BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Tiada parti menang majoriti

Teheran: Keputusan awal pilihan raya Parlimen Iran semalam menunjukkan tiada parti menang majoriti dengan calon dari kumpulan konservatif, reformis dan bebas berkongsi hampir sama jumlah kerusi.

Keputusan pilihan raya kelmarin itu dilihat sebagai satu pungutan suara terhadap Presiden Hassan Rouhani, selepas sebulan sekatan terhadap Iran ditarik balik susulan perjanjian nuklear dengan kuasa besar dunia.

Rouhani dari parti sederhana berharap pakatannya dengan kumpulan reformis yang digelar Senarai Harapan mampu mengurangkan penguasaan parti konservatif di Parlimen, bagi membaiki peluangnya membuat perubahan sosial dan politik.

Keputusan awal yang dikeluarkan oleh agensi berita rasmi, ISNA yang memetik pegawai pilihan raya menunjukkan tiada kumpulan yang menang majoriti.

Daripada 27 kerusi hanya lapan kerusi dimenangi kumpulan konservatif, empat oleh reformis dan lapan diperoleh calon bebas.

Manakala, tujuh lagi kerusi terpaksa memasuki pusingan kedua pengundian kerana tiada calon yang memperoleh 25 peratus undi.

Calon bebas yang memenangi banyak kerusi menunjukkan sebahagian pengundi Iran mula menjauhkan diri daripada politik yang berpecah di negara itu.

Pilihan raya semalam bagi memilih anggota Parlimen negara dan Majlis Ulama negara itu. - AFP

28hmundi.transformed_zpszhgy9yha.jpg
 
40 maut dalam serangan udara di Yaman

Kaherah: Satu serangan udara oleh tentera pakatan Arab terhadap sasaran pemberontak Houthi di Sanaa, Yaman semalam menyebabkan 40 orang terbunuh, kata penduduk.

Serangan di daerah Nehm itu menyebabkan 30 orang cedera dan majoriti mangsa yang maut adalah orang awam.

Seorang pemimpin tempatan berkata, serangan disasarkan terhadap tiga kenderaan pemberontak yang memasuki sebuah pasar di bandar Naqil bin Ghaylan.

Tentera pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara di Yaman bagi mengembalikan pemerintahan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Pemberontakan itu diketuai kumpulan Houthi yang berfahaman Syiah dan unit tentera yang setia pada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu memberitahu hampir 6,000 nyawa terkorban dan beribu-ribu lagi kehilangan tempat tinggal sejak konflik tercetus. - Reuters

28hmyaman.transformed_0_zpsvkmkbfix.jpg
 
Serangan berhenti

Moscow: Tentera Russia berkata semua pesawat perangnya menggantung operasi di Syria semalam sebagai mematuhi gencatan senjata yang dimeterai oleh Moscow dan Amerika Syarikat (AS).

Tentera Russia dan AS juga bertukar peta mengenai operasi mereka di Syria ketika pertempuran berhenti di 34 kawasan penempatan di Syria.

“Tentera udara Russia menghentikan sepenuhnya operasi pengeboman di zon hijau,” kata jurucakap tentera Russia, Sergei Rudskoi.

Zon hijau adalah kawasan di mana kumpulan bersenjata yang bertelagah bersetuju dengan gencatan senjata berkenaan.

Katanya, pada semalam semua penerbangan di ruang udara Syria termasuk penerbangan jarak jauh tidak dilakukan.

“Kami mahu mengelak kemungkinan berlakunya kesilapan serangan dan ia juga sebagai mematuhi resolusi Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” jelasnya.

Gencatan senjata yang diusahakan Moscow dan Washington itu mahu semua serangan dihentikan pada malam kelmarin antara tentera Syria yang disokong Russia dan beberapa kumpulan penentang.

Bagaimanapun, pengganas Daish dan kumpulan penentang Barisan Al-Nusra tidak menyertai gencatan senjata berkenaan.

Kata Rudskoi, 17 kumpulan bersenjata yang menyokong rejim Syria atau bergerak bebas menghubungi pusat koordinasi gencatan senjata Russia di Hmeimim dan berikrar untuk menghormati perjanjian itu.

Sementara itu, pusat koordinasi Russia di Syria memberitahu, dalam tempoh dua hari sebanyak 2.5 tan makanan dihantar ke dua penempatan di wilayah Homs dan Latakia.

28hmsyria.transformed_zpsuzoldtav.jpg
 
North Thunder bermula

RIYADH - ARAB SAUDI. Latihan ketenteraan, North Thunder disertai 20 negara dilaporkan telah dilancarkan di Hafr al-Batin, utara Arab Saudi, kelmarin.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan latihan ketenteraan itu disifatkan sebagai terbesar di dunia berdasarkan jumlah pasukan darat, laut dan udara yang mengambil bahagian serta keluasan kawasan latihan.

Menurut SPA, ia bertujuan melatih tentera mengenai cara bagaimana untuk berurusan dengan kumpulan pengganas dan memindahkan operasi tradisional kepada pertempuran berintensiti rendah.

“Ia juga mencerminkan hasrat negara terlibat untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan di rantau masing-masing,” menurut laporan itu lagi.

Difahamkan, latihan ketenteraan itu diadakan selari dengan ancaman keganasan yang semakin meningkat selain ketidakstabilan politik di rantau Arab.

Awal bulan lalu, jurucakap gabungan Arab, Ahmad Assiri memaklumkan tujuan latihan itu diadakan untuk tahap kesediaan tertinggi, bertukar kepakaran dan menggalakkan penyelarasan antara negara terlibat. - Saudi Gazette

image11_zpsqotmxkoj.gif
 
Lelaki pokok' bakal jalani pembedahan

DHAKA - BANGLADESH. Penderitaan yang ditanggung oleh seorang lelaki ekoran daripada tangan serta tubuh badannya yang ditumbuhi ketuat seperti akar pokok bakal berakhir setelah dia dilaporkan bakal menjalani pembedahan di Kolej Perubatan Dhaka, lapor CNN.

Lelaki berkenaan, Abul Bajandra sebelum ini tidak menyangka akan dapat hidup sehingga hari ini untuk menjalani pembedahan pusingan pertama tersebut.

Dia dilaporkan menderita selepas mengidap sejenis penyakit Epidermodysplasia Verruciformis dan lebih dikenali sebagai lelaki pokok berikutan daripada ketuat yang melampau di seluruh bahagian badannya serta tangan.

“Saya tidak rasa saya dapat tidur dengan nyenyak pada malam ini. Bagi orang miskin yang berasal daripada bahagian terpencil negara ini, pembedahan ini terlalu manis untuk menjadi kenyataan.

“Saya sudah melawan penyakit ini sejak 10 tahun lalu dan selepas ini saya akan menjalani pembedahan bagi pusingan pertama,” katanya.

Sejak Abul mengidap penyakit berkenaan, dia tidak mampu menjalani aktiviti harian seperti makan, menggosok gigi atau mandi.

Difahamkan, selama ini, Abul hanya bergantung kepada isterinya, Halima yang berusia 21 tahun serta anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun.

“Saya hendak menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Saya hanya mahu memegang dan memeluk anak saya. Ia merupakan satu perasaan yang sangat baik bila kita dapat makan dengan menggunakan tangan sendiri,”katanya.

Lelaki berusia 25 tahun itu mula menyedari ketumbuhan luar biasa pada bahagian kakinya pada 10 tahun lalu dan dia mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan doktor tempatan.

Namun begitu, ketumbuhan tersebut masih berterusan dan dalam tempoh tiga tahun selepas itu, dia tidak dapat menggerakkan jarinya sepenuhnya disebabkan oleh penyakit ganjil itu.

imagejh_zpsukrwgb65.jpg
 
24 maut letupan bom di Baghdad

BAGHDAD: Jumlah kematian dalam dua letupan pengebom bunuh diri di daerah Syiah dekat Bandar Sadr, hari ini meningkat kepada 24 orang, manakala lebih 60 cedera. Sumber polis berkata, penyerang pengebom bunuh diri menunggang motosikal menuju kedai telefon mudah alih yang dipenuhi pengunjung.

Susulan kejadian itu, polis menutup kawasan terbabit bagi mengelakkan berlaku serangan lanjut. Kumpulan militan IS mengakui bertanggungjawab dalam letupan itu dan menambah, anggota mereka sudah menyerang pasukan keselamatan Iraq di pinggir bandar semalaman. - REUTERS.

sadrletop.transformed_zpsi4kddd2n.jpg
 
Lelaki dihukum mati kerana bunuh gabenor

ISLAMABAD: Seorang lelaki dihukum mati hari ini selepas membunuh gabenor wilayah Punjab yang menggesa pembaharuan ke atas undang-undang menghina agama di negara itu yang membawa kepada hukuman mati kerana menghina Islam, kata polis Pakistan. Beberapa jam kemudian penyokong banduan itu dengan mengadakan protes, menganggap beliau seorang wira yang mempertahankan keimanan, kata penyiar Geo TV. Mumtaz Qadri, pengawal peribadi Gabenor wilayah Punjab, Salman Taseer, menembaknya di ibu negara, Islamabad dalam kejadian pada tahun 2011.

"Qadri dihukum gantung pada jam 4.30 pagi," kata pegawai kanan polis Rizwan Omar Gondal kepada Reuters melalui telefon. Hukuman itu dilaksanakan di penjara Adiala di bandar Rawalpindi di luar Islamabad. Taseer mempersoalkan hukuman mati ke atas seorang wanita Kristian yang didakwa menghina agama yang timbul berpunca daripada pertikaian peribadi. Taseer berkata, undang-undang itu disalahgunakan dan harus diperbaharui. - Reuters

Punjab.transformed_zps9y5opf0v.jpg
 
Kawasan maksiat tertua Indonesia dirobohkan

JAKARTA: Antara kawasan maksiat tertua Indonesia dirobohkan hari ini dalam operasi yang dipantau ratusan anggota polis dan tentera. Pihak berkuasa Indonesia meneruskan rancangan menutup semua rumah pelacuran di negara yang paling ramai umat Islam itu. Berpuluh kelab malam dan rumah pelacuran haram di sepanjang tebing sungai tercemar di utara Jakarta, dikenali dalam kalangan rakyat tempatan sebagai Kalijodo, diranapkan jengkaut. Bar di kawasan itu, kebanyakan dihiasi dengan lampu neon dan lukisan wanita cantik menggoda lelaki, dirobohkan dalam masa beberapa minit, meninggalkan cuma kayu, bata dan tilam usang.

Di tempat lain, polis menggeledah hotel tiga bintang untuk mencari saki-baki penduduk sebelum keseluruhan struktur di kawasan itu dirobohkan. Datuk Bandar Jakarta Utara, Rustam Effendi, yang memantau operasi itu, berkata bangunan berkenaan didirikan secara haram dan pemusnahan itu membuka jalan bagi pembinaan taman awam. "Aktiviti pelacuran dijalankan secara terbuka di sini dan pelbagai amalan buruk lain, seperti arak," katanya. - AFP

Kalijodoasd.transformed_zpsmokjaazd.jpg
 
25 Terbunuh Dalam Dua Serangan

KABUL: Seramai 25 orang terbunuh dalam dua serangan pada Sabtu, termasuk di ibu negara Afghanistan.

Serangan itu dikhuatiri untuk mengganggu usaha kerajaan untuk memujuk Taliban menyertai rundingan damai yang akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.

Saksi mendakwa, serangan berani mati itu dilakukan oleh ahli Taliban berhampiran Kementerian Pertahanan di tengah Kabul.

"Seramai 12 orang termasuk dua tentera terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan di ibu negara," kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

Pengebom berani mati berkenaan dikatakan berjalan kaki ke lokasi itu sebelum meletupkan diri.

Walaupun tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab, namun ia didakwa dilakukan oleh Taliban.

Pada Awal pagi Sabtu, seorang pengebom berani mati bermotosikal dilaporkan meletupkan diri di sebuah pasar di Asadabad.

Seramai 13 orang awam terbunuh manakala 39 lagi mengalami kecederaan.

kabul_zpspuof9you.jpg
 
Terbesar di Indonesia

Aceh: Pihak berkuasa Indonesia berjaya mengesan sebuah ladang ganja seluas 54 hektar di satu kawasan hutan terpencil wilayah Aceh yang dipercayai terbesar pernah ditemui di negara itu.

Jurucakap polis, Anton Charliyan berkata, ladang ganja itu terletak di satu kawasan gunung di Lamteuba di daerah Selawah berhampiran Desa Lamteuba di Aceh Besar.

“Ini mungkin ladang ganja terbesar yang pernah ditemui di Indonesia,” katanya kepada wartawan ketika melawat ladang berkenaan kelmarin.

Untuk sampai ke lokasi, wartawan bersama pihak berkuasa menaiki kenderaan pacuan empat roda sebelum terpaksa berjalan kaki meredah hutan tebal selama dua jam.

Kata Anton, susulan penemuan itu polis menahan seorang lelaki dan mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam aktiviti itu.

“Kami percaya ganja ini diproses dan diedarkan untuk pasaran dalam dan luar negara,” jelasnya.

Sementara itu, ketua polis daerah Aceh, Mochamad Husein Hamidi memberitahu, pihak berkuasa berdepan kesukaran untuk mengawal aktiviti penanaman ganja berkenaan.

“Pokok ganja biasanya di tanam di kawasan hutan terpencil dan bergunung-ganang menyebabkan ia sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

“Setiap kali apabila ladang ganja ini ditemui dan dimusnahkan, mereka akan kembali dan menanam ia semula,” katanya.

Menurutnya, pemantauan paling berkesan adalah melalui udara, tetapi pihak polis di wilayah itu tidak dilengkapi dengan kemudahan berkenaan.

“Kami memohon kepada pemerintah untuk mendapatkan helikopter supaya dapat memantau kawasan hutan dengan lebih berkesan,” jelasnya.


29hmganja.jpg.transformed_0_zpstrn2kwzs.jpg
 
Back
Top
Log in Register