BTC USD 83,958.0 Gold USD 4,141.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

AS dedahkan wasiat Osama Laden

WASHINGTON: Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, menggariskan dalam surat dan dokumen cara mengagihkan dana dan hartanya yang bernilai sekurang-kurangnya AS$29 juta (RM120 juta) selepas kematiannya, mengarahkan sebahagian besar daripadanya digunakan untuk meneruskan kempen jihad. Antara surat berkenaan, sebahagian daripada koleksi 113 dokumen yang dirampas dalam serbuan Unit Khas Amerika Syarikat pada 2011 yang membunuh Osama, disifatkan pegawai perisik sebagai apa dipercayai wasiat terakhir.

Agensi berita Reuters dan stesen ABC Television diberi akses eksklusif melihat dokumen berkenaan, yang diterjemah daripada bahasa Arab dan diisytiharkan tidak lagi sulit oleh agensi perisikan Amerika. Ia sebahagian daripada koleksi dokumen kedua yang dirampas dalam operasi itu dan dianggap tidak lagi sulit sejak Mei 2015. Sebilangan besar masih belum disiarkan. Dalam satu dokumen, nota bertulis tangan yang dipercayai pegawai perisik Amerika disusun oleh militan kelahiran Arab Saudi itu pada 1990-an, menyatakan cara beliau mahu agihan dibuat terhadap harta miliknya berjumlah AS$29 juta (RM120 juta) di Sudan.

Satu peratus daripada jumlah itu, tulis Osama, perlu diberikan kepada militan kanan al-Qaeda, Mahfouz Ould al-Walid, yang menggunakan nama samaran Abu Hafs al Mauritani. "Beliau sudah menerima 20,000 hingga 30,000 dolar daripadanya. Saya berjanji akan memberi ganjaran kepada al-Walid jika menjatuhkan kerajaan Sudan," tulis Osama. - Reuters

Osamaasd.transformed_zpskhz8bvou.jpg
 
Puluhan ribu iring jenazah Mumtaz Qadri

Rawalpindi (Pakistan): Puluhan ribu penyokong berarak sambil melaung dan mencampakkan kelopak mawar semalam pada ambulans yang membawa jenazah pejuang Islam yang dihukum mati kerana membunuh seorang gabenor liberal.

Orang ramai membanjiri taman di Rawalpindi untuk menghadiri solat jenazah untuk Mumtaz Qadri memaksa sekolah ditutup dan polis turut dalam keadaan berjaga-jaga.

Mereka juga melaungkan slogan seperti ‘Qadri darah kamu akan membawa revolusi.’ Ada juga membawa kayu sambil menjerit ‘Hukuman untuk orang kufur adalah pancung!’

AFP menganggarkan sehingga 100,000 peserta menghadirinya.

Jalan utama dan bangunan sensitif di Rawalpindi serta Islamabad dikawal ketat ribuan polis dan renjer.

Kehadiran begitu ramai anggota keselamatan di dataran Liaqat Bagh bagaimanapun menyebabkan ramai penyokong beredar selepas selesai solat jenazah.

Bagaimanapun, ratusan lagi terus berarak di belakang ambulans berkenaan ke tanah perkuburan.

Mumtaz yang juga pengawal polis kepada Salman Taseer menembak mati gabenor Punjab yang liberal itu 28 kali di sebuah pasar di Islamabad pada 2011 kerana marah dengan gesaan ahli politik itu untuk meminda undang-undang berkait dengan dakwaan kufur.

Penyokongnya datang dari jauh termasuk Karachi dan Lahore serta Kashmir, dengan demonstrasi kecil turut diadakan di bandar seperti Peshawar.

Ribuan penyokongnya mengadakan tunjuk perasaan kelmarin selepas pihak berkuasa mengumumkan Qadri digantung pagi itu. - AFP


02hmpakistan.transformed_zps1qtnorw2.jpg
 
18 jalani hukuman sebat

Banda Aceh: Lapan belas orang, termasuk sepasang kekasih yang ditangkap berkhalwat dirotan di depan khalayak ramai selepas didapati melanggar undang-undang syariah yang dilaksanakan diAceh.

Hukuman itu dilaksanakan di atas pentas khas bersebelahan sebuah masjid di sini dan disambut dengan sorakan orang ramai.

Antara yang menjalani hukuman itu ialah seorang wanita berusia 19 tahun dan kekasihnya berumur 21 tahun yang disebat sebanyak lapan kali setiap seorang selepas mereka ditangkap kerana berdua-duaan tanpa sebarang ikatan perkahwinan.

Walaupun hukuman sebat di khalayak ramai sering dilakukan di Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia yang menjalankan undang-undang Islam, wanita jarang menjalani hukuman berkenaan.

Enam lelaki muda turut dirotan 40 kali setiap seorang selepas ditangkap meminum arak di satu majlis hari jadi di sebuah hotel Disember lalu.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan kesalahan sebahagian lagi lelaki yang turut disebat.

Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas diberikan kuasa autonomi pada 2001, satu usaha kerajaan Indonesia untuk menamatkan pemberontakan menuntut kemerdekaan wilayah itu.

Undang-undang Islam diperkukuhkan sejak wilayah itu menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pusat pada 2005.

Walaupun lebih 90 peratus rakyat Indonesia mengaku Islam, majoritinya melaksanakan ajaran agama itu secara sederhana. - AFP

02hmsebat.transformed_zpsgljmli5g.jpg
 
Israel sasar kem pelarian

BAITULMAQDIS 
1 Mac - Seorang pemuda Palestin terbunuh, manakala 10 lagi cedera akibat tembakan menggunakan peluru hidup oleh tentera dan polis Israel dalam satu serangan secara tiba-tiba di Kem Pelarian Qalandiya berhampiran Baitulmaqdis, semalam.

Sumber perubatan Palestin melaporkan, Eyad Omar Sajadiya, 22, yang juga seorang pelajar, mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis Israel mendakwa, insiden berlaku selepas sebuah jip dipandu dua anggota tentera pengawal sempadan Zionis memasuki kem ber*kenaan secara tidak sengaja.

Susulan itu, pihak berkuasa Israel mengerah sepasukan tentera ke kem berkenaan untuk menyelamatkan anggotanya.

Dakwa jurucakap itu, pasukan yang melaksanakan misi tersebut sebaliknya dilempar dengan batu dan bom petrol.

Pertempuran berlanjutan dengan ganas apabila tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup sehingga mengenai Eyad yang terbunuh di tempat kejadian.

Lima tentera Israel turut cedera dalam insiden tersebut, namun kedua-dua tentera Israel terbabit berjaya diselamatkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kelab Tahanan Palestin menyatakan, Israel telah mengeluarkan perintah tahanan pentadbiran terhadap 84 penduduk Palestin dalam tempoh 10 hari lalu.

Katanya, sebanyak 39 penduduk ditahan dan dikenakan perintah di bawah tahanan pentadbiran bagi tempoh antara dua hingga enam bulan, manakala 45 penduduk lain dilanjutkan tempoh penjara mereka.

Jumaat lalu, wartawan Mohammed al-Qiq menamatkan mogok lapar selama 94 hari bagi membantah prosedur yang diguna pakai Israel yang menahan penduduk Palestin tanpa sebarang pertuduhan di bawah perjanjian yang membawa kepada pembebasannya pada Mei ini. – AFP
-

imagefff_zpsgpkjfwvb.jpg
 
AS tingkat perang siber terhadap IS

WASHINGTON – Pentagon memperluaskan serangan siber ke atas rangkaian komputer milik kumpulan militan Islamic State (IS), kata seorang pegawai kanan tentera kelmarin. Pegawai berkenaan, Jeneral Joseph Dunford berkata, Amerika Syarikat (AS) kini mendapat momentum dalam perang menentang IS yang berlanjutan sejak 18 bulan lalu.

Beliau dan Setiausaha Pertahanan, Ashton Carter memberitahu wartawan bahawa AS berazam ‘meningkatkan lagi’ kempen memerangi IS dan menggambarkan perang siber memainkan peranan penting dalam usaha tersebut.

“Tentera pakatan pimpinan AS sedang berusaha untuk menggugat komunikasi IS supaya mereka hilang keyakinan terhadap sistem komputer sendiri,” kata Carter.

Beliau yang tidak memperincikan tindakan tentera pakatan untuk mencapai matlamat itu sebaliknya berkata, AS akan menyerang rangkaian komputer IS sehingga sistem itu tidak dapat berfungsi akibat lebih bebanan.

Tindakan itu kata Carter, akan melemahkan keupayaan IS untuk mengeluarkan arahan untuk mengawal militan, penduduk awam dan ekonomi di kawasan yang dikuasainya.

Tentera pakatan yang diketuai AS mula mengebom kedudukan IS di Iraq dan Syria lewat Ogos 2014 sebelum memperluaskan kempen tersebut kepada melatih dan mempersenjatai pejuang-pejuang anti-IS tempatan.

Pasukan keselamatan Iraq yang dibantu tentera pakatan berjaya merampas kembali bandar Ramadi dalam wilayah Anbar pada Disember 2015 sementara pejuang Kurdis berjaya menawan semula bandar Al-Shadadi di Syria, beberapa minggu lalu.Dunford turut menegaskan bahawa matlamat utama tentera pakatan AS berikutnya adalah untuk merampas kembali bandar Mosul yang menjadi kubu kuat IS di Iraq.

“Seperti kata Carter, perang siber untuk memusnahkan sistem komputer IS di Mosul telah pun bermula,” katanya. – AFP

du_02.1_zpshcrhmkmh.jpg
 
Penggal kepala kanak-kanak itu 'perintah Allah', kata Pengasuh Berdarah

MOSCOW: Seorang pengasuh yang didakwa memenggal kepala seorang kanak-kanak perempuan dalam jagaannya dan kemudian berjalan sambil membawa kepala kanak-kanak itu, pada Rabu mengaku kepada mahkamah Moscow bahawa perbuatannya itu adalah ‘perintah Allah’.

Suspek itu, Gyulchekhra Bobokulova dari Uzbekistan telah ditahan pada Isnin sewaktu menayangkan kepala kanak-kanak yang dipenggal itu di luar sebuah stesen metro (kereta api) Moscow.

Berikutan insiden berkenaan, Bobokulova yang telah dihantar untuk menjalani pemeriksaan psikiatri, mendapat jolokan nama 'Pengasuh Berdarah' oleh media.

“Itu adalah perintah Allah. Allah menghantar nabi kedua untuk menyampaikan berita keamanan,” ujar Bobokulova yang berusia 38 tahun.

Dia mengatakan demikian kepada wartawan ketika dia dibawa masuk ke mahkamah daerah, sambil menambah dia berasa ‘lapar’ kerana belum diberi makan damn akan mati dalam masa seminggu.

“Hai untuk semua,” ujar ibu kepada tiga orang anak itu sambil melambai para wartawan di dalam mahkamah.

Penyiasat Olga Lapteva, yang sangat beremosi, memberitahu mahkamah bahawa Bobokulova disyaki melakukan ‘jenayah yang sangat serius’ dan patut dijatuhkan hukuman ‘penjara mandatori lebih daripada tiga tahun’.

Para penyiasat juga sedang mengenal pasti sekiranya Bobokulova mempunyai sebarang rakan subahat.

Bobokulova menjalani pemeriksaan psikiatri sejak penahanannya gara-gara membunuh kanak-kanak perempuan itu, Nastya, yang lahir pada tahun 2011.

Wanita itu disyaki memenggal kepala Nstya yang mempunyai komplikasi pembelajaran dan epilepsi, di rumah keluarganya di barat laut Moscow, sebelum membakar kediaman itu lalu melarikan diri.

‘Terlalu dahsyat untuk TV’

Saksi kejadian melaporkan bahawa mereka melihat seorang wanita berpakaian serba hitam yang mengugut untuk ‘meletupkan semua orang’, manakala satu laporan media menyatakan dia melaungkan ‘Allahu Akbar’ sewaktu bergerak ke pekarangan sebuah stesen kereta api.

Insiden mengejutkan itu menggemparkan ramai dan orang ramai kini dating ke stesen Oktyabrskoe Pole untuk meletakkan bunga dan berdoa.
Stesen televisyen Rusia walau bagaimanapun tidak mahu menyiarkan laporan pembunuhan itu, malah pentadbiran Kremlin turut menyifatkannya sebagai ‘terlalu dahsyat untuk siaran televisyen’.

Ramai orang juga mempersoalkan tahap profesionalisme polis kerana membiarkan Bobokulova mundar-mandir di pekarangan stesen metro itu bersama kepala di tangannya selama 20 minit.

Media tempatan yang memetik satu sumber juga melaporkan bahawa Bobokulova menghidap skizofrenia selama 15 tahun, sementara seorang rakan terdekat keluarganya memberitahu bahawa Bobokulova sejak kebelakangan ini menjadi sangat alim dengan menghabiskan banyak masa dalam talian selain membawa pulang tikar sembahyang ke rumah.

61456913773_GyulchekhraBobokulo_zpsubrrs9sn.jpg
 
Gempa bumi bermagnitud 5.7 di Sumatera, Indonesia - Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera pagi ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut jabatan itu, gempa yang berpusat di 629 km barat daya Siberut Indonesia, 1,140 km barat daya Port Dickson, Negeri Sembilan berlaku pada pukul 8.10 pagi tadi.

Ia kini memantau perkembangan pasca gempa bumi itu dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa, kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan, kata kenyataan itu lagi.
Satu gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku di perairan Pulau Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia pada pukul 7.58 malam (8.45 malam waktu Malaysia) malam tadi dan gegaran dirasai sehingga ke Padang, Wilayah Sumatera Barat, Medan dan Aceh serta beberapa negeri di Malaysia.

41456978094_IndonesiaQuake_zpslcorijgw.jpg
 
Tentera Tunisia Tembak Mati Lima Anggota IS

TUNIS: Pihak berkuasa Tunisia menembak mati lima anggota militan IS dalam pertempuran berhampiran sempadan negara itu dengan Libya pada Rabu.

Dalam kejadian itu, seorang orang awam turut terbunuh manakala komandan tentera mengalami kecederaan.

"Pihak berkuasa berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas mendapat maklumat mengenai anggota militan yang menceroboh sempadan sejak tiga hari lalu selepas Tentera Udara Amerika Syarikat menyerang kubu mereka.

"Militan berkenaan telah dibunuh selepas dikepung di sebuah rumah di El Aouija yang terletak 10 kilometer daripada sempadan," kata Kementerian Dalam Negeri Tunisia.

Tambahnya, komandan yang cedera dalam pertempuran tersebut berada dalam keadaan stabil.

tunis_zpsoxybsgdu.jpg
 
Jordan bunuh tujuh anggota IS

Amman, Jordan: Tujuh lelaki dipercayai militan Negara Islam (IS) terbunuh ketika berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Jordan di Irbid, semalam.

Menurut kenyataan perkhidmatan perisikan Jordan hari ini, mereka merancang melakukan serangan terhadap sasaran ketenteraan dan awam di negara itu.

“Tujuh lelaki yang dikehendaki memakai tali pinggang berisi bahan letupan terbunuh. Turut mati seorang anggota keselamatan Jordan. Senjata dan bahan letupan ditemui dalam sebuah rumah,” kata kenyataan itu.

jrdn.jpg.transformed_zpsx101bmvy.jpg
 
Hezbollah diisytihar pertubuhan pengganas

Dubai: Enam negara Teluk diketuai Arab Saudi hari ini mengisytiharkan Hezbolah sebagai pertubuhan pengganas dengan alasan tindakan pertubuhan itu merekrut golongan muda di rantau itu untuk tujuan keganasan.

Hezbollah yang menerima sokongan Iran dalam perjuangannya menentang Zionis, juga berjuang menyebelahi tentera Presiden Bashar Assad di Syria.

Pengisytiharan oleh Majlis Kerjasama Teluk itu dilakukan tidak sampai dua minggu selepas Arab Saudi mengumumkan memotong bantuan AS$ bilion lepada pasukan keselamatan Lubnan.

Berikutan itu, Arab Saudi dan negara Teluk lain menasihatkan semua rakyatnya meninggalkan Lubnan yang memberi kesan serius kepada industri pelancongan negara berkenaan.


bollah.jpg.transformed_zpsjk9q8kmw.jpg
 
Back
Top
Log in Register