari dengan batu, dan diusir oleh penduduk Taif. Akhirnya, Nabi s.a.w. dan Zaid kembali ke Mekah dengan sedih. Ketika itulah baginda dihibur oleh Allah s.w.t. dengan perjalanan Israk Mikraj.

Israk adalah perjalanan Nabi s.a.w. dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem (al-Quran surah Al-Isra, ayat 1), sedangkan Mikraj adalah perjalanan baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah s.w.t (al-Quran surah Al-Najm ayat 13-18).

Baginda melakukan Isra dan Mikraj secara bersambung dalam satu malam, dengan ditemani Malaikat Jibril. Sewaktu Israk, baginda menaiki burak, yang bererti kilat. Lalu baginda melakukan Mikraj dengan kenderaan yang naik ke langit seperti tangga. Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada mana-mana nabi lain.

Dalam peristiwa Israk Mikraj, Allah s.w.t. memperlihatkan kebesaran-Nya kepada Nabi s.a.w. Sebahagian penduduk Mekah tidak percaya bahawa Nabi menempuh perjalanan sejauh itu dalam waktu singkat.

Dalam Israk, Nabi s.a.w dipertemukan Allah s.w.t dengan semua Nabi sejak Nabi Adam a.s.
kesempatan itu baginda menjadi imam solat di Masjidil Aqsa untuk semua Nabi. Kejadian ini sememangnya adalah pengalaman spiritual kerana Nabi-nabi yang sudah wafat dan orang yang sudah mati tidak akan kembali hidup. Abu Dzar pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Berapakah jumlah Nabi seluruhnya wahai Rasulullah?” Nabi s.a.w. menjawab, 124,000 orang, 315 orang antaranya adalah Rasul.

Kepimpinan Rasulullah s.a.w. terhadap para Nabi dalam solat sunat khusus iaitu menjadi iman bagi mereka serta pengakuan bahawa Rasulullah s.a.w adalah pimpinan mereka adalah suatu perubahan politik yang paling mendasar dan radikal. Ia menggambarkan bahawa pola kepimpinan dari Bani Israil telah beralih kepada Rasulullah s.a.w dan umat Islam. Ia memberikan isyarat bahawa batallah syariat-syariat dan nilai-nilai hidup yang telah usang (kerana perbuatan Bani Israil sendiri) dan digantikan dengan nilai hidup yang baru, adil dan sesuai dengan fitrah manusia.

Selain itu landasan politik ini telah memberi hak kepada negara Islam (yang kelak ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w di Madinah iaitu tahun ketiga belas dari kenabian) untuk mengikis keseluruhan gerakan permusuhan orang Yahudi, Nasrani dan orang yang tidak menyenangi adanya syariat dan nilai-nilai baru ini. Syariat baru itu untuk mengukuhkan hati Rasulullah s.a.w agar lebih bersemangat bagi meneruskan perjuangannya menyebarkan risalah dakwah Islamiah.

Isra Mikraj juga dihubungkan dengan suasana tentangan yang dihadapi oleh Nabi s.a.w pada saat itu dan Allah ingin memperkuatkan hati dan memperkukuh keimanan Nabi s.a.w dalam menghadapi pelbagai tentangan dan ancaman musuh Islam.

Peristiwa ini melambangkan bahawa semua agama yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul adalah agama tauhid yang berkembang hingga akhirnya menuju kepada bentuk sempurna, yakni agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w dan penutup para Nabi dan rasul adalah Muhammad s.a.w yang mewakili puncak agama Allah s.w.t, iaitu Islam.

t3.gstatic
Inti Israk Mikraj adalah perintah solat yang diterima Nabi s.a.w di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah s.w.t memberi perintah supaya mengerjakan solat 50 waktu sehari semalam. Ketika bertemu dengan Nabi Musa a.s. di langit keenam, Muhammad s.a.w menceritakan tugas yang diterimanya dari pada Allah s.w.t. Nabi Musa a.s menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah s.w.t untuk meminta keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Kerana sangat menyayangi umatnya, Nabi s.a.w. menerima perintah itu. Ia pun kembali menghadap untuk meminta keringanan. Permintaan itu berulang sampai 9 kali hingga Allah s.w.t mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Peristiwa Israk Mikraj tidak cukup diterima dengan akal sahaja kerana untuk sampai kepada penghayatan yang betul-betul ia harus menggunakan riyadhah (dalam tasawuf latihan kerohanian dengan melakukan ibadah).

Perjalanan Rasulullah s.a.w. yang berangkat dari bumi yang rendah menuju al-Muntaha adalah cerminan perjalanan hidup kita sebenarnya. Kita meninggalkan bumi yang rendah menuju tempat yang tinggi untuk menghadap Allah s.w.t. Untuk menggambarkan dahsyatnya perjalanan ini, orang sufi bercerita ketika Rasulullah sampai di satu tempat, malaikat Jibril mengatakan, “Saya tidak mahu ikut lagi. Sebab kalau saya ikut, sayap saya akan terbakar. Berangkatlah engkau sendirian.” Lalu Rasulullah s.a.w. berangkat ke satu tempat. Di situ malaikat pun tidak ada, hanya ada Rasulullah s.a.w dan Allah saja.

Rasulullah s.a.w. sampai pada suatu kedudukan di mana malaikat yang muqarrabin pun tidak dapat ke tempat itu. Menurut ahli sufi, itulah puncak perjalanan seorang murid ketika mendekati Allah s.w.t. Sehingga para sufi mengatakan bila mereka dapat seperti Rasulullah s.a.w. naik ke langit menuju Sidratulmuntaha, mereka tidak akan turun lagi ke bumi. Tetapi Rasulullah s.a.w. setelah mencapai maqam yang sangat tinggi, beliau turun lagi ke bumi dan membawa satu amanah yang disampaikan kepada umatnya.

Menurut para sufi lagi, sebelum Rasulullah s.a.w. sampai ke tempat itu, baginda menyaksikan kebesaran Allah s.w.t yang meliputi langit dan bumi. Dalam keadaan bergetar, Rasulullah hanya sanggup mengucapkan penghormatan kepada Allah s.w.t dengan mengatakan, Attahiyyatul mubarakatush Shalawatuth thayyibatul lillah. (Segala penghormatan, kemuliaan, dan keagungan kepunyaan Allah saja). Allah s.w.t. menjawab dengan mengatakan, Assalamu alaika ayyuhan nabi warahmatullahi wabarakatuh.

Dapat anda bayangkan, betapa bahagianya Rasulullah mendapat salam daripada Allah s.w.t. Tetapi kerana salam itu bukan hanya untuk dirinya saja, baginda ingin menyebarkan kesejahteraan itu kepada semua hamba-hamba Allah yang soleh. Ketika menyaksikan dialog yang mengagungkan antara seorang hamba dengan Tuhannya itu, para malaikat pemikul arasy serentak mengucapkan bacaan, “Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah.”
 
rencana 10 israk mikraj

sumber:http://mindataqwa.blogspot.my/2008/11/pengembaraan-masa-time-travel.html


Pengembaraan masa - (Time Travel)

Apakah manusia boleh melakukan pengembaraan masa? Dalam siri fiksyen sains, kita telah banyak didedahkan dengan cerita bagaiama manusia boleh melakukan pengembaraan masa seperti cerita BACK TO THE FUTURE.



Semua peristiwa sama ada pada masa lalu, sekarang dan pada masa akan datang sebenarnya telah berlaku secara serentak! (DI SISI ALLAH) .Semuanya dalam QADA DAN QADAR ALLAH. AL-Quraan adalah mukjizat yang jelas telah menerangkan kejadian sebelum, sekarang dan pada masa akan datang.Semuanya lengkap tanpa tertinggal sedikitpun walau sebesar debu(atom)
Peristiwa masa lalu :

1) Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: "Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selain-Nya." Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat)
2) Demikianlah kami kisahkan kepadamu (Muhammad) sebagian kisah umat yang telah lalu, dan sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu dari sisi Kami suatu peringatan (Al Quran).
(THAHAA:99)
3)Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa." Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati." (ALFUSILAAT:11)

Peristiwa masa hadapan :

1) ( yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar (ALHADID:12)

2) Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: " Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah dirizkikan Allah kepadamu." Mereka (penghuni surga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir, (AL_A'ARAAF:50)

3) Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. (ANNAML:82)

4) Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan dapat melihat bumi itu datar dan Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak kami tinggalkan seorangpun dari mereka. (ALKAHFI :47)



Dengan menggunakan kenderaan yang amat laju, pengembaraan dilakukan samada pada masa lalu atau pada masa hadapan.

Dengan menggunakan mesin yang kelajuanya merentasi hadlaju cahaya , manusia dapat berada pada masa yang dikehendaki.

Mari kita nilai dari peristiwa yang luarbiasa iaitu peristiwa ISrak dan MIkraj. Dengan menggunakan kenderaan yang dinamakna BURAQ (bermaksud kilat cahaya)'

Dengan menaki kenderaan buraq yang mempunyai kelajuan yang amat luarbiasa, maka Rasullulah telah menjalani satu pengembaraan masa yang hebat.

Baginda junjugan telah dibawa pada satu " masa hadapan" di alam lain yang menyaksikan peristiwa benar apa yang berlaku pada manusia pada masa akan datang. Ini bukanlah satu gambaran tetapi keadaan sebenar yang mana manusia menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan yang mereka lakukan.

Dengan kelajuan cahaya, kita dapat melakukan pengembaraan masa.. Sebab itulah bagi mereka yang benar-benar mendapat cahaya dari Allah akan memastikan insan-insan yang berada di dalam syurga itu adalah mereka dan mereka sentiasa bertaqwa kepada Allah dan berusaha menjauhi larangan Allah. Hati-hati mereka (dibawa oleh cahaya Allah yang disebut hidayah) dan mereka sentiasa mencari keredhaan Allah.

Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. ( ALBAYINAH : 8)


ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.
Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.
Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.

Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.
“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)

Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?
Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam pertama sekali kena percaya Allah itu Maha Berkuasa.

“Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT,” .
Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.
Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”

Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.

Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.
Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.

Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai kejadian benar ,aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:Baginda melihat orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah.

Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya.

Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya.

Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.


Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.Baginda melihat wanita berkepala seperti **** dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.


Mohd Rani berkata, memang kejadian Israk dan Mikraj itu aneh tetapi semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka.
Bagi yang mengerti, katanya, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra' menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

“Dia yang menjalankan dengan kehendak-Nya, maksudnya Allah yang menjalankan dengan kehendak Allah.
“Malah, semua makhluk berjalan dengan kehendak Allah. Misalnya, hujan turun dengan kehendak Allah, perjalanan matahari mengikut peredaran yang tertib juga dengan kehendak Allah.

“Perkara ini harus difikirkan secara terbuka, iaitu dengan tujuan mahu mencari kebenaran, bukannya menutup kebenaran. Semua kena yakin Allah Maha Berkuasa. Jika awal-awal lagi tidak mahu percaya memang susahlah,” .
Dalam hal ini beliau mengadakan satu perumpamaan, jika Allah mahu seekor semut berjalan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam tempoh 10 jam, memanglah kelihatan pelik dan sukar diterima.

“Tetapi dari segi akal sebenarnya boleh diterima, sebab mungkin ia menaiki kapal terbang atau memasuki saku baju penumpang.
“Sebab itu ada ayat dalam al-Quran yang bermaksud Maha Suci Allah iaitu merujuk kepada kekuasaan Allah.

“Supaya Allah perlihatkan tanda-tanda kebesaranNya, benda-benda zaman dulu tidak boleh lihat, tetapi Nabi boleh lihat, termasuk dengan roh Nabi.
“Batu di Masjidil Aqsa juga terangkat kerana hendak mengikut bersama Rasulullah s.a.w ke langit disebabkan sayang dan tidak hendak berpisah dengan Nabi. Itu adalah tanda kebenaran yang sangat jelas.

“Sesiapa saja boleh ke Baitul Maqdis melihat batu terbabit yang masih boleh dilihat dengan jelas hari ini,”.
 
rencan 11 israk mikraj

sumber:http://eforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=653609

Difirmankan dalam surah Isra ayat 1 bahawa Muhammad saw telah melalui pengembaraan agung pada waktu malam dari masjid al haram ke masjid al aqsa untuk Tuhan menunjukkan sebahagian tanda tanda kekuasaanNya.

Dalam beberapa riwayat kenderaan yang di naiki Muhammad saw adalah diterbangkan oleh al Buraq sambil ditemani oleh Malaikat Jibril as. al Buraq ini juga adalah sebangsa sama dengan malaikat yang berada dalam tingkatan tertentu. Maksud Buraq adalah cahaya yang amat laju.

Memandangkan para malaikat diciptakan dari cahaya, maka malaikat mampu memanipulasi cahaya sehingga dapat bergerak dengan kelajuan yang sangat luarbiasa.

Setelah Muhammad saw isra ke masjid al Aqsa, baginda telah bermikraj ke langit dunia dalam jarak perjalanan yang sangat jauh dibawa oleh al Buraq pada kelajuan yang sangat mengerikan!

Cahaya bergerak selaju 300,000 km/saat. Kelajuan al Buraq adalah 1,000 kali ganda dari kelajuan cahaya sesaat maka:

300,000 km/saat X 1,000= 300,000,000 km/saat kelajuan al-Buraq sesaat

Untuk kira kelajuan dalam km/h maka:

300,000,000 X 3,600 saat= 1.08e+12km/h!

Oleh demikian al Buraq menjadi satu lagenda yang benar sebagai makhluk yang gagah dan bergerak dengan laju.
 
rencana 12 israk mikraj

sumber:http://www.hiburan.my/teori-fizik-hawking-mengungkap-perjalanan-isra-rasulullah-saw/

Salah satu mukjizat Nabi Muhammad SAW adalah diperjalankan baginda oleh Allah SWT melalui peristiwa Isra’ Mi’raj. Banyak yang cuba mengungkapkan peristiwa tersebut secara ilmiah, salah satunya melalui Teori Fizik paling mutahir, yang dikemukakan oleh Dr. Stephen Hawking.

stephen hawking

Teori Lubang Cacing

teori stephen hawking.hiburan.my

Tokoh besar di dunia ilmu fizik yang pertama adalah Isaac Newton (1642-1727) dengan bukunya : Philosophia Naturalis Principia Mathematica, menerangkan tentang konsep Daya dalam Hukum Graviti dan Hukum Pergerakan.

Kemudian dilanjutkan oleh Albert Einstein (1879-1955) dengan Teori Relativitinya yang terbahagi atas Relativiti Khas (1905) dan Relativiti Umum (1907).

Dan yang terakhir adalah Stephen William Hawking, CH, CBE, FRS (lahir di Oxford, United Kingdom, 8 Januari 1942), beliau dikenali sebagai ahli fizik yang teoritis.

Dr. Stephen Hawking dikenali atas sumbangannya di bidang fizik kuantum, terutama sekali kerana teori-teorinya mengenai teori kosmologi, gravitasi kuantum, lubang hitam, dan tulisan-tulisan terkenalnya di mana dia membicarakan teori-teori dan kosmologinya secara umum.

Tulisan-tulisan tersebut termasuk novel ilmiah ringan A Brief History of Time, yang tercantum dalam senarai bestseller di Sunday Times London selama 237 minggu berturut-turut, suatu tempoh terpanjang dalam sejarah.

Berdasarkan teori Roger Penrose :

“Bintang yang telah kehabisan bahan bakarnya akan runtuh akibat gravitinya sendiri dan menjadi sebuah titik kecil dengan rapatan dan kelengkungan ruang waktu yang tak terhingga, sehingga menjadi sebuah singulariti di pusat lubang hitam (black hole).“

Dengan cara membalik prosesnya, maka diperoleh teori berikut :

Lebih dari 15 billion tahun yang lalu, penciptaan alam semesta dimulai dari sebuah singulariti dengan rapatan dan kelengkungan ruang waktu yang tak terhingga, meledak dan mengembang. Peristiwa ini disebut sebagai Letupan Besar (Big Bang), dan sehingga sekarang alam semesta ini masih terus berkembang hingga mencapai radius maksimum sebelum akhirnya mengalami Keruntuhan Besar (kiamat) menuju singulariti yang kacau dan tak teratur.

Dalam kondisi singulariti awal alam semesta, Teori Relativiti, kerana rapatan dan kelengkungan ruang waktu yang tak terhingga akan menghasilkan pembesaran yang tidak dapat diramalkan.

Menurut Hawking apabila kita tidak dapat menggunakan teori relativiti pada awal penciptaan alam semesta, padahal tahap-tahap pengembangan alam semesta dimulai dari situ, maka teori relativiti itu juga tidak digunapakai pada semua tahapnya.
Ilustrasi Lubang Cacing

Di sini kita harus menggunakan istilah mekanik kuantum. Penggunaan mekanik kuantum pada alam semesta akan menghasilkan alam semesta “tanpa pangkal hujung” kerana terdapatnya waktu maya dan ruang kuantum.

Pada kondisi waktu nyata (waktu manusia) waktu hanya boleh berjalan kehadapan dengan kelajuan tetap, menuju nanti, esok, seminggu, sebulan, setahun lagi dan seterusnya, tidak boleh melompat ke masa lalu atau masa depan.

Menurut Hawking, pada kondisi waktu maya (waktu Tuhan) melalui “lubang cacing” kita boleh pergi ke waktu manapun dalam riwayat bumi, boleh pergi ke masa lalu dan ke masa depan.

Hal ini bermakna, masa depan dan kiamat (dalam waktu maya) menurut Hawking “telah ada dan sudah selesai” sejak diciptakan alam semesta. Selain itu melalui “lubang cacing” kita boleh pergi ke mana-mana destinasi di seluruh alam semesta dengan sekelip mata.

Jadi dalam pandangan Hawking, takdir itu tidak boleh diubah, sudah wujud sejak diciptakannya.

Dalam bahasa ilmu kalam :

“Tinta takdir yang jumlahnya lebih banyak daripada seluruh air yang ada di tujuh samudera di bumi telah habis dituliskan di Lauhul Mahfudz pada awal penciptaan, tidak tersisa lagi (tinta) untuk menuliskan perubahannya walau setitis.”

Menurut Dr. H.M. Nasim Fauzi, sesuai dengan teori Stephen Hawking, manusia dengan waktu nyatanya tidak boleh menjangkau masa depan (dan masa silam).

Tetapi bila manusia dengan kekuasaan Allah, boleh memasuki waktu maya (waktu Allah) maka manusia melalui “lubang cacing” boleh pergi ke masa depan iaitu masa kiamat dan sesudahnya, boleh melihat masa kebangkitan, neraka dan shiroth serta boleh melihat syurga kemudian kembali ke masa kini, seperti yang terjadi pada Nabi Muhammad SAW, sewaktu menjalani Isra’ dan Mi’raj.

Sebagaimana firman Allah :

Dan Sesungguhnya Muhammad Telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (yaitu) di Sidrotil Muntaha. Berdekatannya ada syurga tempat tinggal . . .
(QS. An Najm / 53:13-15)

Nampaknya dalam mengungkap Perjalanan Isra, Teori Hawking dengan “Lubang Cacing”-nya, sama logiknya dengan Teori Menerobos Garis Tengah Alam Semesta namun meskipun begitu, teori Hawking, tidak semuanya boleh kita terima dengan mentah-mentah.

Seandainya benar, Rasulullah diperjalankan Allah melalui “lubang cacing” semesta, seperti yang diutarakan oleh Dr. H.M. Nasim Fauzi, harus diingat bahawa perjalanan tersebut adalah perjalanan lintas alam, iaitu menuju ke tempat yang kelak dipersiapkan bagi umat manusia, di masa mendatang (syurga).

israk mikraj.hiburan.my
Dari sinilah Rasulullah SAW diperjalankan oleh Allah SWT ke langit.

Rasulullah pada masa dan ketika itu (saat pergi), berangkat menuju syurga, dan pada akhirnya kembali ke masa ketika itu (saat pulang).

Dan dengan mengambil teladan peristiwa Isra, kita bisa ambil kesimpulan :

Manusia dengan kekuasaan Allah, dapat melakukan perjalanan lintas alam, untuk kemudian kembali kepada waktu normal.
Manusia yang melakukan perjalanan ke masa depan, namun masih pada ruang dimensi alam yang sama, tidak akan kembali kepada masa silam (mungkin sebagaimana terjadi pada Para Pemuda Kahfi).
Manusia sekarang, ada kemungkinan dikunjungi makhluk masa silam, tetapi mustahil boleh dikunjungi oleh makhluk masa depan. Hal ini semakin mempertegas, semua kejadian di masa depan, hanya dipengaruhi oleh kejadian di masa sebelumnya.

WaLLahu a’lamu bisshawab…
 
30 bandar, perkampungan sertai perdamaian di Syria

DAMSYIK - SYRIA . Kira-kira 30 bandar dan perkampungan di wilayah Hama di Syria menyertai proses perdamaian kebangsaan di pusat penyelarasan dibuka oleh Rusia pada minggu lalu.

Kelmarin, ketua pusat itu, German Rudenko berkata, wakil masyarakat tempatan telah menandatangani perjanjian melarang sebarang penggunaan senjata terhadap tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dan mengembalikan kuasa kepada kerajaan.

"Secara keseluruhan, permohonan untuk menyertai proses dan rundingan damai itu telah ditandatangani kira-kira 30 komuniti," katanya.

Menurutnya lagi, seramai 1,000 militan juga berikrar untuk meletak senjata dan menyertai proses damai dalam pertemuan di Daraa pada Isnin ini.

Di bawah proses itu, kumpulan militan boleh kembali menjalani kehidupan normal jika mereka bersetuju meletak senjata.

Ketika ini, gencatan senjata masih berkuatkuasa di Syria walaupun kumpulan pemerhati hak asasi manusia mendakwa ada beberapa pihak bertindak mencabuli perjanjian tersebut. - Press TV

image1_zpscrirobh4.jpg
 
Bantah ambil alih akhbar Zaman

ANKARA - TURKI. Pihak berkuasa Turki terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang berhimpun di luar ibu pejabat akhbar arus perdana pembangkang, Zaman di Istanbul, kelmarin.

Insiden itu tercetus selepas mahkamah mengarahkan pengurusan akhbar dan lembaga editorial diambil alih oleh lembaga pemegang amanah yang dilantik oleh hakim.

Difahamkan, pengambilalihan akhbar yang bergabung dengan gerakan Fethullah Gulen itu dibuat selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan dan parti pemerintah, Keadilan dan Pembangunan (AK) memperhebatkan tekanan ke atas media di negara tersebut.

Susulan itu, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Kirby turut mendesak pihak berkuasa Turki supaya menghormati kebebasan akhbar di negara itu, lapor Press TV.

image2_zps92ealomj.jpg
 
Bandar baharu' untuk pelarian

ISTANBUL - TURKI. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mencadangkan pembinaan sebuah bandar baharu di Syria untuk menjadi tempat perlindungan jutaan pelarian yang melarikan diri dari zon konflik.

Kelmarin, Erdogan memaklumkan beliau telah berbincang mengenai pelan itu bersama rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk membina bandar berkeluasan 4,500 kilometer persegi di utara Damsyik dekat sempadan negara tersebut.

"Ankara dan Washington telah menetapkan koordinat, namun perkara itu masih belum diputuskan," katanya seperti dilaporkan akhbar, Anadolu.

Dalam satu kenyataan lain, Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mendakwa Turki bukan sebuah negara selamat untuk pemohon suaka selepas Kesatuan Eropah (EU) meningkatkan tekanan ke atas negara itu supaya menerima pelarian yang dihantar pulang dari Greece.

Jurucakapnya mendedahkan laporan diperoleh daripada beberapa pihak termasuk Amnesty International menunjukkan Ankara tidak menyediakan perlindungan yang berkesan untuk kumpulan pelarian dari Syria, Afghanistan dan Iraq, lapor Agensi.

image3_zps1bsb8nzc.jpg
 
Back
Top
Log in Register