BTC USD 83,606.9 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Disatukan Facebook selepas 22 tahun

Kaherah: Seorang lelaki yang hilang sejak 22 tahun lalu menemui semula keluarganya selepas menyiarkan rayuan dalam televisyen dan laman Facebook, lapor akhbar tempatan semalam.

Penonton televisyen dan pengguna Facebook yang melihat mesejnya itu menghubungi keluarganya yang menetap di pusat bandar Asyut, di mana Mohammed Abdullah Rahouma dilaporkan hilang ketika berumur tiga tahun.

Ketika itu, Mohammed pulang dari kedai di bandar berkenaan, tetapi sesat dan terus hilang dalam kejadian pada 1994 itu, kata mereka.

Dia dijumpai dan dibesarkan seorang janda, yang kemudian menyerahkannya kepada rumah anak yatim dan di situ, dia mula mencari keluarganya.

Menurut laporan, ujian DNA menunjukkan Mohammed anak kepada sebuah keluarga di Asyut dan mempunyai lima adik beradik perempuan.

“Dia bertemu dengan keluarganya dan mereka bersatu sekali lagi,” kata sumber polis. - Agens

03hmlost1_cropped.transformed_zpsmagfulib.jpg
 
Dua wanita dipercayai militan ditembak mati

ISTANBUL - TURKI. Dua wanita yang menyerang polis dengan tembakan dan bom tangan sebelum bersembunyi di sebuah bangunan di bandar ini ditembak mati, kata gabenor Turki.‎

Parti Barisan Revolusi Pembebasan Rakyat (DHKP-C) mengaku mendalangi serangan tersebut.

Kedua-dua wanita maut dalam pertempuran dengan polis selepas bersembunyi di dalam bangunan di daerah Bayrampasa, kata pegawai.

Dua anggota polis turut cedera dalam serangan itu.

Kedua wanita sebelum itu melepaskan tembakan ke sebuah balai polis rusuhan di Bayrampasa, lapor akhbar Hurriyet.

Turki berkata kumpulan itu telah membunuh berpuluh-puluh pegawai polis dan tentera bersama-sama dengan berpuluh-puluh orang awam sejak ia ditubuhkan pada tahun 1978 dengan tujuan untuk menggantikan kerajaan Turki dengan yang Marxsis.

image1_zpscrwdeshg.jpg
 
16 maut dalam serangan di Aden

ADEN: Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk empat jururawat India terbunuh apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah rumah jagaan orang tua di di sini, menurut pihak berkuasa keselamatan Yaman. Pegawai keselamatan berkata, empat lelaki bersenjata menyerbu kemudahan yang menempatkan puluhan orang tua di daerah Sheikh Othman itu dan membunuh seorang pengawal sebelum mengikat dan menembak petugas di situ. Saksi berkata, jeritan penghuni warga tua kedengaran dari rumah jagaan itu ketika insiden itu. Mereka melihat mayat pekerja dengan tangan diikat di belakang bergelimpangan di atas lantai.

Pihak berkuasa berkata, jururawat yang maut adalah biarawati warga India, manakala mangsa lain terbunuh adalah rakyat tempatan yang bekerja di rumah itu. Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan hari ini, yang pertama seumpamanya di Yaman, di mana kerajaan diiktiraf antarabangsa bergelut menentang pemberontak disokong Iran dan kumpulan militan lain. - AFP

aden4mac.transformed_zpshydno16p.jpg
 
Al-Quran ditumbuhi pokok bunga anggerik

Simeulue (Indonesia): Pasangan suami isteri di sini terkejut selepas senaskah kitab al-Quran milik mereka ditumbuhi pokok bunga anggerik.

Pokok bunga anggerik setinggi 10 sentimeter itu tumbuh di ayat lapan hingga 12 surah At Tahrim pada halaman 406 di kitab suci berkenaan.

Tumbuhan itu didapati tumbuh pada kitab al-Quran milik suami isteri, Adirmansyah, 34, dan Samsidar, 25, yang menetap di Desa Lasengaluh.

Samsidar berkata, kitab itu ditemui secara tidak sengaja olehnya di parit berhampiran rumahnya kira-kira tiga bulan lalu.

Katanya, al-Quran itu ditemui dalam satu plastik hitam yang terapung di parit berkenaan.

“Saya terkejut apabila mendapati plastik itu mengandungi senaskah al-Quran dan kitab Iqra yang basah sebelum membawa ia pulang ke rumah.

“Sampai di rumah saya mencuci kitab berkenaan sebelum dijemur dan disimpan di satu rak khas,” katanya.

Menurutnya, dia berhasrat mahu memberikan kitab berkenaan kepada dua orang anaknya untuk mereka belajar mengaji nanti.

“Baru-baru ini apabila saya membuka semula kitab al-Quran berkenaan saya terkejut apabila menemui ada pokok tumbuh di dalamnya.

“Pokok bunga anggerik ini mempunyai 11 daun dan lima tunas serta dipercayai berusia lebih 20 hari,” katanya.

Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana pokok bunga berkenaan boleh tumbuh di kitab al-Quran itu. - Agensi
-
04hmanggerik.jpg.transformed_zpsqrzdqyzr.jpg
 
israk mikraj

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ


[1]
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

quran 17:1


وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ
1

مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَىٰ
2

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ
3

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ
4

عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ
5

ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَىٰ
6

وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَىٰ
7

ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ
8

فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ
9

فَأَوْحَىٰ إِلَىٰ عَبْدِهِ مَا أَوْحَىٰ
10

مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ
11

أَفَتُمَارُونَهُ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ
12

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ
13

عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَىٰ
14

عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ
15

إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ

16

مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ
17

لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ
18





[1]Demi bintang semasa ia menjunam, –


[2]Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).


[3]Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.


[4]Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.


[5]wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, –


[6]Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, –


[7]Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);


[8]Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,


[9]Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;


[10]Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.


[11]Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.


[12]Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?


[13]Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,


[14]Di sisi “Sidratul-Muntaha”;


[15]Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.


[16](Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.


[17]Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.


[18]Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

quran 53:1-18
 
rencana 1 israk mikraj

sumber:https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/05/27/27-rejab-peristiwa-israk-mikraj-nabi-muhammad-ﷺ/


Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ﷺ bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:



Israk yakni perjalanan Nabi Muhammad ﷺ menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi Muhammadﷺ ini telah diabadikan oleh Allah سبحانه وتعالى di dalam Al-Quran:

Firman Allah سبحانه وتعالى:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

.

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah ﷺ hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda ﷺ sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi Muhammadﷺ bukannya roh sahaja.

Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah سبحانه وتعالى menegaskan “asra bi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad ﷺ yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja.

Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi “asra bi rohi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi Muhammadﷺ dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah Rasulullah ﷺ menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan Baginda ﷺ. Fitnah terhadap Baginda ﷺ bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan Baginda ﷺ, maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad ﷺ lalu beliau dengan tegas menyatakan :

“Benar! Aku mengakui bahawa engkau merupakan Rasulullah ﷺ. Jika baginda ﷺ mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya.”

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Nabi Muhammad ﷺ berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

.

.
A. Sebelum Israk dan Mikraj

.

Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammadﷺ mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ﷺ dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah ﷺ. Setelah itu, dada Baginda ﷺ dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.

Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk ditunggangi oleh Rasulullah ﷺ dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

.

.
B. Semasa Israk

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

.

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad ﷺdiiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah ﷺ telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.

Di antara tempat² berkenaan adalah:

Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ﷺ akan melakukan hijrah.
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى;
Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);

.

.
Peristiwa Ajaib

.

Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ﷺ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.

Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

.

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ﷺ dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
Tempat yang berbau harum. Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah سبحانه وتعالى (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ﷺ: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ﷺ tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ﷺ memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti. Rasulullah ﷺtidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.”
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ﷺ untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ﷺ turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Nabi Muhammad ﷺ terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ﷺ memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda ﷺ membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”

.

.
C. Semasa Mikraj

(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah سبحانه وتعالى):

.

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h ﷺ dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

.

Di Tangga Pertama:

Nabi Muhammad ﷺ dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

.

Di Tangga Kedua:

Nabi Muhammad ﷺ. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

.

Di Tangga Ketiga:

Naik langit ketiga. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

.

Di Tangga Keempat:

Naik tangga langit keempat. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Idris A.S.

.

Di Tangga Kelima:

Naik tangga langit kelima. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

.

Di Tangga Keenam:

Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ﷺ bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ﷺ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

.

Di Tangga Ketujuh:

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ﷺ.

Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah سبحانه وتعالى pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:

“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.”

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”

Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).

.

Di Tangga Kelapan:

Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda ﷺ dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

.

Di Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺmasuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

.

10. Di Tangga Kesepuluh:

Rasulullah ﷺ sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah سبحانه وتعالى dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah سبحانه وتعالى dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah سبحانه وتعالى: “Ya Muhammad!”

Nabi Muhammad ﷺ: “Labbaika.”

Allah سبحانه وتعالى: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.”

Nabi Muhammad ﷺ : “Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”

Allah سبحانه وتعالى: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”

.

.
D. Selesai Munajat

.

Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ﷺ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ﷺ merayu kepada Allah سبحانه وتعالى agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah سبحانه وتعالى perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

.

.
E. Selepas Mikraj

.

Nabi Muhammad ﷺ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

.

.
Penutup

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang² kafir di zaman Nabi ﷺ langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi Muhammad ﷺ sebaik Baginda bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ﷺ.

.

Firman Allah سبحانه وتعالى:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
 
rencana 2 israk mikraj

sumber:http://raudhahjiwa.blogspot.my/2013/10/isra-mikraj-perjalanan-di-luar-dimensi.html

Allah SWT berfirman yang bermaksud:-

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (surah al-Isra’ 17:1)


Antara Keimanan Dan Keraguan

Setelah Rasulullah SAW melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj, pada pagi tersebut Baginda SAW menceritakan perkara yang dilaluinya kepada Ummu Hani. Keesokannya Ummu Hani menceritakan peristiwa tersebut pada pertemuan Quraisy. Apabila mendengar cerita Ummu Hani, mereka bertambah tidak percaya dan semakin menyakiti Baginda SAW. Berita dan peristiwa ini juga dianggap mustahil oleh para pembesar Quraisy dan mula tersebar melalui mulut ke mulut.

Saidina Abu Bakar RA telah membenarkan berita yang disampaikan oleh Baginda SAW itu tatkala orang lain tidak mempercayainya. Maka sebab itulah beliau digelar dengan gelaran “as-Siddiq”.

Hakikat Kebenaran Rasulullah SAW

Walaupun peristiwa tersebut dianggap satu mimpi dan fantasi oleh kaum Quraisy, Baginda SAW telah membuktikan dakwaannya itu adalah benar:-

Tatkala Baginda SAW diminta oleh kaumnya untuk menerangkan bentuk Baitulmuqaddis, Baginda SAW dapat menerangkannya dengan tepat dan terperinci sehingga mereka tidak dapat menyangkal kebenaran yang diceritakan oleh Rasulullah SAW.

Baginda SAW juga menceritakan kepada mereka berkenaan rombongan dagang yang ditemuinya semasa Baginda SAW pergi dan balik. Baginda SAW malah memberitahu masa rombongan tersebut sampai.


Kebenaran yang diceritakan oleh Baginda SAW itu bagaimanapun tidak membawa apa-apa erti kepada kaum Quraisy yang masih menidakkan kebenaran yang dibawa oleh Baginda SAW. Mereka inilah golongan yang jahil dan kufur terhadap kebenaran Islam dan Rasul-Nya.

Realiti vs Fantasi

Isra’ Mikraj merupakan satu perjalanan istimewa yang telah diaturkan oleh Allah SWT untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW. Oleh sebab itu, perjalanannya tidak sama dengan perjalanan menaiki kapal terbang dari Makkah ke Palestin kerana ia merupakan satu perjalanan di luar dimensi.ruang dan waktu.

Dalam peristiwa ini, Baginda SAW telah dibawa dalam satu perjalanan keluar dari ruang dan waktu dan bukannya perjalanan biasa. Bagaimanakah caranya Rasulullah SAW keluar dari ruang dan waktu? Bagaimanakah peristiwa ini dapat difahami dengan jelas?

Kehidupan normal manusia dibatasi oleh dimensi ruang dan waktu. Oleh sebab itu, setiap kali ita bercerita mengenai perjalanan ke luar negara, kita selalu akan memikirkan soal jarak dan waktu. Apabila ada seseorang memberitahu kita bahawa dia telah pergi ke London dari Malaysia dengan hanya mengambil masa satu jam, kita akan mula meragui kenyataannya kerana perjalanan yang biasa kita lalui terbatas dengan jarak dan tempoh masa tertentu.

Situasi yang kita fahami adalah berbeza dengan kisah Isra’ dan Mikraj apabila Rasulullah SAW bersama-sama malaikat Jibril AS dengan menunggang buraq keluar dari dimensi ruang dan sampai ke Masjid al-Aqsa pada masa yang singkat. Rasulullah SAW tidak bermimpi kerana Baginda SAW dapat menjelaskan dengan terperinci Masjid al-Aqsa dan kafilah yang sedang dalam perjalanan. Baginda SAW dapat melihat rombongan dagang kafilah Makkah itu semasa pergi dan balik, malah dapat memberitahu mengenai seekor unta mereka yang tersesat. Baginda SAW kemudiannya minum air dari bekas mereka yang tertutup, ketika mereka sedang tidur. Perkara ini menjadi bukti bahawa Rasulullah SAW benar-benar melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj di alam nyata, bukannya mimpi.

Keluar Dari Dimensi Waktu

Rasulullah SAW juga keluar daripada dimensi waktu sehingga dapat menembusi masa, tatkala pabila bertemu dengan beberapa orang Nabi ketika berada di langit pertama hingga ke tujuh.

Langit Pertama : Nabi Adam AS
Langit Kedua : Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS
Langit Ketiga : Nabi Yusuf AS
Langit Keempat : Nabi Idris AS
Langit Kelima : Nabi Harun AS
Langit Keenam : Nabi Musa AS
Langit Ketujuh : Nabi Ibrahim AS


Selain itu Baginda SAW juga ditunjukkan syurga dan neraka yang merupakan satu alam ghaib yang telah wujud pada masa kini sehinggalah tiba hari kiamat nanti.


Perjalanan Di Luar Dimensi

Bayangkan suatu dimensi alam yang mempunyai bentuk ‘U’ (rujuk gambar). Apabila seseorang berada di alam ‘U’ ini, untuk berjalan dari satu hujung ke hujung yang lain perlu menempuh perjalanan yang jauh. Namun, apabila seseorang dapat merentas atau keluar daripada dimensi tersebut, maka dia dapat sampai ke destinasi dengan lebih pantas kerana tidak perlu mengelilingi lengkungan ‘U’.


Alam Malaikat dan Jin

Alam malaikat dan jin berbeza daripada alam manusia kerana dimensi alam mereka lebih tinggi. Oleh sebab itulah mereka dapat melihat manusia sedangkan manusia tidak dapat melihat mereka, kecuali dengan izin Allah SWT. Malaikat dan jin juga boleh berada di pelbagai tempat dalam masa yang singkat kerana mereka tidak dibatasi ruang dan masa seperti alam manusia.

Ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj, Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril AS dijemput memasuki dimensi malaikat sehingga Baginda SAW dapat melihat malaikat Jibril AS dalam bentuknya yang asal. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:-

“Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang sebenar) pada waktu yang lain. (Iaitu) di Sidratul Muntaha.” (surah al-Najm 53:13-14)

Oleh sebab itu Baginda SAW sudah memasuki dimensi yang lebih tinggi, maka pergerakan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain tidak lagi terikat dengan ruang mahupun waktu dari dimensi alam manusia.

Kewajipan Menyakini

Sebagai Muslim, kewajipan kita ialah untuk menyakini peristiwa hebat yang dialami oleh Baginda SAW ini. Ia merupakan satu ujian yang besar bagi umat Islam untuk mempercayai sesuatu yang jauh daripada logik akal jika berfikir sekadar menggunakan satu sudut pemikiran sahaja.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj ini juga menguji kesempurnaan enam rukun Iman yang dipercayai dan amalkan selama ini. Akhirnya, lihatlah dengan mata hati agar kita dapat melihat sesuatu yang lebih bermanfaat dan bermakna.

Wallahua'lam.
 
rencana 3 israk mikraj

sumber:http://detikislam.blogspot.my/2013/10/kisah-langit-dan-bumi-sebelum-israk-dan.html#

Kisah langit dan bumi sebelum Israk dan Mikraj
Sebelum terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata bumi kepada langit,

"Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."

Langit pun menjawab "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falak, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata pula bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata,

"Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu Ya Allah supaya kekasih-Mu yakni Muhammad dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga dengannya kelak."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit. Allah SWT memberi wahyu kepada Jibrail AS pada malam tanggal 27 Rejab,

"Janganlah engkau (Jibril) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail, jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi ke Syurga dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W.Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
 
rencana 4 israk mikraj

sumber:http://www.ahmadrushdi.com/2008/07/30/perjalanan-istimewa-israk-mikraj/

Perjalanan Istimewa Israk Mikraj

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum hijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahaldan Abu Lahab.

Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah
dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Kisah-kisah dalam peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi sesuatu yang amat menakjubkan kerana ia tidak sama dengan cara perjalanan ditempuh oleh manusia biasa. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa menggunakan kenderaan Allah yang kelajuannya tidak boleh ditandingi dengan apa saja kenderaan yang direka oleh manusia.

Dalam peristiwa itu Rasulullah SAW diperlihatkan kekuasaan Allah serta balasan yang bakal diterima umatnya di akhirat nanti. Firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad SAW) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. “Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.”

“Penglihatan (Muhammad SAW) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah disitu yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. “Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” – (Surah an-Najm, ayat 13-18).

Antara pengajaran dalam peristiwa itu ialah mengenai wanita. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW turut melewati satu kawasan berbau sungguh harum dengan bau-bauan kasturi. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril kawasan apakah yang sedang mereka lalui. Jibril menjawab: “Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.” Beliau ialah adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan. Masyitah berfizikal lemah, mempunyai semangat kuat dan jiwa keIslaman sehingga mampu menafikan keangkuhan Firaun.

Masyitah ialah pelayan raja. Beliau adalah seorang rakyat yang masih sedar dan beriman kepada Allah tetapi disebabkan kekejaman Firaun, beliau dan ramai lagi terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, beliau menyebut nama Allah. Apabila puteri itu mendengar perkataan “Allah”, dia bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu. Masyitah pada mulanya enggan menjawab tetapi selepas didesak berkali-kali, beliau akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu kepada Firaun mengenai perkara itu menyebabkan Firaun terlalu marah apabila mengetahui Masyitah menyembah tuhan selainnya. Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah.”

Perkataan itu menimbulkan kemarahan Firaun, lalu memerintahkan dibuat patung lembu daripada tembaga untuk diisi minyak bagi merebus Masyitah. Menteri Firaun, iaitu Hamman, salah seorang penghuni neraka, diperintahkan Firaun untuk membunuh Masyita. Firaun memerintahkan patung lembu itu diletakkan di atas api sehingga panas menggelegak dan mengarahkan Masyitah dan ahli keluarganya dilontar seorang demi seorang.

Pada waktu giliran bayinya hendak dimasukkan ke dalam lembu itu untuk direbus, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada kemahuan Firaun kerana terlalu sayangkan anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah, berlaku kejadian luar biasa apabila bayi itu dengan fasih berkata: “Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di atas (jalan) kebenaran.” Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa. Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.

Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun olehseluruh manusia melalui peristiwa Israk Mikraj. Semua ahli keluarga Masyitah mendapat balasan syuhada daripada Allah kerana mempertahankan akidah sehingga mati.

Dalam perjalanan itu, Baginda turut diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita yang membuatkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya. Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala **** dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Dan banyak lagi peristiwa yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW.

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.
 
rencana 5 israk mikraj

sumber:http://suaramuhajirin313.blogspot.my/2013/05/menyingkap-rahsia-peristiwa-israk-mikraj.html

Menyingkap Rahsia Peristiwa Israk Mikraj
Pak Lang paparkan kisah Israk Mikraj yang diambil dari buku Catatan Sejarah Rasulullah saw susunan Syeikh Nasaruddin Awang. Mungkin agak panjang tetapi ianya boleh membantu kita membacanya terutamanya jika kita di dalam perjalanan atau musafir. 6 Jun akan datang bersamaan 27 Rejab 1434 hijrah!!


Israk Mikraj

Peristiwa ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian ayah saudara Baginda iaitu Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga termasuk peristiwa dukacita ialah penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasihNya.


Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Menurut Imam Nawawi, peristiwa ia berlaku pada bulan Rejab tahun keduabelas selepas kenabian. Peritiwa ini telah menjadikan Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis semakin mulia, Allah yang memberkati tempatnya dan kawasan sekelilingnya. Firman Allah:
سبحان الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي باركنا حوله لنريه من آياتنا
Terjemahannya :
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haram (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami." Al-Israa':1

Pada malam yang mulia itu Jibril telah datang kepada Rasulullah Saw yang sedang tidur di Ka’bah. Jibril telah membawa Rasulullah Saw menaiki Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Di Masjidil Aqsa sedang berlaku satu perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah telah menghidupkan para Rasul dan Para Nabi untuk bertemu dengan Rasulullah Saw. Ulamak menyebut jumlah para Rasul adalah 300 orang dan jumlah para adalah Nabi dua puluh empat ribu orang.
Allah hadirkan mereka semua untuk bertemu dengan Rasulullah Saw. Tidak ada tempat di dunia ini yang semua para Rasul dan Para Nabi telah berkumpul di situ melainkan Ka’bah dan Baitul Maqdis. Rasulullah Saw pernah menyatakan bahawa semua Rasul dan Nabi menunaikan haji di Mekah. Rasulullah Saw telah mengimamkan sembahyang seluruh Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi.. Demikianlah kemuliaan Rasulullah Saw. Ia adalah sebuah persidangan para Rasul dan para Nabi. Sebuah peristiwa yang mungkin tidak berulang kali kedua di bumi ini.

Selepas sembahyang Jibril telah membawa membawa satu bekas susu dan satu bekas arak kepada Rasululah Saw. Rasulullah Saw telah memilih susu. Kata Jibril kepada Rasulullah Saw: "Kamu telah terpimpin kerana memilih susu wahai Rasulullah, begitulah juga umat kamu". Ini adalah isyarat pertama bahwa arak itu satu yang tidak baik. Selepas itu baru ia diharamkan. Allah telah memelihara Rasulullah Saw, Baginda tidak pernah minum arak dari kecil lagi.

Setelah itu Rasulullah Saw dibawa naik ke langit. Inilah kuasa Allah yang tiada batasannya. Rasulullah Saw telah dibawa dalam perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah mahu mengajar kepada hambanya bahawa kalau Allah mahu, Allah boleh berbuat sesuatu yang diluar jangkauan akal dan kekuatan manusia. Bila dibuka pintu langit pertama kepada Rasulullah Saw. Baginda telah melihat berbagai perkara yang ajaib. Antaranya Rasulullah Saw melihat seorang lelaki yang tinggi, apabila lelaki itu berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila dia berpaling ke kiri dia menangis.


Rasulullah Saw bertanya kepada Jibril: "Siapa ini?" Kata Jibril: "Itulah Adam AS. Apabila dia melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga tersenyumlah dia. Apabila dia memandang ke kiri dia melihat umatnya yang masuk ke neraka, menangislah dia". Selepas itu Rasulullah Saw melihat, ada orang orang yang berenang dalam lautan darah. Apabila mereka sampai ketepi mereka mengangakan mulut mereka lalu Malaikat melontarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka. Rasulullah Saw bertanya Jibril: "Siapa mereka ini?" Kata Jibril: "Merekalah orang-orang yang makan harta anak yatim. Mereka disiksa disini dulu sebelum disiksa di akhirat nanti".

Selepas itu Rasulullah Saw melihat orang-orang lelaki yang perut mereka besar. Mereka semua terlentang, kemudian datang kaum Firaun melalui mereka sambil memijak-mijak perut mereka. Kaum Firaun akan dibawa melihat neraka dua kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka mereka memijak-mijak perut lelaki-lelaki yang sedang terlentang ini. Rasulullah Saw bertanya: "Siapa mereka itu?" Kata Jibril: "Mereka adalah orang-orang yang makan riba. Mereka diiazab di alam barzakh sebelum diazab di neraka nanti.

Selepas itu Rasulullah Saw melintasi sekumpulan lelaki-lelaki yang dihadapan mereka dua jenis makanan. Satu yang lazat dan bersih satu lagi yang buruk dan busuk. Mereka makan makanan yang buruk dan busuk itu. Rasulullah Saw bertanya: "Siapa mereka wahai Jibril?" Kata Jibril: "Merekalah orang-orang yang berzina. Mereka mempunyai isteri yang halal tetapi mereka tetap mencari perempuan yang haram.

Kemudian di langit yang kedua Rasululah telah bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS. Dilangit yang ketiga Rasulullah Saw telah bertemu dengan Nabi Yusuf AS. Dilangit yang kelima bertemu dengan Nabi Harun. Dilangit yang keenam bertemu dengan Nabi Musa. Kemudian dilangit yang ketujuh Rasulullah Saw telah melihat Baitul Makmur. Baitul Ma'mur adalah ka’bah kepada penduduk langit. Disitu para Malaikat bertawaf dan beribadah.

Disitu Rasulullah Saw telah melihat seorang lelaki yang sedang bersandar ke Baitul Ma'mur. Rupanya mirip rupa Rasulullah Saw. Rasulullah Saw bertanya: "Wahai Jibril, siapa orang ini?" Jawab Jibril: "Itulah bapa kamu Nabi Ibrahim As". Di setiap langit Baginda telah disambut dan diraikan oleh para Nabi dan para Malaikat. Apabila sampai di penghujung langit yang ketujuh Rasulullah Saw melihat Jibril sudah berubah kepada kejadian asalnya. Itulah Jibril yang telah Rasulullah Saw lihat pada kali pertama ketika Rasulullah Saw berlari pulang kerumah dari gua Hirak. Ini adalah kali kedua Rasulullah Saw melihat Jibril dalam rupa sebenarnya itu.

Akhirnya Rasulullah Saw sampai di satu tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai kesitu walaupun dia seorang Rasul dan Nabi. Kemudian Rasululah Saw melalui satu kawasan yang Malaikat pun tidak pernah sampai kesitu kecuali Jibril. Sampai di satu tempat Jibril meminta Rasulullah Saw bergerak ke hadapan dan dia berkata: "Kalau aku ke hadapan walaupun selangkah, aku akan terbakar".


Begitulah Allah telah memuliakan Rasulullah Saw. Akhirnya Rasulullah Saw sampai di Sidratil Muntaha. Di sebuah tempat yang sangat luar biasa dan pertemuan yang sangat luar biasa. Di situlah Allah telah menyampaikan perintah sembahyang kepada Rasulullah Saw dan umat Baginda. Rasulullah Saw telah menerima perintah sembahyang terus dari Allah. Sementara seluruh syariat yang lain disampaikan melalui Jibril. Demikianlah, betapa agung dan betapa besarnya sembahyang disisi Allah.

Selepas pertemuan itu Rasulullah turun dan bertemu dengan Nabi Musa AS. Nabi Musa bertanya: "Apa yang Allah perintahkan kepada umatmu" Jawab Rasululah Saw: "Allah perintahkan lima puluh fardu sembahyang sehari semalam". Kata Nabi Musa: "Bani Israel telah diperintahkan kurang dari itu tetapi mereka tidak mampu melaksanakannya. Mintalah keringanan dari Allah". Rasulullah Saw kerana belas kasihan kepada umatnya telah meminta keringanan dari Allah sehinggalah Allah telah meringankannya menjadi lima waktu sehari semalam. Walaupun hanya lima kali perlaksanaannya tetapi Allah tetap akan memberi pahala lima puluh kali. Demikianlah Maha Pemurahnya dan Maha Mulianya Allah.

Selepas itu Rasulullah Saw turun ke Baitul Maqdis semula. Dari Baitul Maqdis Rasulullah Saw kembali semula ke Mekah. Dalam perjalanan ini Rasulullah Saw telah menyaksikan berbagai pemandangan. Rasulullah Saw telah melintasi satu kafilah yang menunggang unta. Apabila unta-unta itu melihat Buraq, ada yang lari ketakutan. Puaslah tuannya mencari tetapi unta itu sudah hilang. Rasulullah Saw telah memberitahu mereka tempat unta itu bersembunyi. Mereka semua merasa terperanjat apabila mendengar suara dari langit telah memberitahu mereka dimana unta mereka. Anehnya, apabila mereka pergi ketempat itu mereka telah menjumpai unta mereka.

Sebelum terbit fajar pada malam yang sama, Rasulullah Saw telah berada di Mekah semula. Perjalanan dari Mekah ke Baitil Maqdis dan naik kelangit, kemudian turun semula ke Baitil Maqdis dan kembali ke Mekah hanya berlaku dalam masa separuh malam sahaja. Demikianlah, Allah telah memperlihatkan kuasanya. Selepas menunaikan sembahyang Subuh, Baginda duduk di Ka'bah. Baginda cuba mengingati seluruh peristiwa-peristiwa ajaib yang dilaluinya semalam.

Apabila Abu Jahal melihat Rasululah Saw, dia dapat meneka bahawa ada sesuatu yang berlaku kepada Rasulullah Saw. Dia datang kepada Rasulullah Saw dan bertanya: "Wahai Muhammad, adakah sesuatu telah berlaku kepada kamu?" Jawab Rasulullah Saw: "Ada". Abu Jahal bertanya lagi: "Apa yang telah berlaku wahai Muhammad?" Jawab Rasulullah Saw: "Malam tadi aku telah pergi ke Baitul Maqdis kemudian aku pulang semula kesini". Alangkah gembiranya Abu Jahal mendengar berita ini. Dia merasakan bahawa dia telah mendapat sesuatu yang baru untuk memburukkan Rasulullah Saw.

Sikap orang Islam dan Kafir Quraisy terhadap Israk Mikraj
Pada pagi itu Abu Jahal mengumpulkan orang ramai. Dia cukup gembira kerana sudah mempunyai bukti bahawa Rasulullah Saw memang adalah seorang yang menipu. Dia telah mengistiharkan kepada orang ramai peristiwa Isra' dan Mi'raj itu. Anehnya orang ramai tidak percaya kepada cerita Abu Jahal itu. Mereka bertanya sendiri kepada Rasulullah Saw dan Rasululah Saw membenarkannya. Peristiwa ini telah menguji iman orang-orang Islam. Ada dikalangan mereka yang lemah iman telah kembali kepada kekufuran.

Penduduk Mekah memang sama sekali tidak dapat mempercayai hal ini. Mustahil begi mereka Muhammad boleh pergi ke Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam. Perjalanan mengenderai unta ke Baitul Maqdis mengambil masa sebulan. Ada di kalangan umat Islam mengadukan hal ini kepada Saidina Abu Bakar. Kata Saidina Abu Bakar: "Kalau itu dari Rasulullah Saw, Rasululah Saw adalah benar".

Saidina Abu Bakar segera mendapatkan Rasulullah Saw di Ka’bah. Dia melihat Quraisy sedang mengerumuni Rasulullah Saw. Abu Jahal yang panggil mereka semua supaya mereka datang mendengar cerita Rasulullah Saw. Selama ini dia dan pembesar-pembesar Quraisy melarang orang datang kepada Rasulullah Saw. Pada hari itu, merekalah yang memanggil orang datang kepada Rasulullah Saw. Mereka rasa ini satu kemenangan untuk mereka.

Saidina Abu Bakar terus mendapatkan Rasulullah Saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah Rasulullah telah pergi ke Baitul Maqdis semalam?" Rasulullah membenarkannya. Kata Saidina Abu Bakar: "Kamu telah bercakap benar wahai Rasulullah". Demikianlah kata-kata yang terbit dari imannya yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah Saw. Hati yang sangat mengenali dan yakin terhadap Rasulullah Saw. Ketika itu Rasulullah Saw telah bersabda: "Kamu telah berkata benar wahai Abu Bakar yang benar (( أبو بكر الصديق .

Demikianlah peristiwa ini telah mengangkat maqam Saidina Abu Bakar kepada maqam "As-Siddiq". Inilah kali pertama Saidina Abu Bakar dipanggil As-Siddiq. Begitulah iman Saidina Abu Bakar. Dia tidak ragu langsung terhadap kebenaran Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar tidak mempersoalkan Rasulullah Saw sedikit pun. Dia terus membenarkan Rasulullah Saw. Kafir Quraisy telah menyangkal keyakinan Saidina Abu Bakar itu. Mereka berkata: "Bagaimana kamu boleh mempercayainya?! orang mengambil masa sebulan untuk sampai ke Palestin dan mengambil masa sebulan pula untuk pulang ke Mekah! Bagaimana Muhammad boleh melakukannya dalam satu malam?!".

Jawab Saidina Abu Bakar: "Aku telah membenarkan Rasulullah Saw dalam perkara yang jauh lebih besar dari itu!. Aku telah beriman dengan Rasulullah Saw tentang wahyu yang turun dari langit dalam masa sekelip mata. Kalau itupun aku telah mempercayainya, kenapa pula aku tidak mempercayai Rasulullah Saw telah pergi ke Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam sahaja?".

Selepas itu Saidina Abu Bakar telah membuktikan kepada Kafir Quraisy bahwa Rasulullah Saw adalah benar dalam semua yang Rasululah diperkatakannya itu. Demikianlah Saidina Abu Bakar mengenali dan memahami Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah Saw: "Wahai Rasulullah Saw, kami semua tahu bahawa kamu tidak pernah pergi ke Baitul Maqdis, dikalangan kami ada yang pernah pergi kesana, bolehkah Rasulullah Saw ceritakan kepada kami bagaimana Baitul Maqdis itu?".

Rasululullah pun menjelaskan keadaan Baitul-Maqdis seperti yang Baginda lihat. Kafir Quraisy pula bertanya Rasulullah Saw, berapa jumlah tiang, pintunya dan tingkap Baitul-Maqdis. Mereka berusaha untuk membuktikan Rasulullah Saw tidak benar walaupun sudah jelas pada mereka Rasulullah Saw telah menceritakan tentang Masjidil Aqsa tepat seperti yang mereka tahu. Allah telah menjelmakan Baitul-Maqddis dalam penglihatan Rasulullah Saw. Apa sahaja yang Kafir Quraisy pertanyakan, Rasulullah Saw dapat menjawabnya.
Kafir Quraisy cukup terperanjat dengan jawapan Rasulullah Saw. Namun, hati mereka belum terbuka untuk beriman. Mereka tetap tidak menerima kebenaran Rasulullah Saw. Rasulullah Saw mencabar mereka: "Diantara kita ada bukti yang dapat disaksikan. Ada satu kafilah yang aku pintas mereka semasa perjalanan pulang". Rasululah memberitahu Quraisy ciri-ciri kafilah itu bahkan ciri unta yang mengetuai kafilah itu.

Kata Rasulullah Saw lagi: "Ada unta mereka yang hilang semasa perjalanan, aku telah menujukkan kepada mereka tempat unta mereka bersembunyi". Quraisy bertaanya: Bila kafilah itu akan sampai ke Mekah?" Jawab Rasulullah Saw: "Tiga hari dari sekarang". Selepas itu semua penduduk Mekah menunggu-nunggu ketibaan kafilah itu.

Pada hari tersebut, orang-orang Mekah sudah menunggu kafilah ini sejak awal pagi. Memang benar, kafilah itu sampai setelah tiga hari seperti yang Rasulullah Saw sebutkan. Kafilah ini didahului oleh seekor unta persis seperti yang disebut oleh Rasulullah Saw. Quraisy bertanya mereka tentang unta mereka yang hilang. Kata mereka: "Benar, seekor unta telah hilang tetapi kami mendengar suara dari langit memberitahu kami tempat unta itu bersembunyi". Kafilah itu terkejut, darimana Quraisy mengetahui tentang unta mereka yang hilang itu. Demikianlah Allah telah membuktikan kebenaran Rasulnya kepada penduduk Mekah. Tetapi kafir Quraisy tetap tidak mahu beriman.


Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat mSatu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
enunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.



3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
 
Back
Top
Log in Register