BTC USD 85,175.8 Gold USD 4,127.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

hadis 7 tentang jihad

Abdullah r.a. bercerita, katanya: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw., " Apakah amal yang paling disukai Allah?" Jawab beliau, "Solat pada waktunya. " Tanya Abdullah' "Sesudah itu apa?" Jawab beliau, "Berbuat baik kepada ibu bapa." Tanya Abdullah, "Sesudah itu apa?" Jawab Nabi saw., "Jihad (berjuang) di jalan Allah." Kata Abdullah,": Nabi saw. mengatakannya semua kepada ku. Dan kalau ku minta lagi, nescaya beliau akan menambahnya pula."

Hadis Bukhari
 
hadis 8 tentang jihad

Dari Abu Hurairah r.a, katanya ada orang bertanya kepada Rasulullah saw, tanyanya: "Apakah amal yang paling utama?" Jawab Nabi saw, "Percaya kepada Allah dan Rasul-Nya." Tanyanya pula, "Sesudah itu apakah?" Jawab beliau, "Jihad (berusaha keras atau berjuang) di jalan Allah!" Tanyanya lagi, "Sesudah itu apa pula?" Jawab beliau, " Haji yang mabrur (haji yang diterima Allah, kerana memenuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Allah)"

Hadis Bukhari
 
hadis 9 tentang jihad

Dari Abu Zar r.a, katanya: Saya bertanya pada Nabi s.a.w.: "Apakah amal yang paling utama?" Beliau menjawab: "Percaya kepada Allah dan jihad (berjuang) di jalanNya (agama Allah.". Saya bertanya: "Hamba sahaya manakah yang lebih utama dimerdekakan?" Jawab beliau: "Yang lebih mahal harganya dan lebih disukai oleh yang empunya."

Saya berkata: "Kalau saya tiada dapat melakukan itu?" Sabda beliau: "Engkau tolong orang bekerja atau engkau ajar orang yang tiada berketerampilan." Tanya: "Kalau saya tiada dapat melakukan itu?" Sabda beliau: "Jangan berbuat jahat kepada manusia! Hal yang demikian itu adalah sedekah yang engkau sedekahkan untuk diri engkau sendiri."

Hadis Bukhari
 
hadis 10 tentang jihad

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Seorang laki-laki datang menghadap Rasulullah s.a.w.. lalu berkata: ''Tunjukkanlah kepada saya satu amal yang menyamai jihad!" Beliau bersabda: "Tiada saya memperolehnya!" Sabda beliau lagi: "Apabila mujahid (pejuang) berangkat, sanggupkah engkau masuk ke masjid, lalu berdiri solat dan engkau tiada pernah berhenti; engkau puasa dan tiada pernah berbuka barang sehari?' Sabda beliau seterusnya: "Siapakah yang sanggup berbuat serupa itu?"

Hadis Bukhari
 
hadis 11 tentang jihad

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: Ada orang bertanya: "Hai Rasulullah! Siapakah manusia yang lebih utama?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang mukmin yang berjihad dalam agama Allah dengan diri (jiwa) dan hartanya". Mereka bertanya: "Di bawah itu siapa!" Beliau menjawab: "Orang mukmim yang berada di jalan lereng bukit, dia bertaqwa kepada Tuhan, dan manusia terhindar dari kejahatannya".

Hadis Bukhari
 
hadis 12 tentang jihad

Dari Mujasyi' r.a., katanya: Saya menghadap Nabi s.a.w. bersama saudara saya, lalu saya berkata: "Terimalah baiah kami untuk hijrah!" Lalu beliau bersabda: "Hijrah telah lalu!" Lalu saya bertanya: "Untuk apakah tuan menerima baiah kami'?" Beliau bersabda: "Untuk membela Islam dan berjihad".

Hadis Bukhari
 
hadis 13 tentang jihad

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w beliau bersabda: "Sesungguhnya busur panah dalam syurga, lebih baik dari tempat terbit matahari dan terbenamnya". Dan lagi beliau bersabda: "Sesungguhnya berjihad dalam agama Allah di waktu pagi hari, lebih baik dari pada tempat terbit matahari dan tempat terbenamnya"

Hadis Bukhari
 
hadis 14 tentang jihad

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi s.a.w.. beliau bersabda: "Sesungguhnya berjihad untuk agama Allah di waktu pagi atau petang hari, lebih baik dari dunia dan seisinya".

Hadis Bukhari
 
hadis 15 tentang jihad

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa menafkahkan dua perkara pada jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari beberapa pintu syurga. Wahai Hamba Allah! Inilah kebaikan! Maka siapa yang mengerjakan solat ia akan dipanggil dari pintu solat; siapa yang ikut berperang, ia akan dipanggil dari pintu jihad; siapa yang puasa, ia akan dipanggil dari pintu rayyaan, dan siapa yang bersedekah, ia akan dipanggil dari pintu sedekah. "

Kata Abu Bakar, "Aku tebus engkau dengan Bapa dan Ibuku, hai Rasulullah! Tiadalah suatu kesukaran bagi orang-orang yang dipanggil dari pintu-pintu itu, dan adakah seseorang dipanggil dari pintu-pintu itu semuanya?" Jawab Nabi saw., "Ya, dan aku mengharapkan supaya engkau termasuk dalam golongan mereka itu."

Hadis Bukhari
 
hadis 16 tentang jihad

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw. bersabda ketika penaklukan Mekah: "Tidak ada lagi hijrah, melainkan jihad dan niat. Apabila kamu diperintahkan berangkat, maka berangkatlah!"

Hadis Bukhari
 
Back
Top
Log in Register