BTC USD 84,775.4 Gold USD 4,170.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Kau Pemilik Cinta-Hijjaz

https://www.youtube.com/watch?v=FeG8h5mNmSY&list=PLGP32w7HMM0CZJrML99RMa9jm3V9z-yrM&index=7




Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

(Harmony)
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

(Harmony)
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu....
 
Usia Antara Masa- Saujana

https://www.youtube.com/watch?v=G6XJif2lrnk&index=45&list=PLE93CBD1EC8ECE007




Lihat dedaunan kekeringan jua
Gugur dibawa sang bayu
Layu tak berguna
Jiwa manusia di arus usianya
Kesalan tiada makna
Seandai tiba masa

Putaran roda kehidupan penuh warna2 kesamaran
Jika kau ikuti perjalanan takkan sampai tujuan
Sedari masa berpesah berhenti usia kita
Janganlah terlena hingga ke akhirnya

Sujud pada yang Satu..teguh keyakinanmu
Lenturkan ke imanan kasihmu kepadaNya..Tuhan yang satu
 
Bekas PM Israel masuk penjara

TEL AVIV - Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menjadi bekas pemimpin pertama di negara itu menjalani hukuman penjara 19 bulan atas kesalahan terlibat dengan rasuah dan menghalang keadilan yang bermula semalam.

Olmert, 70, diiringi anggota keselamatan dalam negeri, Shin Bet memasuki penjara Massiyahu di tengah bandar Ramle sebelum jam 10 pagi (waktu tempatan).

Beberapa jam sebelum itu, Olmert yang pernah terlibat dalam usaha untuk menyambung semula rundingan damai dengan Palestin tetap mempertahankan beliau tidak bersalah menerusi satu rakaman mesej video.

Pada Mei 2014, bekas pemimpin itu dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas disabit bersalah terlibat dengan rasuah berkaitan projek pembinaan kompleks kediaman penduduk di Baitulmaqdis pada awal 2000, namun hukuman itu telah dikurangkan kepada 18 bulan.

Minggu lalu, sebuah mahkamah Israel menambah hukuman penjara 30 hari ke atas beliau kerana menghalang keadilan. - AFP

imageddd_zpsbst31x1o.jpg
 
Tentera Israel seksa tahanan

TEL AVIV - Sebuah rakaman video terbaharu memaparkan kekejaman rejim Zionis terhadap tahanan Palestin telah mencetuskan kecaman banyak pihak.

Rakaman yang disiarkan saluran TV bahasa Ibrani, Channel 2, kelmarin menunjukkan tentera Israel memberi kejutan elektrik menggunakan elektrod yang dipasang pada leher seorang lelaki Palestin yang matanya turut ditutup.

Menurut laporan itu, kejadian itu berlaku di sebuah lokasi yang tidak didedahkan pada awal Oktober lalu.

Pendedahan itu dibuat pada hari sama 16 anggota Hamas melancarkan mogok lapar sebagai tanda solidariti dengan wartawan Palestin, Muhammad al-Qiq yang kini berada dalam keadaan kritikal kerana melakukan tindakan sama sejak 25 November lalu. - Press TV

imageggg_zpsdzbetvsw.jpg
 
Tentera dari 20 negara berhimpun di Arab Saudi

RIYADH - ARAB SAUDI. Tentera dari 20 negara dilaporkan berhimpun di utara Arab Saudi untuk menyertai latihan ketenteraan yang disifatkan terpenting pernah diadakan di rantau tersebut, menurut agensi berita SPA, kelmarin.

Latihan Thunder of the North itu melibatkan pasukan tentera darat, udara, laut bertujuan menyampaikan mesej jelas bahawa Riyadh dan sekutunya akan bersatu dalam menghadapi sebarang cabaran selain memelihara keamanan serta kestabilan di rantau itu.

Ia turut disertai lima negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan beberapa negara lain seperti Chad, Mesir, Jordan, Maghribi, Pakistan, Senegal, Tunisia serta Malaysia.

Bagaimanapun, SPA tidak memberikan butiran jelas mengenai tarikh sebenar dan tempoh latihan ketenteraan itu akan berlangsung.

Difahamkan, pengumuman itu dibuat selepas Riyadh menghantar pesawat pejuang ke pangkalan tentera udara Incirlik di Turki sebagai langkah untuk meningkatkan kempen serangan udara ke atas militan IS di Syria.

Pada masa ini, Saudi mengetuai kempen ketenteraan menyasarkan kedudukan pemberontak Houthi di Yaman dan negara itu turut menubuhkan pakatan antikeganasan disertai 35 anggota gabungan bertujuan untuk memerangi keganasan di negara Islam.

Khamis lalu, sumber di Saudi memaklumkan negara anggota pakatan antikeganasan akan mengadakan pertemuan di negara itu pada bulan depan.

Sebelum ini, Riyadh memberitahu gabungan tersebut akan turut berkongsi maklumat risikan, memerangi ideologi ganas dan mengerah tentera jika perlu. - al-Arabiya

imagesss_zpsycogokny.jpg
 
Saudi hantar jet pejuang ke Turki

RIYADH - ARAB SAUDI. Arab Saudi telah menghantar pesawat pejuang ke pangkalan tentera udara Incirlik, Turki beberapa hari selepas negara itu menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai operasi darat di Syria.

Kelmarin, jurucakap tentera, Brigadier Jeneral, Ahmed al-Assiri memaklumkan tindakan itu bertujuan untuk meningkatkan operasi ketenteraan ke atas kumpulan militan IS di Damsyik.

"Keputusan menghantar beberapa pesawat pejuang itu dibuat selepas mesyuarat bersama pakatan antarabangsa diketuai Amerika Syarikat (AS) di Brussels yang memutuskan untuk menggandakan kempen ketenteraan terhadap militan di Syria dan Iraq.

"Pakar tentera akan mengadakan pertemuan untuk memuktamadkan butiran tersebut dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu turut mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan Ankara bersedia menyertai operasi darat terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, Turki dilaporkan membedil kedudukan puak Kurdish dan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad di utara Syria. - AFP

imagewww_zpseq63c4mj.jpg
 
470,000 korban konflik Syria

DAMSYIK- SYRIA. Sebuah laporan terbaru mendedahkan jumlah korban angkara konflik yang berlarutan di Syria selama hampir lima tahun adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah keselurahan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kelmarin, penulis laporan itu, Rabis Nasser berkata, dokumentasi PBB dan anggaran tidak rasmi itu adalah kurang tepat disebabkan oleh kurangnya akses maklumat sepanjang berlakunya krisis tersebut.

Pusat Kajian Dasar Syria melaporkan sekurang-kurangnya 400,000 penduduk Syria terbunuh berbanding 26,000 orang yang diumumkan oleh agensi antarabangsa itu.

“Seramai 70,000 orang lagi meninggal dunia akibat kekurangan perkhidmatan kesihatan, makanan dan bekalan air bersih serta tempat perlindungan sempurna. Manakala, jumlah mangsa cedera pula adalah seramai 1.9 juta orang,” jelas laporan itu lagi.

Difahamkan, kadar kematian di Syria telah melonjak dari 4.4 peratus pada 2010 kepada 10.9 peratus pada 2015. Selain itu, jangka hayat rakyat negara itu telah menjunam dari umur 70 pada 2010 kepada 55.4 pada 2015.

Pada ketika ini, seramai 6.36 juta penduduk kehilangan tempat tinggal manakala lebih empat juta lagi terpaksa menjadi pelarian sejak konflik itu tercetus pada 2011. - Press TV


imageddds_zpsaegsb3pf.jpg
 
Buka sempadan Rafah

GENTING GAZA - PALESTIN. Gerakan Hamas, semalam mengumumkan kerajaan Mesir telah membuka laluan bersempadan dengan wilayah Gaza untuk pertama kali pada tahun ini.

Menurut jurucakapnya, sempadan Rafah tersebut akan dibuka selama dua hari dan ratusan penduduk dijangka menggunakan laluan terbabit.

Laluan utama menghubungkan Gaza dan sempadan Mesir itu telah ditutup sejak Oktober 2014 susulan serangan ganas dilancarkan kumpulan militan di Sinai Utara yang turut meragut lebih 30 nyawa anggota keselamatan.

Difahamkan, Kaherah hanya membuka sempadan Rafah secara sementara untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dan bekalan barangan dihantar ke Genting Gaza. - al-Arabiya

imageccc_zpssvrmunsy.jpg
 
Back
Top
Log in Register