BTC USD 83,564.2 Gold USD 4,170.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Sekutu Presiden Iran menang di Teheran

TEHERAN 28 Feb. – Calon-calon sekutu Presiden Iran, Hassan Rouhani memenangi 30 daripada 54 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di ibu negara Iran ini selepas 90 peratus undi dikira pada pilihan raya Parlimen Iran yang diadakan kelmarin.

Gabungan calon-calon di bawah kumpulan List of Hope yang pro-Hassan, reformis Mohammad Reza Aref yang juga bekas Naib Presiden berjaya menewaskan calon utama konservatif, Gholam Ali Hadad Adel, memperoleh tempat ke-31, sekali gus mengelak kumpulan itu menyapu bersih undian.

Berdasarkan pengiraan, Gholam Ali tewas dengan 6,000 undi dan menduduki tempat ke-30, manakala 10 peratus lagi undi sedang dikira.

Keputusan itu berdasarkan kepada 2.6 juta undi daripada sejumlah 2.9 juta pengundi di ibu negara Teheran yang merupakan medan pertandingan utama.

Jika undian itu disahkan, ini bermakna semua lapan wanita dalam List of Hope akan dipilih.

Sejumlah 290 kerusi dipertan*dingkan dalam pilihan raya Parlimen Iran yang diadakan Jumaat lalu, namun sekutu Hassan gagal menguasai 260 kerusi yang di pertandingkan di wilayah-wilayah lain di negara ini.

Daripada 56 kawasan di luar ibu negara, 19 kawasan dimenangi pihak konservatif, lima kawasan dimenangi pihak pro-Hassan dan 14 kawasan dimenangi calon bebas.

Enam calon bebas mempunyai hubungan kuat dengan pihak konservatif, lima menyokong golongan reformis, manakala tiga lagi masih tidak pasti, lapor Al Jazeera.

Namun, 14 kerusi masih belum diketahui pemenangnya dan ini bermakna pusingan kedua undian perlu diadakan dan dijangka berlangsung akhir April ini.

Calon-calon konservatif yang anti-Barat dan mendominasi Parlimen, mula hilang penguasaaan dan ini mengukuhkan kedudukan Hassan untuk membuka Iran kepada pelaburan dan perdagangan asing selepas kejayaan perjanjian nuklear Iran dengan negara-negara kuasa dunia pada tahun lalu.

“Sekali lagi rakyat menunjukkan kuasa, memberi kredibiliti dan kekuatan kepada kerajaan yang dipilih,” kata Hassan sambil berkata, beliau akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang meme*nangi pilihan raya.


imageasa_zpsxghftaqp.jpg
 
Isteri disimbah asid selepas bertengkar dengan suami

DHAKA - BANGLADESH. Hanya kerana pergaduhan kecil, seorang isteri cedera parah selepas disimbah asid oleh suaminya sendiri, kelmarin.

Menurut Dailymail, Tania Parvin, 25 mengalami kesan terbakar di bahagian kiri muka dan bahagian kiri badan dan keseluruhan tangan kirinya.

Tania kini dirawat di Dhaka Medical College Hospital dan terpaksa dibalut hampir separuh badan.

Laporan media tempatan mengatakan Tania disimbah asid pada jam 8 malam waktu tempatan ketka sedang bersedia untuk sembahyang.

Sehingga kini, Tania merupakan salah seorang dari 3625 mangsa serangan asid di Bangladesh sejak tahun 1999 hingga 2016.

Daripada jumlah tersebut, 1847 merupakan mangsa wanita, 901 mangsa lelaki dan 877 mangsa kanak-kanak.

Asid menjadi pilihan penjenayah disebabkan kos yang rendah dan kesan kecederaan yang teruk apabila digunakan.

image_zps3yxffubh.jpg
 
Datuk Bandar hentikan pemilihan model tidak ikut syariat

BANDA ACEH - INDONESIA . Datuk Bandar Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal menghentikan acara pemilihan model Aceh di Aula Hotel Grand Nanggroe, Banda Aceh ketika mana acara itu sedang berlangsung.

Memetik laporan Serambinews.com acara yang berlangsung pada Ahad lalu itu dinamakan 'Indonesian Model Hunt 2016' yang mana ia diikuti ratusan peserta dari seluruh Aceh.

Ia dihentikan kerana acara itu didapati tidak mematuhi syariat Islam.

Pada hari kejadian, Illiza bersama pegawainya masuk ke Hotel Aula lingkungan jam 11.00 pagi dan mendapati sejumlah model dengan pakaian yang tidak menutup aurat.

"Agensi dan semua peserta yang berpakaian tidak sopan, segera ke balai polis. Kita selesaikan nanti di sana," ujar Illiza.

Tambahnya, program itu dijalankan tanpa izin pihak berkuasa dan tidak mematuhi syariat Islam.

Pada program itu, para peserta mengenakan berbagai jenis pakaian iaitu hitam-putih, casual, batik dan pakaian pesta.

Ada beberapa peserta memakai pakaian yang mematuhi syariat, namun sebahagian besar mengenakan pakaian 'ala barat'.


image11_zpsdgwsgg6o.jpg
 
Penonton di Gaza nikmati malam pertama tayangan filem selepas 20 tahun

GAZA: Warga Palestin di Gaza akhirnya berpeluang menonton wayang sejak pergeseran politik membawa kepada pembakaran banyak panggung wayangnya 20 tahun yang lalu.

Namun begitu, bukan filem Hollywood yang ditayangkan ini kerana puak Hamas yang menguasai Gaza ketika ini hanya memilih filem mengenai perjuangan rakyat Palestin buat tontonan warganya.

Sekitar 150 orang mengambil tempat duduk di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah Gaza minggu lalu, yang kebiasaannya digunakan untuk majlis keraian atau tarian kebudayaan, bagi menonton filem Palestin berjudul Oversized Coat yang diterbitkan pada tahun 2013.

Filem yang menjalani penggambaran di Jordan itu diarah oleh pengarah dari Palestin Nawras Abu Saleh yang telah mengkaji kehidupan Palestin antara tahun 1987 dan 2011, tempoh usaha damai yang gagal dan dua kebangkitan anti-Israel.

Tiket dijual pada harga 10 shekels (RM10) sekeping.

Salah seorang penonton, Alaa Abu Qassem, yang juga merupakan pelajar Gaza meluahkan perasaannya selepas kali pertama menonton wayang dalam hidupnya.

"Saya sangat gembira, tapi di mana bertih jagung?" kata Qassem, yang hanya berumur dua tahun ketika panggung wayang di Gaza diletupkan sewaktu perang Palestin.

Perniagaan panggung wayang sangat berjaya satu ketika dahulu di Gaza.

Pada tahun 1950, orang Mesir yang menjayakan perniagaan itu sering memainkan filem-filem dari Arab Saudi, Barat dan Asia.
Pawagam di Gaza telah dibakar pada tahun 1987 apabila pemberontakan Palestin yang pertama meletus.

Semuanya telah dibaiki kemudiannya, tetapi dibakar sekali lagi semasa berlaku konflik dalaman pada tahun 1996.

81456829775_Gaza_zpsdu7lzgas.jpg
 
Korban serangan nekad di Iraq meningkat kepada 38

BAGHDAD: Angka korban dalam insiden pengebom nekad yang didakwa angkara militan IS dalam sebuah dewan kecil pada majlis pengebumian seorang penduduk Iraq semalam meningkat kepada 38 dan berpuluh lagi cedera, kata pihak berkuasa. Seorang pemimpin militia Syiah adalah antara yang terkorban dalam kejadian itu yang menyaksikan gelombang serangan balas dendam memuncak selepas kejadian pengeboman Januari lalu.

Seramai 58 orang cedera dalam pengeboman itu di bandar Muqdadiyah, kira-kira 90 kilometer di utara ibu negara, kata pegawai hospital. Mereka yang terbunuh termasuk komander tempatan, Asaib Ahl al-Haq, seorang militia Syiah berpengaruh dalam Angkatan Mobilisasi Popular yang bertanggungjawab ke atas keselamatan di wilayah itu. Penyerang memakai jaket bunuh diri dan memasuki dewan pengebumian seolah pelawat yang berkabung untuk memberi penghormatan kepada pemimpin militia itu, kata seorang pegawai keselamatan tempatan.

Pemerhati hak asasi menyalahkan militia yang berkuasa dalam Angkatan Mobilisasi Popular atas serangan balas itu. IS turut mengaku bertanggungjawab terhadap serangan semalam dalam satu kenyataan dalam talian. Militan itu masih menguasai sebahagian besar wilayah utara dan barat Iraq, tetapi terpaksa berundur beberapa bulan kebelakangan ini. Kerajaan baru-baru mengisytiharkan bandar di barat Ramadi yang pernah ditawan IS tahun lalu sebagai bebas sepenuh. - AP

bdad013.transformed_0_zpsprqf2ttq.jpg
 
Rakyat asing antara 18 maut di Oman

Dubai: Sekurang-kurangnya 18 terbunuh manakala 16 lagi cedera apabila sebuah bas merempuh lori dan kereta di laluan antara Fahud dan Ibri berhampiran Nahdah hari ini.

Menurut khaleejtimes.com, bas berkenaan dalam perjalanan dari Salahah ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jurucakap polis Oman, Mohammed Salama al-Hashimi, berkata Fahud dan Ibri terletak di barat ibu negara Oman iaitu Muscat.

Menurutnya, mangsa yang cedera sudah dihantar ke beberapa hospital dan siasatan awal mendapati bas serta lori berkenaan bertembung di satu bulatan sebelum sebuah kereta merempuh kedua-dua kenderaan itu.

Menurut polis, enam yang terbunuh dari Oman, empat rakyat Arab Saudi, dua rakyat Pakistan dan seorang rakyat Yaman manakala lima lagi sedang dikenal pasti.

Antara yang terbunuh pula ialah 11 rakyat Oman, dua rakyat Arab Saudi, seorang rakyat Pakistan, seorang rakyat China, dan seorang belum dikenali pasti.

crashh.jpg.transformed_0_zpspdsy2zws.jpg
 
Gencatan senjata Syria dicabuli

MOSCOW - RUSIA. Tentera Turki didakwa membedil bandar Tal Abyad dan Uslub di Syria yang dikuasai pejuang, sekali gus mencabuli gencatan senjata yang berkuatkuasa di negara bergolak itu tengah malam (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Agensi berita Interfax melaporkan Ketua Misi Kurdish ke Moscow, Rodi Osman mendakwa Ankara menjadi pihak pertama yang melakukan pencabulan Resolusi 2268 Majlis Keselamatan PBB tersebut.

Beliau turut mendesak Turki supaya menghentikan sebarang tindakan yang melanggar kedaulatan Syria.

Dalam satu kenyataan lain, Arab Saudi menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad dan sekutunya, Rusia melanggar gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh mereka.

Menteri Luar Saudi, Adel Jubeir memaklumkan ia telah membincangkan perkara itu dengan 17 negara Kumpulan Sokongan Syria.

Terdahulu, Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) melaporkan beberapa serangan udara menyasarkan tengah dan utara Syria, kelmarin.

"Pesawat pejuang dipercayai milik rejim Bashar atau Moscow itu membedil tujuh perkampungan di wilayah Aleppo dan Hama," kata jurucakapnya.

Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada kawasan yang dibedil itu meliputi zon dalam perjanjian gencatan senjata tersebut, namun SOHR tidak menolak kemungkinan ia menyasarkan kumpulan pembangkang sederhana di Damsyik, lapor Agensi.

imagehh_zpspqxdrjmt.jpg
 
Bantuan kemanusiaan digerakkan

DAMSYIK - SYRIA. PBB mengambil peluang menggerakkan konvoi bantuan kemanusiaan ke pinggir ibu negara Syria yang berada di bawah kepungan selepas gencatan senjata berkuatkuasa sejak Sabtu lalu.

Bantuan terdiri daripada bekalan makanan, air minuman dan ubat-ubatan itu dijangka tiba kepada lebih 150,000 penduduk dalam tempoh lima hari.

PBB juga berharap untuk menyampaikan bantuan kepada 1.7 juta penduduk di kawasan sukar diakses menjelang akhir Mac ini.

Keadaan tenang di sekitar Damsyik membolehkan 20 lori bantuan membawa selimut dan peralatan kebersihan memasuki kawasan dikuasai pemberontak di pinggir Muadhamiya.

Difahamkan, PBB dan beberapa agensi lain turut merancang untuk menghantar bantuan ke bandar Madaya dan Zabadani di kawasan pergunungan barat laut Damsyik serta bandar Foah dan Kefraya di wilayah Idlib pada hari ini.

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah di Syria memaklumkan mereka juga merancang melepaskan bekalan bantuan dari udara di bandar Deir al-Zour, di mana kira-kira 200,000 penduduk hidup di bawah kepungan kumpulan militan IS. - BBC


imageaa_zpstzjvg5xc.jpg
 
Filipina siasat cubaan bunuh ulama Saudi

ZAMBOANGA: Pihak berkuasa Filipina menjalankan siasatan cubaan membunuh ulama terkemuka Arab Saudi yang berada dalam senarai utama militan IS, selepas penyerang nekad dan dua suspek ditangkap. Sheikh Aaidh al-Qarni dan diplomat Arab Saudi, Sheikh Turki Assaegh, cedera dalam tembakan ketika meninggalkan auditorium universiti di bandar raya Zamboanga, selepas beliau memberikan ucapan.

Polis pengiring mereka berjaya membunuh penyerang bersendirian itu manakala dua lagi suspek yang dilihat bersama penyerang ditangkap ketika cuba melarikan diri, kata polis. "Suspek muncul daripada orang ramai, menghampiri dan menembak mangsa ketika beliau ingin menaiki kereta," kata jurucakap polis, Ketua Inspektor Helen Galvez, menambah penyerang kemudian berjalan di sebelah kereta dan menembak diplomat Arab Saudi.

Lesen memandu pelajar dan kad pengenalan kerajaan tempatan ditemui daripada lelaki itu, yang mengenal pasti beliau sebagai rakyat tempatan berusia 21 tahun tetapi polis tidak mengenepikan ia identiti palsu. Pakaian seragam pelajar kejuruteraan di Universiti Western Mindanao, lokasi Qarni berucap, ditemui tersembunyi dalam beg sandang penyerang, tetapi pegawai universiti belum mengesahkan sama ada beliau pelajar institusi itu. Militan IS menggesa serangan ke atas Qarni dan beberapa ulama Arab Saudi yang dituduh murtad dalam isu terkini majalah online militan itu, Dabiq. - AFP

Sheikh_Turki_Assaegh.transformed_zps0uvlmn5p.jpg
 
Back
Top
Log in Register